July 3, 2009
Saya pernah ditanya apakah terapi atau “tools” yang saya recommend-kan untuk pengamal kuasa minda atau mana-mana individu yang terlibat dalam bidang pembangunan diri (atau mereka yang mahu membuat perubahan diri). Sebagai seorang pengamal beberapa terapi baik ia dari aliran tradisional hingga ke saikologi moden seperti aliran New Age. Saya berpendapat, satu-satu terapi yang paling MUDAH, ILMIAH, LENGKAP, dan MENYELURUH adalah Terapi Meridian Energi Emotional Freedom Technique atau dikenali sebagai EFT.
Walaupun saya menggunakan beberapa terapi lain dari aliran Sains Minda seperti Hipnosis dan NLP, saya berpendapat teknik tersebut memerlukan pemahaman yang lebih dalam, teknikal dan memerlukan masa yang panjang untuk memahirkan diri dengan terapi tersebut. Sebaliknya, EFT sangat mudah difahami dari sudat ilmiah dan paling mudah dipelajari. Ia juga sangat cepat dalam memberikan kesan kepada pengamalnya (60-70 peratus mendapat kesan positif bagi mereka yang pertama kali mempraktiskannya). Dan yang paling penting terapi tersebut melengkapi kriteria dalam beberapa elemen penting tubuh manusia (Mind.Body & Soul)
EFT adalah terapi yang telah terbukti memberi kesan besar kepada masalah atau sakit fizikal. EFT juga mempunyai kesan hebat kepada minda dan potensinya. Apatah lagi dalam mengatasi dan mengurusan masalah EMOSI. Malahan ia semakin berkembang menyentuh elemen-elemen yang lebih dalam seperti penjanaan kecerdasan spiritual.
Sebagai seorang Jurulatih Pembangunan Minda, saya meletakkan terapi ini sebagai alat pelengkap kepada kebanyakan teknik-teknik dan kaedah yang digunakan baik untuk kekuatan minda mahupun pembangunan diri. Jika anda masih was-was, cuba buat carian profil-profil terapis dunia mahupun jurulatih dari bidang saikologis, pembangunan diri, perubatan alternatif, motivasi malahan hingga kepada bidang sains sukan. Anda akan lihat kebanyakannya mempunyai kelayakan dalam terapi EFT ini. Atau paling kurang mengakui bagaimana EFT boleh membantu memberi impak penting dalam perubahan diri atau masalah-masalah yang telah disebutkan di atas.
Semasa saya mempelajari terapi ini 3 tahun lepas, saya bersama-sama 2 doktor berbangsa cina adalah antara peserta yang mengikuti workshop tersebut. EFT hanya mengambil masa sekitar 15 tahun sahaja (diasaskan di awal tahun 90an) untuk menjadi satu terapi yang disegani dan diakui di khalayak ahli saikologi berbanding terapi lain yang sudah berusia ratusan tahun.
EFT adalah terapi untuk EMOSI. Dan yang kita perlu akui adalah; MINDA dan EMOSI saling berkaitan antara satu sama lain. Ia ibarat “seekor ayam dengan sebiji telur”. Kita sukar untuk menjelaskan yang mana datang dahulu. Dan kebanyakan peminat dan pengamal Kuasa Minda cuba menjana kekuatan potensi Minda tanpa mengetahui dan mempunyai teknik dan alat dalam mengurus dan menjana POTENSI EMOSI yang sangat kuat mempengaruhi antara satu sama lain.
Kerana itu saya menawarkan satu sesi WORKSHOP (sila rujuk artikel di sebelum ini) khusus bagi menjana Potensi Emosi dengan menggunakan Terapi EFT sebagai alat mengurus dan menjana kecerdasan tersebut.
Semalam, saya menerima SMS dari Puan Shamsinar dari Bahrian yang ingin mendapatkan package “hadiah workshop EFT” yang saya tawarkan pada 1 Ogos ini walaupun beliau tidak dapat menhadiri workshop tersebut. Ini kerana beliau sendiri sudah mempraktiskan terapi ini dan mendapat kesan positif dari terapi tersebut. Cuma beliau mahu mendalami lagi kaedah dan cara ia dilakukan.
Esok saya akan menulis lebih panjang artikel berkenaan bagaimana terapi ini bermanfaat kepada hampir kebanyakan dari kita.
Salam…
AMAR MAHMOOD
Posted in Law of Attraction/Hukum Tarikan, WORKSHOP/PROGRAM/iklan, Terapi dan Psikologi Energi, Kuasa Minda/Kekuatan Otak
No Comments »
July 1, 2009

“The Power of Letting Go”……inilah salah satu prinsip kejayaan dan kemakmuran yang akan saya kupas dan kongsikan melalui WORKSHOP terbaru saya. Prinsip ini ada disentuh di dalam buku kedua saya “Tarik Kekayaan dengan KUASA MINDA”. Bagaimanapun tidak dapat saya perjelaskan dengan mendalam lantaran beberapa faktor yang sukar dielakkan.
Ini merupakan Hebahan kedua program latihan yang saya umumkan dalam tempoh yang singkat (Insya Allah ada beberapa program latihan yang akan saya perkenalkan)
WORKSHOP PENGENDALIAN TERAPI Meridian Energy-EMOTIONAL FREEDOM TECHNIQUE (EFT). Terapi ini memang kerap saya sentuh semenjak saya mendirikan blog ini dua tahun lepas. Dan saya pernah mengendalikan beberapa sesi pengenalan terapi ini hujung tahun 2007. Maka dengan tertubuhnya pusat latihan rasmi saya iaitu AL QUDRAH bulan lepas, saya ingin menawarkan latihan ini buat mereka yang memang berminat untuk menggunakan terapi ini yang terbukti terlalu banyak kegunaannya.
Sukar untuk saya menerangkan secara menyeluruh testimoni-testimoni yang telah dialami oleh pengamal EFT. Cuba anda guna carian di google untuk mengetahui bagaimana terapi ini telah memberi kesan hebat bukan hanya pada EMOSI tetapi juga pada MINDA dan juga kerohanian.
Untuk kali ini, saya menawarkan package EKSKLUSIF buat pembaca BLOg ini (hanya sekali ini sahaja kerana selepas ini yuran penyertaan akan berubah kerana kos tambahan pada tim marketing kami).
Saya akan mengendalikan satu sesi workshop penjanaan KUASA EMOSI melalui terapi EFT pada 1hb Ogos 2009 ini. Yuran penyertaan workshop ini adalah RM300.00 dan diskaun RM50.00 akan diberikan kepada sesiapa yang membuat pembayaran sebelum 14hb Julai ini. Tempat adalah terhad.
Berikut adalah maklumat lanjut mengenai workshop tersebut:-
- Workshop dijalankan dalam Bahasa Melayu (kebanyakan workshop di Malaysia dijalankan dalam bahasa Inggeris)
- Manual Latihan Lengkap dalam Bahasa Melayu.
- 1 CD Asas EFT oleh Gary Craig (Pengasas EFT) yang sukar ditemui di Malaysia kecuali melalui penghantaran online yang bernilai ratus ringgit.
- 2 Koleksi Ebook oleh Juruterapi Terkenal EFT yang keduanyan bernilai RM1xx.oo. Juga hanya boleh diperolehi melalui Online Order sahaja. (Kedua-dua Ebook tersebut adalah menerangkan kaedah dan teknik EFT dalam membangunkan MINDSET untuk kejayaan kewangan-kemakmuran). Dan beberapa Koleksi Ebook tentang EFT yang berada dalam simpanan saya akan dihadiahkan kepada peserta workshop ini sahaja.
- Sijil Penyertaan.
Workshop ini akan menerangkan :-
- Falsafah dan prinsip disebalik Kuasa Pembebasan Emosi
- Manusia dan Sistem Energi
- Pengurusan dan Kecerdasan Emosi
- Memahami Stres dan Kesan Psikosomatik
- Hukum Tarikan (Law of Attraction) & Kuasa Energi
- Keseluruhan Prosedur dan Protokol EFT berdasarkan Manual Rasmi EFT.
- Basic Tapping Procedure
- The Short Cut Application
- Applikasi dan Terapi EFT berkaitan isu Fizikal dan Emosi
BONUS : Bagaimana menggunakan EFT untuk memprogramkan smula mindset atau Sistem Kepercayaan
Workshop (6 jam ) ini sudah semestinya tidak mencukup untuk menerangkan secara lengkap kegunaan yang boleh digunakan oleh EFT. Tetapi ilmu dan maklumat yang didedahkan cukup untuk seseorang individu yang tidak mempunyai asas langsung tentang energi atau sebarang kaedah terapi atau rawatan energi untuk boleh mengunakan terus dan mendapatkan manfaat dari terapi ini (EFT). DIJAMIN peserta akan boleh menggunakan terapi ini selepas balik dari workshop ini (jika mengikuti teknik dan kaedah yang dikongsikan nanti).
Tawaran ini adalah terhad dan dibuka hanya melalui blog ini sahaja.
Jika anda berminat sila transfer ke akaun berikut:
MAYBANK : 1540-1738-3350 (Amar Mahmood)
RM250 sebelum 14hb Julai 2009 atau RM300 selepas tempoh tersebut.
Kemudian hantar nama dan detail bayaran anda melalui email ke :- amar_sukses@yahoo.com atau SMS ke 017-6839638. (Saya berhak memulangkan smula yuran anda jika tempat penyertaan sudah penuh).
Workshop ini akan diadakan di:
- No 1A, Jalan Sarikei,
- Off Jalan Pahang,
- 53000 Kuala Lumpur
Masa: 10:00am-5pm
- Sebarang perubahan akan diberitahu melalui email atau SMS peserta yang sudah melakukan pembayaran Yuran.
(Workshop ini tidak menyediakan makan tengah hari. Hanya minuman ringan disediakan)
Posted in Kesihatan Minda & Emosi (Stres/depresi/kerunsingan/, Law of Attraction/Hukum Tarikan, IQ,EQ & SQ, Hukum Alam Semesta/Universal Law, WORKSHOP/PROGRAM/iklan, Terapi dan Psikologi Energi
No Comments »
June 29, 2009
Salam buat semua…
Semenjak seminggu dua ini, saya sedikit sibuk. Selepas Modul “AKU SUKSES” Mindset Program selesai dirangka, saya mula membuat sesi penerangkan modul ini kepada beberapa individu yang tertentu. Alhamdulillah, feedback yang diterima adalah baik dan memberangsangkan. Pada 10hb Julai ini saya akan membuat Mini Program ini di Rumah Anak Yatim Fatimah Az Zahrah di Bukit Katil Melaka. Iaitu di bawah DUN Ketua Menteri Melaka.
Dan pada 17hb Julai hingga 19hb Julai ini, iaitu pada Hari Terbuka Japerun Air Molek (di bawah DUN YB Dato’ Mohd Yunos-Pengerusi jawatankuasa perdagangan, Perindustrian, Pembangunan Usahawan dan koperasi Negeri) Insya Allah akan dijalankan satu sesi seminar program ini khusus untuk remaja dan pelajar di bawah DUN Air Molek tersebut.
Insya Allah, beberapa sesi lagi sedang dikenalpasti dan akan ditetapkan dalam masa yang terdekat ini. Semua ini berkat sokongan rakan-rakan yang banyak berkongsi pendapat dan komitmen yang sama dalam mempertengahkan satu kaedah transformasi diri yang lebih menyeluruh atau holistik.
Saya optimis dengan pendekatan yang diperkenalkan ini. 4 teras utama dititikberatkan di dalam modul ini iaitu:-
- Pembangunan Mindset
- Memperkasakan Potensi Kekuatan Minda
- Penjanaan Kecerdasan Emosi dan Spiritual (ESQ)
- Kesedaran Prinsip Saikologi Kejayaan baik aliran barat mahupun yang berasaskan pendekatan yang Islami.
Sudah tentu program ini akan digerakan lebih cepat di Melaka. Ini kerana sokongan dan jaringan yang dimiliki memudahkan program ini diperkenalkan dengan lebih mudah. Tambahan infrastruktur yang saya miliki di Melaka adalah lebih baik. Sudah tentu pemantauan dan feedback selepas program ini dijalankan dapat ditekuni dengan dikemaskinikan dengan cepat dan berkesan.
Bagaimanapun Insya Allah, selepas program ini dapat diserapi dengan jayanya di sini, Saya akan membawa program ini ke peringkat yang lebih besar. Beberapa soalan yang bertanyakan tentang program ini telah saya terima melalui email. Kebanyakannya dari KL dan Selangor.
Melalui blog ini, saya akan “run” beberapa sesi pengenalan 4 teras yang di-embedded di dalam Modul AKU SUKSES Mindset Program ini (Kebanyakannya adalah dari artikel yang saya tulis di dalam blog ini). Saya buka kepada sebarang kritikan mahupun pandangan terhadap program ini melalui email saya.
Sekian..
Salam Kemakmuran
Posted in Bicara Penulis/Falsafah/Kritis/, WORKSHOP/PROGRAM/iklan
No Comments »
June 24, 2009
Dua hari lepas, saya ada pertemuan dengan Pegawai Pelajaran Daerah (PPD) Melaka Tengah. Kisahnya saya mempersembahkan cadangan profil program yang telah saya desain untuk pelajar. Penolong Pengarahnya memang kenalan rapat saya. Tetapi memenuhi protokol dan prosedur jabatan, saya serahkan segala butiran lanjut modul dan kaedah yang saya perkenalkan.
Memandangkan pegawai tersebut sudah saya kenali, pertenuan dan diskusi dijalankan dalam suasana santai dan bercorak perbualan yang tidak formal. Banyak input yang saya perolehi. Terutama hal dan isu pelajar sekolah dan sudah tentu perkembangan latihan pembangunan diri di sekolah-sekolah.
Menariknya, saya perlu menerangkan bahawa program yang saya kemukakan ini adalah satu program yang membentuk mentaliti atau mindset yang sepatutnya dimiliki oleh pelajar untuk berjaya. Malahan, mindset atau mentaliti ini wajib dimiliki oleh seseorang individu yang ingin berjaya di dalam kehidupan mereka.
Beliau nampak sedikit kurang jelas. Saya perlu membuat perbandingan bagaimana antara Tan Sri Syed Mokhtar Albukhari dan Tony Fernandes memang berbeza fizikalnya. Berbeza dari segi fisiologi dan personalitinya. Tetapi jika dikaji dari segi mentalitinya, mereka akan berkongsi hampir kebanyakan falsafah dan nilai kepercayaan mereka yang sama tentang kejayaan.
Begitu juga dalam lapangan Badminton, Datuk Lee Chong Wei dan Taufik Hidayat memang berbeza dari segi skil dan persembahannya, tetapi dari segi mentalitinya mereka akan berkongsi falsafah dan kepercayaan yang hampir sama tentang diri mereka.
Begitu juga bagi para remaja dan pelajar di sekolah. Walaupun strategi belajar boleh ditiru dan digunakan sebagai kaedah belajar yang baik, tetapi kita tidak boleh menafikan bahawa ada pelajar yang suka belajar dalam keadan yang sunyi. Manakala ada pelajar yang suka belajar dalam keadaan mendengar muzik. Kerana itu apa yang perlu mereka miliki adalah mentaliti dan kepercayaan yang boleh membawa mereka berjaya dalam bidang akademik mahupun kehidupan mereka.
Selepas saya menerangkan inti pati program tersebut, saya serahkan sebuah buku yang saya tulis iaitu buku “Rahsia Minda Jutawan”. Sambil memberikan satu profil lengkap modul karangan saya yang bertajuk “Potensi Minda, Emosi dan Kerohanian-Satu Kupasan”. Beliau tersenyum sambil berkata; “sekarang nie EQ paling banyak dibicarakan di sekolah sekolah”. Saya senyum semula sambil berkata; “Abang baca dulu profil dan buku saya, nanti kita ngombrol lagi”.
Selesai…
Hari ini beliau telepon dan berkata; “Mar, confirm nanti kau ceramah kat surau Rumah Anak Yatim Fatimah Az Zahrah pada xx.xx nanti. Kau bagi buka minda dan beritahu tentang potensi yang kita miliki nie. Nanti baru kau buat program satu hari penuh”.
Saya senyum aje….
Posted in Mindset & Persepsi, IQ,EQ & SQ, Bicara Penulis/Falsafah/Kritis/
3 Comments »