Sukses.Kekayaan.Kemakmuran

Blog Amar Mahmood

September 12th, 2007 at 12:29 pm

Library Review: Shalat sebagai meditasi tertinggi dalam Islam

abu-sanjan.jpgSempena menyambut kehadiran ramadhan al mubarak dan menjawab banyak pertanyaan dari rakan2 yang menyuruh saya review sebuah buku bahasa melayu maka tidak boleh tidak saya teruja untuk menyambut pertanyaan mereka. Maka hari ini, saya  ingin berkongsi dengan anda sebuah buku yang sangat mendasar iaitu “Pelatihan Shalat Khusyu’-Shalat sebagai meditasi tertinggi dalam Islam oleh Abu Sangkan dari Indonesia.

Kenapa buku ini?

Asalnya ia direcommendkan oleh rakan seperjuangan - Motivator Bro Izu (moga beliau mendapat rahmat dari Allah kerana telah menunjukkan buku ini kepada saya) pada 7 atau 8 bulan yang lepas. Jadi beliau meminta saya membawa sains minda dalam konsep Islam mengikut apa yang dibawa oleh buku ini iaitu membawa meditasi dari sudut kerohanian islam. Jadi seperti yang dinyatakan oleh beliau, saya pun mencari buku ini untuk menambahkan pengetahuan saya.

Pertama kali melihat cover buku ini, saya sudah terasa energi yang datang dari buku ini. Sangat kuat vibrationnya dan terasa ruh kerohanian yang datang dari buku tersebut. Sangat tenang dan mendambakan bila merenung design buku tersebut. Jelas, buku ini ditulis oleh penulisnya dengan penuh penghayatan dan pengalaman spiritual yang kuat.

Sebenarnya, saya memang seorang peminat buku karya dari seberang. Semenjak umur saya 20an lagi saya telah mula mengumpul buku dari sebelah sana. Malahan jika saya berkunjung ke Jakarta hampir berkotak buku yang akan saya shopping. Malahan hingga kini saya masih melanggan majalah tertentu dari Indonesia. Jadi jangan terperanjat jika penulisan saya banyak dipengaruhi dgn ayat2 lenggok Indonesia.

Di kuala Lumpur, sebuah arkib di Masjid India adalah tempat rasmi kunjungan saya setiap kali ada kelapangan. Jadi apabila rakan2 menegur saya banyak review tentang buku dari barat, saya hanya tersenyum kerana buku2 melayu aliran sains minda boleh dikira dengan sebelah tangan sahaja. Tetapi koleksi buku dalam bahasa melayu saya tersangat banyak tetapi lebih bercorak spiritual, politik, ekonomi yang luar dari skop blog ini.

Okay berbalik kepada buku tersebut, apakah yang hebatnya buku itu? Ia lain dari yang lain. Solat disentuh bukan dari segi hukum dan applikasi tetapi ia adalah inti, ia adalah ruh dan ia adalah hakikat solat itu sendiri. Terlalu banyak buku menyentuh solat dari sudut fizikalnya tetapi tidak melihat solat dari segi energi, ruh, isi dan hubungannya dengan Penciptanya. Kerana itu buku ini sangat2 berbeza. Sebagai penganut Islam kita patut bersyukur kerana solat adalah meditasi tertinggi dalam kerohaniaan yang akan mencapai kebahagian dan ketenangan dalam kehidupan. Ia adalah peringkat meditasi yang sangat tinggi. Tetapi dalam Islam, ia telah diajar semenjak beribu tahun dahulu.

Kandungannya menyentuh kosentrasi, kuasa niat, aromatherapy, terapi air(wudhu’), rahsia rukun solat, dzikir dan energinya dan banyak lagi. Subhanallah… anda perlu membacanya kerana ia adalah menguatkan kekuatan minda anda. Ia menguatkan spiritual anda dalam anda mencapai kusyuk di dalam solat. Buku ini akan membawa anda mendekati, mengenal dan mencintai Allah. Ia akan mengubah “mindset” kita bahawa sholat khusyu’ itu mudah, sholat khusyu’ itu bukan diciptakan tapi diterima, seperti kita tidak diciptakan cinta tapi menerima dan merasakannya.

Di blogroll, saya masukkan sekali URL Abu Sangkan untuk anda mendalami pemikiran dari beliau.

Amar Mahmood

P.S: Kepada sahabatku Luth, anda perlu memiliki buku hebat ini. Review ini aku dedikasikan khas buat dirimu.
P.S.S: Gunakan ramadhan ini untuk mendalami rahsia yang terdapat di dalam buku ini.

6
  • 1

    Menarik, bila baca review buku ini. Bagaimana untuk dapatkan buku dari seberang ni . Ada dijual di Malaysia ke

    linn on September 12th, 2007
  • 2

    Ana dah beli pada tanggal 9/9/2007. Ana ingat baru nak preview pasal buku tu.

    Buku yang pada ana, amat menarik untuk mereka yang masih mencari makna sebenar solat. Buku ini juga mudah untuk difahami.

    Pada kali pertama ana mencuba kaedah yang diterangkan, Ana telah mendapat pengalaman baru. Pengalaman yang serius tapi rileks..

    Semoga kita sama-sama mencapai khusyuk dalam solat.
    Luth.

    Luth on September 13th, 2007
  • 3

    salam..,

    cuba linn cari kat arkib Indonesia jalan masjid india. Harga sekitar RM15 sahaja.

    Amar Mahmood on September 13th, 2007
  • 4

    Atau kalau Kak Lin nak murah lagi saya boleh dapatkan dengan harga RM13.

    Di jalan Masjid India terdapat satu kedai bernama PUSTAKA INDONESIA, bangunan Wisma Yakin. Di tingkat 2 pun ada. Kedai-kedai ini merupakan salah satu perpustakaan saya.

    Apa pun, buku ini amat bagus untuk dipraktikkan kerana ia memberikan tips-tips kepada rantaian yang putus (mising link).

    Luth.

    Luth on September 13th, 2007
  • 5

    Rupa-rupanya ada kedai buku indonesia kat sini. Saya tak pernah tahu. Apa yang saya dengar buku dari indonesia hebat-hebat, tapi saya tak berpeluang untuk membacanya. InsyaALLAH saya akan pergi cari

    linn on September 13th, 2007
  • 6

    cuba dapatkan pula buku Abu Sangkan “Berguru Kepada Allah.” Insya’Allah ada penjelasan yang membahagiakan. selamat membaca dan menimba ilmu. semoga dapat merasa kehadiran Allah disisi sentiasa. Wassalam.

    mawarrilla on February 29th, 2008

 

RSS feed for comments on this post | TrackBack URI