Mulai hari ini, saya akan menghantar kepada anda link2 ebook percuma atau free ebook yang saya rasa boleh membantu anda untuk menambah lagi pengetahuaan anda dalam membangunkan diri anda atau meningkatkan potensi diri anda. Seperti yang saya pernah sebut, saya ingin blog ini boleh menjadi tempat rujukan atau tempat mencari ilmu pengetahuan bagi seseorang individu yang ingin mencapai sukses, kekayaan dan kemakmuran.
Kerana ebook ini adalah milik individu tertentu, maka saya hanya menghantar anda pada link tersebut untuk anda download terus dari webnya. Ia akan memudahkan anda untuk terus mendapatkan ebook tersebut dan tidak perlu berpusing2 untuk mencari ebook yang sesuai.
Di samping yang mempunyai budget yang terhad untuk memberi buku, anda sebenarnya masih mempunyai alternatif lain untuk menanbah ilmu anda. Yang peting ANDA MESTI SANGGUP DAN MAHU. Beli sebuah pendrive (yang semakin murah) jika anda selalu surf di CC. Ini memudahkan anda untuk menyimpan ebook tersebut.
(Harap selepas raya, saya boleh memberi anda sebuah ebook yang saya tulis sendiri.)
Untuk hari ini, saya berkongsi dengan anda free ebook Think & Grow Rich yang saya pernah cover dari Library Review.
Load di sini: Think & Grow Rich by Dr Napolean Hill
Amar Mahmood


Assalamualaikaum Amar. Perkongsian yang menarik, ana akan download ebook yang akan anta persembahkan. Itulah kehebatan seorang yang hebat. Ciri-ciri itu terpantul dari perkongsian anta.
Terima kasih.
Luth.