Dalam banyak2 buku tentang kuasa minda,
Spiritual Marketing yang di tulis oleh Mr Joe Vitale benar2 telah mengubah banyak persepsi saya dalam bidang ini. Seorang pakar hypnosis, dan telah banyak mencatatkan record penjualan dalam bidang Internet Biz, Joe Vitale memang bukan asing dalam teknik2 memukau orang hanya dengan tulisnya.
Kerana itu jika anda membaca buku2 yang ditulis beliau, terdapat banyak teknik2 untuk menarik anda hingga anda membaca buku beliau sehingga habis.
Spiritual marketing asalnya hanyalah sebuah ebook yang di jual di Internet sahaja. Selepas mendapat sambutan yang sangat hangat, buku ini telah disusun semula dan telah diterbitkan ke seluruh dunia dengan nama The Attractor Factor.
Buku ini mendedahkan bagaimana langkah2 untuk mendapatkan apa sahaja yang anda inginkan berdasarkan pengalaman sendiri yang dialami oleh Mr Fire ini.
Sangat Menarik . Dan pasti memberi banyak pengetahuaan kepada anda.
Dibawah ini saya sertakan sekali satu link unuk mendapatkan ebook ini secara percuma.
Load di sini:The Spiritual Marketing
The Power Is Within You- Louise Hay.
Bekas pengidap kanser yang telah pulih hasil pengamalan positif thinking serta terapi minda. Louise kini telah menghasilkan buku2 yang bercorak motivational serta membuat banyak ceramah tentang bagaimana menggunakan minda untuk mendapatkan kesihatan yang baik dan melakukan pemulihan penyakit melalui terapi minda.
Dengan bahasa yang simple dan mudah, buku ini menyentuh tentang kekuatan minda, minda separa sedar, bagaimana memprogram minda dan sudah tentung menyentuh emosi cinta dan kasih sayang serta bagaimana teknik letting go digunakan.
Bagi saya, buku ini sangat colouring mungkin kerana beliau juga menggunakan colour therapy sebagai amalan beliau. (sangat bagus dibaca oleh kaum wanita)
Buku ini adalah buku wajib untuk dibaca bagi pengamal2 kuasa minda.


The power is within you, saya belum ada.Terus terang saya cakap, banyak buku yang disyorkan melalui blog saudara, saya masih belum ada. Tetapi sekarang sedang berusaha mencarinya .
Terima kasih, kerana membuka mata saya untuk mencari lebih banyak ilmu berguna melalui buku-buku yang disarankan.
Sama-Sama Linn. Nanti kita kongsi buku2 yang lain. Jikalau Linn ada buku nak recommend boleh infm kat saya.