Siapa tak kenal Anthony Robbins? Jika anda duduk dalam bidang psikologi dan personal growth, beliau bukanlah nama asing atau nama yang tidak dikenali ramai. Jika anda pengamal NLP, lebih pelik jika anda tidak mengenali beliau. Anthony Robbins adalah guru besar dalam bidang ini. Jurulatih (Trainer) Peak Performance yang bertaraf 1st class ini telah melatih ramai nama2 besar dalam pelbagai bidang.
Hari ini cuma sebagai syarat sahaja, 2 buah buku beliau saya review untuk saya caangkan buat yang masih belum memiliki buku ini.
Unlimited Power (1986) dan Awaken The Giant Within (1991)
adalah ibarat satu module untuk pengamal NLP dan sebagai bahan asas pengamal sains minda. Buku ini sangat padat dengan term2 teknikal seperti metafora, anchoring, perseptif, fisiologi dan beberapa term yang berat untuk pegamal baru sains minda. Jadi, buku ini bukan boleh dibaca sambil berbaring atau semasa hendak tidur, pastinya anda akan terpaksa membaca buku ini berulang-ulang kali untuk difahami.
Tetapi, jika anda ingin memahami bagaimana perjalanan hidup manusia bermula dan bagaimana otak manusia berkerja, buku ini mesti anda miliki kerana jika anda membaca buku yang ditulis oleh pakar2 neorologi rasa2nya makin sukar kita hendak fahami. Tetapi sebagai seorang bukan akedamik, penulisan beliau dalam menerangkan konsep otak bekerja lebih mudah difahami.
Buku ini bukan cerita tentang kuasa LOA atau kuasa minda, tetapi ia adalah buku tentang bagaimana sistem kepercayaan manusia dibentuk dan bagaimana manusia membina kepercayaan di dalam minda mereka. Buku ini adalah tentang kerangka minda atau bagaimana anda membina struktur kepercayaan di dalam kehidupan anda setiap hari.
Hingga hari ini, saya masih membaca buku ini untuk memahami beberapa pendekatan beliau. Bagi saya , buku ini adalah buku terbaik dalam bidang seni berkomunikasi dengan diri sendiri.


Salam,
Dah lama tak ziarah sini. Tuntutan keadaan tidak mengizinkan.
Kedua-dua buku tersebut saya beli pada tahun 2005. Sampai sekarang saya masih lagi membacanya . Banyak perkara boleh dipelajari melalui kedua-dua buku tersebut
Terima kasih Linn.
Moga Linn sentiasa ceria dan gembira di samping keluarga.
Assalamualikum.
Saya pun seminggu dua ni, tiap hari ke sini.Setiap inci blog ni telah saya jelajahi untuk mendapatkan mutiara ilmunya.Terlalu banyak yang saya perolehi di sini.Terima kasih yang tak terhingga kepada saudara Amar.
Saya juga akan cari 2 buku tu.Walaupun jujurnya saya mengaku saya lemah BI tapi saya percaya dan sangat2 percaya bahawa saya boleh menguasainya.(sekarang dalam proses)Sayangnya saya lambat sedar akan kepentingan keperluan menguasai bahasa ini sedangkan ia bahasa ilmu yang tidak terbatas banyaknya.Semoga saya dipermudahkan utk menguasainya.
Ada tips mcm mana nak kuasainya dengan lebih mudah tak?(sory minta tips pula kat sini)
Hmm mana adik saudara Amar? Luthfi yang dikasihi.Tak nampak komennya hari ini.Dari tulisannya saya dapat rasakan dia seorang anak muda yang berjiwa besar.Blognya juga telah sempurna saya jelajahi.Terima kasih Luthfi.Saya juga ada seorang kawan bernama Luthfi.Seorang yang baik dan sangat soleh.
Asalamualaikum Amar..
Buku yang anta review pada artikel hari ini dan sebelumnya telah ana ‘usha’ dibeberapa kedai buku seperti MPH, Borders Time Square, Kinokuniya dan byk lagi kedai ana dah usha.. Dan ana akan dapatkan buku-buku yang telah di ‘highlight’ oleh anta.
Cadang nak beli tempoh hari tapi dah ‘terjebak’ kat Fajar Ilmu Baru.. Tu yang ‘borong’ kat kedai aje..
Apa2 pun.. terima kasih untuk review hari ini..
Oh ye, untuk Nur.. saya sikit je jenguk blog ni, ada hal. Jangan risau, blog ni adalah syarat utama saya sebelum surf ke mana2 laman.
Amar = Cinta , Nur = Cahaya , Luthfi = Kehalusanku
Walaikumsalam….
Nur, terima kasih tak terhingga kerna menghargai perkongsian di blog ini. Jika di bandingkan dengan blog2 lain, sebenarnya,masih terlalu awal (baru 3 bulan-3/7/2007)blog ini disini. So,masih terlalu banyak yang saya perlu p’baiki di samping terlalu banyak ingin berkongsi. Bagaimanpun, dengan komen2 membina dari Nur dan rakan2 yang lain, ia dapat meningkatkan kualiti ilmu yang di sampaikan.
Untuk lancar BI tu, kena baca selalu. Mungkin ada affirmasi yang boleh saya kongsi nanti.
Adik saya Lutfi tu memang pemuda yang berjiwa besar, Sarat dengan falsafah spiritualnya. Masih tengah mencari dan mengkaji. Saya dapat tahu, beliau baru beli buku2 baru sebanyak rm200. So mungkin tengah sibuk mentelaah dan menambah ilmu. Moga banyak yang beliau dapat dan boleh berkongsi dengannya.
Say masih menunggu review beliau tentang buku yang baru beliau baca iaitu “berguru dengan Allah” yang di tulis oleh Abu Sangkan.