Sukses.Kekayaan.Kemakmuran

Blog Amar Mahmood

December 21st, 2007 at 8:31 am

Hijau @ Green Colour

Apakah itu warna hijau?

Love
Warna aura Hijau adalah warna universal love. Ramai orang keliru bila dikatakan warna tentang cinta. Ada yang katakana warna pink. Tetapi sebenarnya, pink adalah warna cinta lelaki perempuan atau warna romantik. Dan Hijau adalah warna cinta yang menyeluruh dan sangat besar. Ia merangkumi semua cinta. Cinta pada Tuhan, cinta pada ibubapa, cinta pada anak-anak, cinta pada rakan2, cinta pada alam sekitar dan sebagainya. Duduknya pusat cinta adalah di Heart Chakra. Iaitu satu chakra yang berelemenkan warna hijau. Kerana itu, cinta digambarkan dengan bentuk atau symbol hati. Ini menbuktikan duduknya di pusat energi cinta. Dan dalam dunia ini, cinta mempunyai tingkat energi positif antara yang paling tinggi. Cinta adalah kunci kemakmuran (abundance & Prosperity). Tanpa cinta, dunia akan semakin hilang segala kemakmurannya.

Alam semulajadi/ nature
Hijau adalah lambang alam. Ia menunjukkan pokok2 dan tumbuhan. Ia mengambarkan isi kandungan dunia. Ia juga selalu mengambarkan sistem alam semulajadi. Bila kita perkatakan warna hijau, kita akan mudah dibawa oleh gambaran hutan dan tumbuh-tumbuhan atau pantai dan juga air terjun.

Harmoni
Hijau adalah warna yang paling harmoni atau seimbang (balanced). Ia mempunyai elemen panas dan sejuk yang seimbang atau centered. Kerana itu, mereka yang mempunyai aura2 hijau sentiasa boleh menjadi pendamai atau orang tengah di dalam sesuatu masalah atau pergaduhan. Di samping itu ia juga adalah terbuka (open).

Growth
Hijau adalah evolusi dan simbol berkembang. Hijau adalah warna yang menunjukan nilai pengembangan atau suatu keadaan pembangunan sesuatu objek. Ia berkait rapat dengan hijau sebagi simbol alam. Ia sentiasa berkembang dan membesar. Ramai yang duduk dalam bidang personal growth mempunyai elemen hijau melambangkan kerja mereka yang mengembangkan potensi diri manusai.

Minda @ Mind
Hijau adalah perlambangan tentang minda atau otak. Kerna apa, kerna minda sepatutnya berkembang dan menbanguna n seperti simbol hijau yang lain iatu alam dan growth. Minda manusia patutnya juga sebegitu. Ia patut berkembang dan berevolusi seperti ciptaan tuhan yang lain. Jangan biarkan ia beku kerana ia seperti menolak fitra tuhan.

Money/Abundance
Hijau adalah lambang wang. Walaupun dalam masyarakat cina mengatakan warna emas dan merah menunjukkan wang, tetapi dalam ilmu aura, warna hijau menunjukkan wang dan kemakmuran. Wang Amerika dipanggil greenback. Dan selalunya warna dalam mana2 lambang dollar adalah berwarna hijau. Dan ia dikaitkan dengan kemakmuran (abundance) kerana ia memang fitrah Allah yang bermaksud berkembang dan berkembang. Tetapi, aura hijau menmentingkan kegembiraan dan kekayaan dari segi “inner”.

Islam
Sebenarnya, hijau senonim dengan warna Islam. Kerana itu kebanyakan warna yang mengambarkan Islam adalah dari tone hijau. Saya kurang pasti adakah sebarang sejarah atau latarbelakang Islam dahulu yang mempunyai kaitan dengan warna hijau. Tetapi jika dari metodologinya, saya lihat Islam itu harmoni dan sederhana (centered) serta berkembang. Seperti mananya, chakra hijau adalah ditengah2 antara chakra yang lain, ia memang mengambarkan keseimbangan antara duniawi dan akhirat. Sesuai dengan unsure alam semulajadi ciptaan tuhan, ia nampak nature atau natural. Malah yang paling utama, hijau adalah lambang universal tentang cinta. Cinta kita kepada Allah.

Knowledge
Ilmu adalah warna hijau. Aura hijau melambangkan kaya ilmu. Kerana ilmu itu sentiasa berkembang. Ilmu tidak pernah mati atau habis. Sama maksudnya dengan warna hijau yang bermaksud berkembang (growth) dan makmur (abundance)

Wood = Kayu
Dalam school of Feng Shui, hijau adalah lambang elemen wood atau kayu. Atau dekat dengan erti alam (nature). Elemen wood dalam feng shui adalah melambangkan kesihatan. Dari segi profesion/kerjaya pula, orang yang mempunyai elemen hijau adalah dari bidang penulisan, guru.pengajar, ahli psikologi, kounsellor, (semua kerjaya yang mempunyai hubungan dengan mengembangkan potensi atau bidang ilmu (knowledge) manusia), petani atau yang melibatkan diri dengan penanaman.peladangan. Elemen hijau penting dalam feng shui untuk menghasilkan elemen merah. Kerana kayu jika dibakar akan menghasilkan api (vitality) atau dalam erti realitinya menghasilkan semangat untuk berjaya.

Hijau adalah warnaku…..

Love, Abundance & Prosperity

( ( ( ( ( ( ( ( ((((((((((((AMAR MAHMOOD))))))))))))))))) ) ) ) ) ) ) )
Mind Power Coach & Energy Therapist
PS: jika mahu tahu lebih lanjut tentang aura, sila pergi ke blog Master Hazil.

11
  • 1

    Salam Kedamaian…

    Damai itu tenang & stabil.. stabil itu selamat.. selamat itu salam! (dan salam itu Islam!).

    Bagus coretan ini, kebetulan saya juga berbicara tentang HIJAU dlm artikel saya AURA AGRO di Majalah yourlivestock.com edisi 2. Terpanggil untuk menulis & komen disi.. boleh ye Mstr Amar??..

    Hijau warna keseimbangan dan kedamaian.. FORMULA alami yang dianugerahkan oleh Yang Maha Pencipta utk sekelian makhluknya agar kehidupan terbina dalam kedamaian dan keMAKMURan. Hijau umpama pohon.. darinya oksigen terhasil.. dgnnya PERNAFASAN terizin.

    Melalui pengalaman RASUL sewaktu pengijazahan (wahyu) pertama beliau di GUA HIRA’.. Jibrail hadir dalam bentuk CAHAYA keHIJAUan. Malah, sebelum RASUL MUMAHHAD s.a.w diangkat menjadi KHALIFAH (rasul) belau telah menjalani Pembedahan Metafizik beberapa kali (dari bayi hinggalah dewasa) sebagai proses “Pembersihan” makam QALBU yang duduknya di bahagian dada pada tubuh.

    Hijau juga sebagai COOLER (penyejuk) kepada sistem enjin yang panas. Organ2 manusia juga bekerja dalam suhu yang panas.. warna hijau pada Chakra Jantung MENGAWAL suhu tersebut agar tidak terlalu MEMBARA. (boleh berasap hidung!!!) Malah Salur VENA yang kehijauan berada diseluruh sistem badan.

    Hijau warna neutral.. Titik STABIL untuk MIND, BODY & SOUL. Keseimbangan yang dicari dan mahu dikecapi oleh semua insan. (PINK lebih sejuk, energi cintanya lebih kepada alam imiginasi, ilusi dan fantasi - ia rangsang jiwa namun melemahkan fizikal jika keterlaluan). LALU, warna HIJAU harus di CARI dan di BERI seperti fitrah manusia yang mahu BERCINTA dan DICINTAI. HIJAU adalah PENAWAR alami.. dan IA PENAWAR bagi segala PENYAKIT (mind, body & soul).

    Mstr Amar terzahir hijaunya… Beliau BAKAL menjadi UBAT kepada mereka yang mencari PENAWAR!! Ayuh, kejar dia..!!! (haha…)

    Salam Aura Kedamaian..

    Master G on December 22nd, 2007
  • 2

    Salam Kemakmuran kembali buat Master Hazil.

    Terima kasih kerana komen dan tambahan ilmu dari Master G.Baru saya tahu yang Malaikat Jibrail datang dengan cahaya kehijauan. Mungkin inilah lambang ISLAM yang dekat dengan sejarah dan pengertiannya.

    Saya telah membaca artikel AURA AGRO di majalah tersebut. Menarik dan penuh dengan ILMU2 AURA. Bagus untuk mendekati ilmu ini dari sisi yang tidak selalu difahami orang. Selepas AURA RASA di TV, semestinya ilmu AURA ini disebar2kan dalam banyak aspek kehidupan yang lain. BIAR ramai faham KUASA AURA yang ada disekeliling kita ini dan bagaimana boleh kita mendapatkan manfaat dari ilmu tersebut.

    Terima kasih sekali lagi..kedatang Mstr Hazil di sini telah menambahkan energi dan KUASA AURA yang berwarna warni di blog ini. Biar nampak indigonya dan biar terang warna birunya pula. Inasya Allah..makmur dan barakah..ameen
    :)
    Kalau ada ubat, perlu ada doktornya. kalau tidak nanti salah diberi ubatnya pula..

    Amar Mahmood on December 22nd, 2007
  • 3

    Kepada pembaca2 blog ini, cuba renungi beberapa perkataan yang ditulis dalam komen Master G. Ada maksud yang mendalam dan pengerti yang tersirat. Moga anda membaca yang tersurat dan yang tersirat.

    kedamaian dan keMAKMURan
    pengijazahan
    pembedahan metafizik
    proses “pembersihan”
    QALBU
    Salur VENA

    Amar Mahmood on December 22nd, 2007
  • 4

    Hah, tu dia.. bila 2 orang master berhujah dan memberikan pendapat serta pandangan yang hebat, sudah tentu percikan ilmu itu bertebaran disekeliling..

    Artikel yang anta tulis memang menarik cuma ana masih kurang ilmu tentang warna ( nanti bley ana dalami ia dgn anta ye.. ) dan komen yang diberikan oleh master Hazil sememangnya best lagi tepat dan berat..

    Ruangan komen blog ini sudah semakin menarik.

    Luth on December 22nd, 2007
  • 5

    Salam Aura..

    Terima kasih kembali.. adapun warna pentas ini penuh dgn warna2nya. Hijau sebagai chahaya warna ILMU seperti yg Mstr Amar gambarkan. Tambahan pula, hijau itu pohon, pohon itu KAYU, dari kayu hasilnya kertas, dari kertas lahirnya buku & dari buku terzahirnya ILMU.

    Jika tak keberatan.. izinkan saya berkongsi sedikit lagi.. (boleh ya Mstr Amar??):

    Pandangan gambaran Jibril yang hadir dalam bentuk chahaya keHIJAUan adalah dari beberapa kitab, pandangan & kupasan para ILMUAN Islam. Ia masih bersifat pandangan, boleh dipertikai kerana bersandarkan fakta hadis yang lemah.

    Maka APAKAH YANG SAHIH ATAU DALIL YG KUAT tentang ILMU perihal warna hijau yang DIA mahu kita FAHAM??!!

    Perkataan WARNA dalam TAFSIR Al-Quran muncul pada Surah Al-Room :ayat 22 yang bermaksud: “Dan di antara tanda-tanda kekuasaan-Nya ialah menciptakan langit dan bumi dan berlain-lainan bahasamu dan warna kulitmu. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda-tanda bagi orang-orang yang mengetahui.”

    Menariknya.. kata WARNA (AL-WAN - yg bermaksud warna, kata AL merujuk kepada HANYA SATU atau UTAMA seperti AL-Quran, Al-Karim dll) ini hanya muncul SEKALI dalam Al-Quran.

    Al-Quran penuh dgn RAHSIA metamatikanya.. rahsia2 tersebut umpama petunjuk akan KEHEBATAN & KEBESARANNYA kepada yang mencari. Dalam ayat di atas; Surah Al-ROOM (surah ke 30)ayat ke 22 - RAHSIA METAMATIKAnya: 30:22 @ 3+0+2+2 = 7 (!!!). Dan fakta SAINS hari ini mengatakan spektrum CAHAYA ada TUJUH warna. Apakah ALLAH sedang memberi ‘klu’ dalam ayat di atas tentang PERSONALITI WARNA melalui “warna kulitmu”?? Adakah ini antara DALIL mengapa KITA harus kenal WARNA DIRI kita kerana ia antara BUKTI KEKUASAANNYA yang menciptakan langit dan bumi.

    Seterusnya… Ayat 22 ini memberi ‘klu’ dari nombor 2 dan 2 nya. Pertama: 2+2 = 4 Umpama titik koordinat warna yang mahu diPERTEKANkan untuk PERHATIAN insan. Titik warna keempat dalam SUSUNAN warna adalah HIJAU!!! (…dan bukankah hijau itu warna KESEIMBANGAN antara DUA sifat iaitu PANAS dan SEJUK - kerana itu ia ditulis 2+2 bukan 1+3 atau 3+1 atau 4 atau 40 atau 1+1+2 atau lain-lain).
    Keduanya: 2 dalam kejadian manusia merujuk kepada HAWA (Adam manusia PERTAMA) yang membawa sifat & pencirian seperti PEREMPUAN, LEMBUT, TEMAN, SAYANG, CINTA dll. Maka 2+2 dilihat sebagai GANDAAN pada SIFAT yang dinyatakan tadi. Bukankah ALLAH itu MAHA PENYANTUN!!
    Ketiganya: 2 bersifat LEMBUT dan kelembutan pada alam adalah pada WARNA LANGIT dan AIR.. (bukankah Allah mulakan ayat ini dgn kata TANDA-TANDA - kata AYATIHI dalam nahu ganda) menggambarkan bukan SATU TANDA tapi DUA TANDA.. lalu ALLAH sambung dgn LANGIT & BUMI.. apa yang ada dilangit : tentulah awan2 yang kehijauan (atau kebiruan) dan apa yang ada dibumi: tentulah 70% nya air yang kehijauan (atau kebiruan). Malah daratan juga kehijauan (pohon2 hijau).

    Seterusnya apa pula???

    Tatkala meneliti 7 warna alam ini (spektrum warna pelangi), di dalam AL-Quran; perkataan HIJAU (KHUSRAN) muncul sebanyak 6 kali (secara JELAS muncul 5 kali & secara MAKNA 1 kali) pada EMPAT SURAH yang berbeza iaitu Surah 12:43, surah 12:46, surah 18:31, surah 55:64, surah 55:76 dan surah 76:21.

    Muncul dalam 4 (fakta warna ke 4 – HIJAU di atas) surah yang berbeza. Pada kali ke 4 ia muncul iaitu di dalam Surah Ar-Rahman (surah ini bermula dengan kata AR-RAHMAN – yang bermaksud: YANG MAHA PEMURAH – {sifat warna hijau???}) ayat yang ke 64 – “Mud Haaaam Matan” yang bermasud “kedua syurga itu (kelihatan) hijau tua warnanya” : perkataan KHUSRAN atau HIJAU tidak disebut secara JELAS namun maksud ayat ini merujuk kepada warna HIJAU TUA. Secara umumnya hijau dalam ayat ini merujuk kepada WARNA SYURGA (kini minda kita mendapat gambaran warna2 di syurga) DAN bukankah syurga itu GHAIB sifatnya pada kita di dunia ini. Seperti juga perkataan khusran (hijau) yang tak muncul dalam ayat ini tetapi membawa makna atau gambaran warnanya pada sifat syurga. Malah syurga dalam ayat ini disebut “keDUA Syurga itu” seperti kod rahsia pada surah & ayatnya iaitu surah 55:64 @ 5+5 dan 6+4 = 1 dan 1 @ 2. Adakah KEDUA SYURGA ini menggambarkan 1 syurga di alam DUNIA dan 1 syurga di alam AKHIRAT kelak?? Adakah syurga dunia yang kehijauan ini merujuk kepada LOVE & PROSPERITY?? Adakah ia juga bermaksud CHAKRA JANTUNG atau MAKAM QALBU yang berfrekuensi HIJAU dan menjanakan gelombang KASIH SAYANG, SALAM, ISLAM, KESTABILAN dan sebagainya??!! Renung-renungkan dan fikirkan….

    Warna hijau dalam Al-Quran merujuk kepada gambaran keindahan dan gambaran SYURGA dan ALLAH nyatakannya 4 kali (warna HIJAU – pada syurga, 2 yang lain merujuk kepada cerita mimpi 7 bulir @ gandum yang hijau oleh Raja yang bertanya kepada Nabi Yusuf)) dalam ayat-ayat di surah 18:31, Surah 55:64, Surah 55:76 dan surah 76:21. Menariknya pada surah 18:ayat 31 yang bermaksud : “Mereka itulah (orang-orang yang) bagi mereka surga Adn, mengalir sungai-sungai di bawahnya; dalam surga itu mereka dihiasi dengan gelang emas dan mereka memakai pakaian hijau dari sutera halus dan sutera tebal, sedang mereka duduk sambil bersandar di atas dipan-dipan yang indah. Itulah pahala yang sebaik-baiknya, dan tempat-istirahat yang indah”
    dan surah 76:21 yang bermaksud: “Mereka memakai pakaian sutera halus yang hijau dan sutera tebal dan dipakaikan kepada mereka gelang terbuat dari perak, dan Tuhan memberikan kepada mereka minuman yang bersih.”
    Allah menceritakan PAKAIAN SUTERA HIJAU. Pakaian umumnya merupakan perisai diri – melindungi tubuh fizik dan auratnya. Kita juga tahu dan faham bahawa aura adalah pakaian metafizik yang berada secara GHAIB diluar tubuh manusia. Sutera pula adalah jenis fabrik terhasil dari ulat sutera yang memakan daun; ulat dan daun ini adalah ALAM (haiwan dan tumbuhan). Maka; adakah gambaran ALLAH tentang keadaan INSAN ketika disyurga kelak yang berpakaian sutera hijau membawa erti Tenaga keselamatan, kestabilan, kasih-sayang, harmoni dll (hijau) yang berbentuk PERISAI ALAMI atau PAKAIAN yang melindungi dan mewarnai PENGHUNI SYURGA?? Jika syurga adalah matlamat akhir insan, maka sifat HIJAU itu perlu menjadi GEMA auranya kini di alam nyata ini dan ia HARUSlah menjadi FORMULA untuk kita merasai nikmat syurga di dunia ini sebelum boleh menikmatinya di akhirat kelak. Seperti kata ‘Law of Attraction’ – Light attract Light!’.
    Renung-renungkan dan fikirkan…

    Master G
    PS: MAAFKAN SAYA… saya benar2 tak sedar komen ini sudah terlalu panjang dan menalar jauh. MAAF!! MAAF!! MAAFFF!!
    PSS: Saya terus poskan artikel ini ke blog reiki saya.

    Master G on December 23rd, 2007
  • 6

    Salam Sinergi buat Master G.

    Bila ilmu aura digabung dengan ilmu nombor. Di tambah lagi dengan metafiziknya. Dikukuhkan dengan ilmu AlQuran nya..apa lagi yang perlu anda fikirkan. Ia telah menjadi satu JURNAL yang menarik utk diselaminya.

    Secara jujur, saya sudah baca 3 kali. Tetapi terlalu luas maksudnya yang perlu saya renungi lagi.Tinggi betul ilmu nombornya. Kalau mahu ditanya , ada pelbagai soalan dari komen di atas. Insya Allah, nanti ada kesempatan saya mahu mencungkilnya dari Master G.

    Terima kasih dengan perkongsian Ilmu yang luas ini buat Master G. Mari kita ke blog Master G pula utk menambah ilmu.

    Buat Luth, anta kena jumpa Master G utk belajar ilmu aura…

    Amar Mahmood on December 23rd, 2007
  • 7

    Subhanallah,banyak perkara yang saya belajar melalui komen master Hazil, begitu banyak rahsia ALLAH yang tersembunyi. Semoga satu hari nanti saya boleh berguru dengan master Hazil

    linn on December 24th, 2007
  • 8

    aye2 masterG !!!

    eilanur on December 24th, 2007
  • 9

    Eilanur….tahniah dengan penerbitan buku anda. Kenapa tak warwarkan lg?

    Amar Mahmood on December 24th, 2007
  • 10

    hah?

    siapakah yang BERTUAH menerbitkan buku saya tu ??

    :P

    eilanur on December 26th, 2007
  • 11

    […] saya ada menulis artikel tentang warna Hijau. Tetapi selain warna hijau , warna MERAH juga adalah warna yang selalu menjadi pilihan saya. Tak […]

 

RSS feed for comments on this post | TrackBack URI