Sukses.Kekayaan.Kemakmuran

Blog Amar Mahmood

February 2nd, 2008 at 4:39 am

IbuBapa WAJIB belajar ilmu tentang MINDA

Apabila ibu mengandung, terjadilah seorang bayi. Kata Ulamak, “Tuhannya sudah sediakan rezekinya semasa ianya masih dalam perut ibunya. “Ini memang benar.” (sudah dituliskan rezekinya) kata ugama.

Apabila bayi itu lahir sahaja ke dunia hanya yang ia tahu adalah makan. Tidak diajar ilmu itu. Belum boleh melihat, mendengar, berkata-kata dan sebagainya dengan betul, sebab ia belum belajar berbuat demikian. Otaknya masih kosong. Jiwanya masih kosong. Dirinya masih kosong. Akalnya masih kosong. Kekuatannya pun masih kosong. Ia tidak tahu bagaimana hendak melayangkan tangannya ke mana. Tidak mengerti mencapai anak patung yang ditunjukan kepadanya. Sebab, ia belum belajar. Otaknya belum belajar lagi berbuat demikian.

Bayi itu membesar. Hari demi hari, ia mula pandai sehingga tahu api itu panas selepas membakar jarinya. Ia belajar segala-galanya dari pengalaman dan pemerhatian. Belajar ia duduk, merangkak dan seterusnya. Kemudian belajar ia berdiri dengan sendirinya. Bersusah payah, bangun jatuh dan akhirnya pandai berjalan dan berlari. Otak pun sama sama belajar. Data-data (akal/fikiran) disimpan dalam otak.

Bayi itu terus membesar dan terus belajar. Belajar ibubapa kata “itu boleh, ini tidak boleh”. Cikgu pesan “itu baik, ini tidak baik”. Pengalaman ajar “yang ini bagus, yang itu tidak bagus”. Keadaan sekeliling menyumbang “yang ini berfaedah, dan yang ini tidak berfaedah”. Kemudian ugama pula menyarankan dengan kuat dan lantang “ini berdosa, ini pahla”, “ini haram, yang ini halal” dan seterusnya bayi itu terus belajar dan hidup dengan data-data yang telah disimpannya.

Sumber : Kitab Rahasia Ilmu Otak dan Minda
Karya : Tuan Haji Johari

Ini adalah sedikit petikan yang saya ambil dari kitab guru yang saya kasihi Tuan Haji Johari yang telah ditulis lama dahulu. Kerana itu gaya bahasanya juga saya kekalkan keasliannya.

Ini juga MEMBUKTIKAN ilmu minda telah diajar LAMA dahulu sebelum teori teknik moden seperti NLP dan sebagainya dibangunkan oleh ahli psikologi barat.

Jika anda membaca petikan itu, anda akan tahu BAHAWA IBUBAPA adalah penyumbang TERBESAR kepada maklumat dan sistem kepercayaan yang akan duduk di dalam “bank memori” seseorang individu tersebut.

KERANA itu saya mewajibkan IBUBAPA mempelajari ilmu tentang minda selain mempelajari kemahiran memasak, kemahiran mencari wang, kemahiran menjaga anda dan sebagainya kerana IBUBAPA adalah “pencetak” kepada nasib anak tersebut pada masa akan datang.

Love&Light

AMAR MAHMOOD
RESQ56 Coach
Mind Power Coach
Email:
amar_sukses@yahoo.com
coachamar@resq56.com

4
  • 1

    Benar apa yg Amar cakapkan tu.
    Kalau silap cetak, kena gandakan usaha keluar…

    Miza on February 2nd, 2008
  • 2

    Terima kasih dan TAHNIAH buat Miza kerana telah menamatkan status solo anda. Lama saya menanti dan menunggu untuk Miza memberi komen di blog saya ini.

    Mungkin RASA keibuan selepas menamatkan zaman bujang menyebabkan Miza ingin memberikan kata dan pandangan di artikel ini. Terima kasih sekali lagi. Moga Miza mendapat kebahagian dan kemakmuran dalam kehidupan Miza.

    Biar terlambat …ucapan ini untuk Miza:
    SELAMAT PENGANTIN BARU… :)

    Amar Mahmood on February 2nd, 2008
  • 3

    Salam Coach Amar,

    Kat mana saya boleh dapatkan kitab “Kitab Rahasia Ilmu Otak dan Minda” memang menarik gaya bahasanya dan ilmu yang terkandung dalamnya. Rasanya “DEEP” ilmunya.

    Zahiruddin

    Zahiruddin on February 2nd, 2008
  • 4

    Salam kembali..

    Memang kitab ini dah tak ada lagi. Dan hanya beredar sekitar kelompko yang belajar terus dengan Tuan Haji johari . nanti saya cuba “tanya2 ” dengan orang terdekat Tuan Hj ini jika boleh diedarkan semula kitabnya.

    :)

    Amar Mahmood on February 3rd, 2008

 

RSS feed for comments on this post | TrackBack URI