Tajuk kali ini lebih berat sedikit. Tetapi saya PAKSA diri saya untuk menulis atas dasar tanggungjawap saya..juga berdasarkan situasi dan suasana di negara kita yang bermula hari ini (Isnin-25/02/08) hingga 8/03/08 iaitu satu tempoh di mana kita memasuki fasa memilih pemimpin juga ketua yang akan memimpin kita menuju tahun tahun yang mendatang juga untuk generasi-generasi yang akan datang. Dan tidak dapat lari juga nanti agak kerap kali saya akan menyentuh tentang isu kepimpinan sepanjang tempoh yang menarik ini di sini.
POLITIK…satu nama yang kadang-kadang menjadi “perkataan” yang sangat dibenci oleh sesetengah orang atau golongan muda. Mereka beranggapan politik adalah “kotor” dan politik adalah begitu “menjijikkan“. Malahan masih ramai juga golongan muda yang cuba melarikan diri dari terlibat atau berkata tentang politik.
Jika ada yang bertanya saya apa itu politik…jawapan mudah saya adalah ia adalah “KUASA”. Pada saya politik adalah satu tanggungjawap orang yang memegang “kuasa”. Suka atau tidak suka, politik adalah bercakap tentang mendapatkan “kuasa”. Jadi bila ada orang yang tidak mahu bercakap atau berfikir tentang politik, saya beranggapan kita (lebih-lebih lagi sebagai seorang Islam) sudah lupa yang Rasulullah saw semasa berjuang untuk menegakkan Islam juga berjuang untuk memegang tampuk kuasa. Rasulullah tahu dengan kuasa maka keadilan dapat ditegakkan. Kekayaan dapat diagihkan, Islam dapat disebarkan, dan kehidupan mereka yang dibawah tampuk penguasa akan dapat hidup dalam ketenangan dan kesejahteraan. Kerana itu semenjak dari zaman Rasulluh saw lagi , perjuangan mendapatkan “kuasa” telah dapat kita lihat.
Tetapi, Rasulullah menmegang “kuasa” dengan rasa tanggungjawap dan sifat kepimpinan yang adil lagi bijaksana. Di dalam Islam ada politik. Itu adalah politik Islam. Jika ada mengatakan “politik” itu kotor atau “menjijikkan”, maka yang kotor atau yang jijik adalah “pemain” di dalam politik. Dan bukannya “politik” sebenarnya. “”politik” hanya satu sistem. Seperti juga wang, ia adalah satu sistem yang diwujudkan oleh manusia. Wang tidak jahat atau kotor. Tetapi manusia yang “teruk” akan menjadi semakin teruk jika mendapat kekayaan. Tetapi manusia yang baik akan bertambah baik jika mendapat kekayaan.
Begitu juga “politik”. Jika kita katakan politik itu kotor maka kita PERLU “menendang” keluar pemain politik yang menyebabkan politik itu jadi kotor. Bukan kita lari dari politik. Jika kita kata politik itu “korupsi” maka kita PERLU menendang keluar pemain politik yang “korupsi”.
Di Malaysia, kesedaran tentang politik juga penting. Suka atau tidak suka, kita perlu memahami dan MEMPUNYAI KESEDARAN tentang politik. Tidak terlibat tidak mengapa tetapi perlu ADA KESEDARAN (consciousness) dalam politik. Maksud KESEDARAN tadi adalah siapa pemainnya, apa pejuangan mereka. Apakah matlamat dan misi mereka. Dan sebagainya. Seperti untuk menjadi kaya, KESEDARAN tentang kekayaan itu sangat penting. Bila kita ada kesedaran tentang politik, kita tahu kepada siapa kita ingin memberikan pemain yang berhak memegang KUASA tersebut. Kerana NAbi memegang kuasa untuk keadilan, untuk kesaksamaan, untuk kesejahteraan, untuk keselamatan umatnya, maka KUASA yang akan kita berikan (undi) adalah YANG MENENTUKAN siapa yang PATUT memegang KUASA yang akan meberikan keadilan, kesejahteraan, kesaksamaan dan sebagainya kepada kita dan masyarakat kita.
Jika kita tidak mahu tahu tentang politik, atau kita cuba lari dari memahami POLITIk dan mengatakan politik itu “kejam” maka kita adalah salah. Kerana bila kita lari atau kita tidak mahu tahu tentang politik , maka orang yang TIDAK SEPATUTNYA akan memegang KUASA.
Jadi sepanjang tempoh 13 hari ini akan berlaku pelbagai pekara yang menarik untuk kita lihat, pelajari dan fahami..
Saya akan kongsikan pada entri akan datang…:-
PELAJARI BAGAIMANA…: hetero sugesti atau teknik2 sains minda digunakan dalam kempen dan propaganda politik.
FAHAMI kenapa kita perlu mengenali “kerangka2 kepercayaan tentang politik” dibentuk.
RENUNGI bagaimana kita membuat keputusan atau memberikan KUASA (undi) melalui “bank memori” atau “subconscious mind” kita TANPA kita SEDARI!!!
BERKONGSI tips2 memilih PEMIMPIN yang diidamkan.
Bersambung…….
AMAR MAHMOOD


wow !!! ~
HEBAT artikel kali ni..
teruskan..saya suka membacanya.
wah bagus.. boleh tau camna aplikasi hetero suggesti dilakukan dlm pilihanraya
sekarang pun dah kena hetero suggesti, tengah pening lalat nak pangkah yang mana, lihat iklan kat tv nampak macam BN aje yang bagus, dengar ceramah macam PAS aje yang bagus, rasa-rasa macam PKR aje yang bagus, IKUT HATI mahu tak nak pangkah mana2, boleh ke gitu…???
TAK BOLEH !!!
Baru selesai perjumpaan dan rakan2 bisnes di JB….
Buat eilanur..terima kasih dengan semangat anda. Tersenyum saya.
Dan nasihat saya buat housegold4u..cuba dapatkan maklumat dari sumber yang betul. Dan buat keputusan berdasarkan tips2 yang saya akan kongsi nanti.
Rugi jika tidak mengundi kerana kita juga yang akan menerima keputusan dalam pilihanraya dalam kehidupan kita setiap hari nanti.
Satu lagi, ini adalah tempat terbaik untuk kita menunjukkan kepada pemimpin tentang “kuasa” yang dipegang oleh rakyat. Maka pemimpin akan lebih berhati2 dalam memegang tampuk kuasa.
Meminjam ayat dari blog sifu Ainon Boss PTS :- “MASA UNTUK BERUBAH”
Haha, hetero-sugesti digunakan secara berleluasa baik dari ‘mereka yang tahu menggunakannya’ dan ‘mereka yang menggunakannya sebab dipaksa menggunakannya’.
Rakyat Malaya pada kebiasaannya akan mengalami ‘amnesia sugestif’ dalam tempoh 4 tahun sekali.
Jadi, perkuatkan diri dengan auto-sugesti masing2 ye..