Di dalam Mind Science, penggunaan affirmasi atau saranan diketogerikan kepada beberapa jenis. Selain dari self suggestion @ self talk (kata pada diri sendiri), hetero adalah teknik hipnosis yang juga boleh digunakan iaitu kata-kata saranan yang diucapkan pihak ketiga khusus kepada seseorang individu.
Dibangunkan dari kaedah hypnosis (sinonim dengan pukau), maka hetero sugesti boleh dijadikan satu method yang berkesan dalam memberi arahan atau memasukkan ideologi kepada seseorang JIKA menggunakan kaedah yang betul dan tepat.
Manusia atau Insan sebenarnya jika difahami psikologinya dan kunci tertentu akan mudah dipengaruhi. Jika anda memahami atau mendalami sains minda, di dalam otak manusia tersimpan kunci tingkahlaku atau tabiat yang menyebabkan seseorang individu itu berkelakuan begitu. Ia disimpan secara kukuh di dalam minda separa sedar manusia. Kerana itu, setiap apa yang disimpan di dalam minda separa sedar ini akan mempengaruhi manusia membuat keputusan oleh minda sedar mereka.
Di dalam kehidupan setiap hari, manusia menerima maklumat dan informasi melalui kelima–lima deria manusia. Melihat, Mendengar, Merasa, Menghidu dan menyentuh adalah deria yang manusia gunakan secara sedar (ada deria yang manusia gunakan tanpa sedar). Melalui deria ini, maklumat akan dimasukkan ke dalam minda mereka. Dan untuk mempegaruhi manusia, manipulasi kelima-lima deria ini sangat penting supaya seseorang individu membuat keputusan berdasarkan maklumat yang mereka terima.
Dalam arus perniagaan atau bisnes moden, penggunaan media suratkhabar dan media visual seperti TV dan “Attractive Video Clip” yang terdapat di tepi-tepi jalan akan memberi impak besar kepada kita yang melihat message yang berelemenkan ‘hetero suggesti” tadi. Malahan terdapat juga elemen-elemen “hypnotic” pada setiap imej yang dipaparkan yang anda terima melalui “deria manusia tanpa sedar” .
Sebenarnya, meneliti dan memerhatikan suasana kempen politik hari ini, anda akan dapat melihat elemen-elemen ini digunakan secara berleluasan terutama pada pihak yang memiliki kekuatan kewangan dan “alat” yang boleh dipergunakan. Manipulasi di suratkhabar dan TV menjadi “pentas” terbaik dalam menghantar message “hetero sugesti” tadi pada masyarakat yang ditargetkan.
Bagi mereka yang melihat media ini sebagai media “bertanggungjawab” atau dipercayai, maka kesan message yang dihantar akan terus diterima sebagai maklumat yang dipercayai. Apatah lagi masyarakat-masyarakat “pendalaman” dan perkampungan yang hanya menjadikan media yang “berpengaruh” ini sebagai bahan maklumat mereka. Apa akan jadi??
Sebenarnya, kaedah sains minda yang digunakan dalam cabang-cabang bisnes sepatutnya digunakan juga dalam bidang politik untuk mendekati dan menyampaikan message-message kepada masyarakat dengan berkesan. Tetapi sayang, elemen ini hanya dikuasai oleh pihak yang mempunyai kekuatan tersebut untuk kepentingan mereka.
Cuba anda bayangkan , apakah yang berlaku bila hamper semua media seperti TV, Radio, suratkhabar, billboard dan sebagainya digunakan untuk menyampaikan “hetero sugesti” tadi kepada masyarakat awam? Malahan semalam saya sempat menonton “live” atau “lintas langsung” penyampai message “hetero sugesti” tadi di berita perdana TV. Tak pernah berlaku, dalam suasana kempen pilihanraya, ceramah politik disiarkan secara lintas langsung untuk menyampaikan message mereka dengan nada “hypnotic” kepada masyarakat?
Teknik kempen ini sebenarnya ditiru ala propanganda ajen-ajen “think tank” barat terutama seperti Amerika yang sangat ke depan dalam kajian psikologi manusia yang mereka gunakan dalam menyampaikan message-message dan ideologi mereka ke seluruh dunia.
Pengulangan tayangan di TV, pengulangan beribu-ribu kali saranaan atau arahan berbentuk “hetero sugesti” tadi akan member KUASA penerimaan dan keyakinan pada pendengar dan penerima. Suntikan elemen EMOSI seperti gambar-gambar anak-anak kecil, ibubapa, sentiment kekeluargaan dan sebagainya menjadi KUNCI TERBESAR “hypnotic” message yang sampai kepada masyarakat. Akhirnya masyarakat TEWAS dan menerima message mereka dalam keadaan mereka telah DI HIPNOSkan!!
Kerana itu, KUASA-KUAsa besar dunia seperti amerika dan ajen Yahudi, menguasai kUNCI dan alat penyebaran maklumat mereka melalui TV dan media lain contohnya CNN, Star TV, CNBC dan terbaru Aljazeera juga telah dikuasi oleh puak-puak ini.
Jadi apa jadi dengan kita yang hanya menerima SUAPAN maklumat ini tanpa penilaian maklumat dan pengetahuan yang betul?? Tahukan orang-orang kampong dan pendalaman atau mereka yang mempercayai media –media besar ini jika ditakdirkan ajen-ajen tertentu menguasai media kita di Malaysia? Adakah mereka akan terima bulat-bulat?
Jawapan saya…YA! Mereka akan menerima message tersebut akibat keyakinan yang ada pada kredibiliti dan mereka telah dihipnosiskan untuk menerima maklumat tersebut.
AMAR MAHMOOD
Mind Science Practitioner
Mind Power Coach


Yup, betul tu Amar. Keadah ni telah digunakan dahulu lagi oleh kuasa2 besar dan mereka yang berpengaruh. Dan, amat malang bagi mereka yang secara sedar telah dihopnosis oleh pihal yang berwajib.
kuat betul hetero-suggesti dari di TV sekarang ya…malah, dimasukkan juga subliminal message. entah di mana demokrasi nya saya tidak nampak..
Memang teruk. Mcm dilanda geruda..haha