Mentaliti atau paradigma sebenarnya adalah satu koleksi pengalaman (experiance) atau peristiwa atau kepercayaan yang menghuni di dalam pemikiran setiap individu. Ia lahir kesan dari budaya dan apa yang berlaku ke atas seseorang individu tersebut.
Saya adalah bangsa melayu yang dibesarkan dengan budaya dan pesekitaran masyarakat melayu. Maka, saya juga mempunyai mentaliti yang dibangunkan dari budaya orang melayu.
Merubah bangsa adalah dengan merubah apa yang ada di dalam minda bangsa tersebut. Mungkin ada orang yang cuba menukar atau merubah fizikal bangsa tersebut. Tetapi anda perlu tahu yang manusia bertindak berdasarkan apa yang mereka percaya atau apa yang tersimpan di dalam pemikiran mereka. Merubah bangsa adalah dengan merubah “way of thinking” bangsa tersebut. Bangsa cina adalah bangsa yang terkenal dengan kehebatan mereka berniaga. Kerana mereka mempunyai “mentaliti” atau “way of thinking” yang menyokong mereka menjadi seorang peniaga yang berjaya.
Hari ini , saya enggak mahu ngonbrol panjang tentang apa yang ada pada mentaliti orang melayu. InshaAllah, diberi keizinan oleh Allah, saya ingin mneyiapkan satu koleksi lengkap mentaliti atau cara berfikir orang melayu ini.
Hari ini saya sekadar meninjau apakah yang ada melekap kuat dalam diri dan pemikiran bangsa melayu.
Mentaliti pertama yang saya ingin kongsi adalah Melayu adalah setia atau “loyal”. Bangsa melayu memang terkenal sebagai bangsa yang setia. Saya percaya, setia adalah satu sikap atau prinsip yang baik dan mulia. Semenjak dari kecil saya telah ditanamkan dengan mentaliti ini. Dari sekolah hingga ke dewasa. Hang Tuah adalah icon hebat atau lambang metafora konsep setia. Setia kepada Raja. Malahan Hang Tuah adalah model yang diangkat sebagai contoh kesetiaan yang tidak berbelah bahagi kepada Raja dan pemerintahan ketuanan Melayu.
Pada saya setia adalah prinsip yang kita perlu junjung. Setia pada Tuhan memang setia yang tidak ada galang gantinya. Tetapi setia pada orang mesti ada sebab dan munasababnya. Hari ini icon Hang Tuah sebagai icon setia semakin longgar. Hang Jebat semakin dipilih sebagai icon yang melambangkan “berani kerana benar”. Dan jangan setia membabi buta tanpa melihat yang mana benar yang mana salah. Yang mana Hak dan yang mana batil. anak muda hari ini mula memilih Hang Jebat sebagai pujaan dan semangat mereka.
Konsep setia ini telah digunakan oleh ramai orang yang bijak pandai. Zaman british mereka telah gunakannya. Dan hari ini juga ramai bijak pandai masih menggunakan mentaliti yang ada pada orang melayu ini. Konsep setia dimanipulasikan untuk kepentingan diri. Ramai orang melayu tidak sedar yang mereka banyak membuat keputusan kerana konsep setia dan berhutang budi. (harap jangan gadai “body”). Kadang kadang saya tergelak melihat mentaliti ini yang sepatutnya dibincang dan dibicarakan untuk melihat apakah melayu boleh maju dengan membawa mentaliti ini??
Konsep kedua yang saya ingin perkenalkan pada anda tetapi sebenarnya ada pada ramai orang sekeliling kita adalah…”apa yang ada nie …cukuplah”. Ini mentaliti yang juga parah pada saya. Bersyukur dengan apa yang kita terima adalah satu hukum kemakmuran yang baik. Tetapi mesti ada keinginan meningkatkan tahap hidup atau merubah kehidupan kepada yang lebih baik setiap hari. Ramai orang melayu menjadikan konsep ini sinonim dengan diri mereka. Konsep “dapat makan hari-hari ini pun dah baik” adalah konsep yang banyak menghalang kemajuan pada masyarakat melayu. Kerana itu tidak hairan ramai melayu selesa pada zon selamat atau “comfort zone”. Mereka tidak berani berubah dan membuat perubahan. Orang cina terkenal sebagai bangsa “penakluk”. Kerana itu bangsa mereka sangat berani bergerak dalam bisnes dan mencapai kemajuan dalam kehidupan mereka.
Bagaimana Melayu mahu maju jika “way of thinking” masih cara berfikiran zaman kesultanan melayu dahulu kala???
Saya tidak mahu bicara panjang. Saya tinggalkan isu ini untuk renungan anda. InshaAllah, saya akan cuba menulis isu ini dalam sebuah buku besar untuk tatapan orang melayu kita. Tak tahu bila saya mahu berikan pada masayarakat. Tetapi jika anda berminat untuk menilai dan melihat pemikiran dan mentaliti melayu., mudah sahaja..lihat pada pantunnya, sejarahnya, adatnya dan kebudayaan yang menjadi tunjang kepercayaan bangsa melayu.
AMAR MAHMOOD
“mahu maju..adalah menukar fikiran kita. Bukan menukar pakaian kita”
PS: Ini persepsi saya. Persepsi anda bagaimana???


yah.. hidup jebat! vote for change! hehehe
ohh yaa.. bile org sebut aje ‘confort zone’ .. mmg it reminds me to the malays… hehe… ehh.. lupe plak kite pun melayu jugak.. huhu
Salam Amar Mahmood,
Saya Rass, terima kasih sy ucapkan kerena menulis artikel yg bagus2 belaka disini. Sudah lama sy ikuti perkembangan disini, baru hendak beri komen, persepsi saya lebeh kurang sama dgn anda. Saya sekarang pun sibuk berbincang issue ini dari masa ke semasa pd anak2 muda. Kena tukar pemikiran mesti gerak maju serentak dgn bangsa lain. Kalau Amar kata tntg bangsa Cina mereka dah terlalu high skill maksud sy contohnya baik dlm bidang perniagaan atau pelajaran. Ianya telah menjadi adat resam budaya mereka harap tak salah kalau sy katakan dah menjadi darah daging mereka. Padahal Islam dah lama suruh kita jadi kaya asalkan tak terkeluar dari landasan yg digariskan. Kalaulah kita berjaya menukar mentaliti anak2 muda baguskan macam satu revolusi. Dimana kita berada memainkan perana, sekali ombak memukul pantai semua2 kena ikut arusnya. Panjang ya Amar kalau hendak diceritakan, sy rasa Amar lebeh faham. Maafnya panjang lebar komentar sy ini. Akhir sekali terima kasih berkongsi ilmu yg sangat baik disini. Sy suka membacanya hendak2 mengenai sain, bolehlah agak nya sy tanya lagi kalau tak faham.
Baiklah disini dulu, terima kasih banyak saya ucapkan atas penulisan artikel yg baik sekali begitu juga yg lain. Salam.
Salam. Saya memang tidak setuju langsung sikap ‘cukuplah sekadar apa yang ada’… pada saya tak salah kalau kita bersikap beruusaha gigih dan menempa kejayaan demi keselesaan dan kesenangan serta bebas untuk melakukan apa saja termasuk membantu siapa yg memerlukan.. kalau setakat cukup yang ada bagaimana untuk melangkah jauh ke hadapan serta membantu mereka yang kesusahan?.. kalau usaha lebih , dikatakan mata duitan pula..tapi bukan kah itu antara motivasi utama pencetus dan penggerak kepada segala agenda dan perancangan.. semuanya pilihan masing2..
Terima kasih buat rakan-rakan yang memberikan komen.
Sebentar tadi saya baru pulang dari Batu Pahat. Bertemu dengan rakan-rakan dan berbincang beberapa pekara bisnes dan berkongsi pandangan. Memang sedikit sibuk seminggu dua ini. Suasana yang menuntun sumbangan ilmu dan energi membuatkan saya akan memberikan perhatian sedikit pada rakan-rakan seperjuangan.
Bagaimanapun saya gembira dengan komen anda. Sekurangnya semakin ramai yang dapat melihat apakah pekara yang menjadi penghalang terbesar kepada perubahan oleh orang kita.
Terima kasih buat Afiqme dan An Nur. Dan selamat datang jua buat Rass. Saya ada melihat komen anda di beberapa blog yang lain. Melihatkan anda sangat prihatin dengan isu “pembangunan diri”. Saya mengalu-alukan kedatangan dan pandangan anda. Saya mendokong pandangan satu “revolusi” minda atau mentaliti perlu dilakukan oleh kita JIKA KITA SERIUS ingin merubah diri dan perjalanan hidup kita. Tanpa perubahan pada mentaliti kita masih meniti satu landasan yang masih tidak merubah diri kita. Mentaliti adalah isu pokok. Ia perlu perhatian yang serius oleh pihak yang terlibat dalam pendidikan dan latihan, supaya ia memberikan impak yang lebih kedepan.
Salam Untuk semua. Moga kita dapat memberi sumbangan kepada masyarakat dan agama kita!!
yea !!! master AMAR sudah kembali..
lama kamek tunggu kitak
sik kuar-kuar eh.. haha..
rupa2nya ke batu pahat yer.
Amar wrote :
“Saya mendokong pandangan satu “revolusi” minda atau mentaliti perlu dilakukan oleh kita JIKA KITA SERIUS ingin merubah diri dan perjalanan hidup kita.”
YEAAAHH !!!
SAYA SERIUS SEDANG BERUBAH.
Terima kasih COACH !
-salam sayang -
Anda memang nakal Eilanur
well..kalau nakal boleh menambah aura ape salahnye.. hehe..
Satu lagi yang tidak mungkin untuk kita lupa ialah fasal bahasa, bahasa Melayu. Kerana penjajahan yang sebenarnya ialah penjajahan bahasa. Perhatilah sejarah penjajahan bahasa dalam dunia dan yang sedang kita lihat di negara kita. Bahasa sesuatu yang bangka, lebih tua daripada ilmu, petua, dan cahaya.