Setiap hari kita mendengar lagu, di rumah, ofis, kereta dan juga di gedung-gedung besar mahupun kecil diserata tempat. Musik dan lagu , ibarat suatu alat yang tidak dapat dipisahkan dalam kehidupan manusia semenjak beribu-ribu tahun dahulu. Saya juga peminat musik. Saya pengemar dan juga pencinta musik. Zaman muda saya, puas saya bergelumbang dengan musik “rock”. Malahan saya juga adalah seorang pemain instrument musik iaitu gitar. Pernah bermain dengan band “kampong” sekitar 90an di serata kampong di Melaka yang terkenal dengan “kumpulan musik cak kun cak”nya. Jadi saya membesar dengan lagu dan irama melodi yang pelbagai.
Hari ini, saya masih pengemar musik yang “kuat”. Tetapi jenis lagu dan irama musik yang saya cintai juga sudah berubah. Walaupun masih tebal dengan semangat “metal dan hard rock”, saya semakin terkesan dan bergerak dengan musik yang mempunyai elemen nature dan “alami”. Saya dapat “merasa” dan menjiwai musik dengan cepat. Mungkin saya banyak menggunakan deria “dengar” dan “emosi” saya dengan kuat. Pada saya musik mempunyai elemen yang dapat mempungaruhi gelombang minda dengan sangat cepat dan KUAT.
Tetapi , hari ini saya mahu bicara pasal “lagu popular” yang kita dengar setiap hari. Lagu yang sentiasa berkumandang dan dimainkan oleh CD player kita atau di radio/TV di sekeliling kita.
Ini bukan kajian saintifik yang telah dibuat tetapi adalah satu analisis yang saya pernah lakukan tentang pengaruh “lagu” ke atas pemikiran kita yang mendengar musik tersebut.
Lagu boleh membuatkan kita saya bersemangat, lagu boleh membuatkan kita gembira, lagu boleh membuatkan kita rasa sedih, lagu boleh membuatkan kita rasa mengantuk dan macam-macam lagi. Kenapa begitu..? Kerana di dalam lagu terdapat melodi @ irama @ gelombang frekuansi @ vibrasi @ getaran. Anda boleh panggil apa yang anda suka tetapi ia adalah satu gelombang frekuansi atau energi yang akan mempengaruhi GELOMBANG OTAK anda. (sila rujuk tulisan saya tentang Brain Entrainment di koleksi artikel). Gelombang yang dihasilkan memang secara saintifiknya memberi impak kuat ke atas gelombang minda manusia.
Elemen kedua yang sangat penting juga ada pada lagu adalah “wording” atau lirik lagu tersebut. Ia adalah patah-patah perkataan yang menghiasi gelombang musik tadi. Lirik lagu ini juga telah diLUPAkan oleh ramai penkaji–pengkaji psikologi tingkah laku manusia. Pengamal-pengamal Kuasa Minda sendiri juga sangat kurang membicarakan pengaruh lirik lagu ke atas minda. Cuba anda dengar iklan Milo…
“minum milo, anda jadi sihat dan kuat”
Ini satu contoh lirik lagu dan musik yang hingga hari ini kukuh diprogramkan ke dalam minda kita.
Lagu boleh menjadi alat yang besar dalam programming pemikiran manusia. Lagu kebangsaan seperti negaraku alah alat ‘anchoring” (baca topik NLP) yang berkesan dalam menaikkan semangat dan jiwa kenegaraan. Ia telah dianchorkan (dikukuhkan ) semenjak kita mula mengenal persekolahan. Pemain-pemain sukan dan tentera Negara akan mempunyai semangat dan kekuatan yang berlainan kesan mendengar dan mennyanyikan kan lagu kebangsaan.
Jadi apa jadi dengan lagu-lagu popular kita yang dinyanyikan dan dilagukan oleh ramai penyanyi-penyanyi hebat di Malaysia?
Lihat lirik ini:-
Lirik1:
“Aku aku insan hina
Aku aku insan yang hanya mampu
Bermimpi
Aku aku insan hina
Aku aku insan yang hanya mampu
Bermimpi”
Lirik 2:
“Aku insan yang lemah
Hanya mampu berserah
Ingin sekali bertemu
Untuk melepas rindu”
Lirik 3:
“ Dulu aku sendiri
Kini masih sendiri
Hadapi hidup ini
Susah senang diri ku
Tak bertempat mengadu
Seperti burung kepatahan sayap…
Dihati kecil ku menaruh harapan…
Saya tidak tanya apa kesan lagu ke atas diri manusia. Tetapi secara saintifik dan ilmiahnya, di dalam Teknologi otak seperti subliminal message, musik telah di “tanam” dengan affirmasi yang tertentu untuk tujuan memprogram semula pemikiran kita. Malahan dalam terapi hipnosis, terdapat teknik lagu-lagu dimainkan sebelum Juruterapi mula menghantar affirmasi dan saranan yang dikhususkan kepada penerima hiponosis tersebut.
Jadi, lagu adalah gabungan gelombang frekuansi yang mempengaruhi gelombang otak dan lirik akan berfungsi sebagai saranan atau affrimasi untuk penanyi, pendengar, dan saya juga.
Jadi, cuba anda renungkan berapa juta manusia yang menggunakan kekuatan minda mereka apabila mendengar lagu-lagu setiap hari tanpa mereka sedari yang mereka juga sedang menghantar message yang ada pada lagu tersebut ke dalam minda mereka?
Adakah penulis lirik tahu yang tulisan mereka mempunyai impak pada pemikiran manusia?
Jika seorang juruterapi hipnosis perlu berhati-hati untuk membuat saranan atau affirmasi di dalam terapi hipnosis mereka , kenapa penulis lagu juga tidak mempunyai tanggungjawap untuk memilih bahasa dan ayat yang sesuai untuk pendengar?
Sekadar berkongsi pandangan..
AMAR MAHMOOD
PS: terdapat terlalu banyak lirik lagu yang sangat negatif tentang self image. Tetapi saya tidak sempat memasukkan semua lirik lagu tersebut kerana saya kebanyakkan artikel saya di tulis secara “on d spot”. So tak sempat nak cari contoh. Cuma, ini sebagai bahan pemikiran dan renungan bersama.


yeaah !!!
betul2..
saya juga pernah menulis tentang energi lagu di blog2.
Bila saya faham tentang IMPAKnya, saya selalu perhati betul2 lagu yg saya dengar.
Jika POSITIF saya akan ENJOY dan serap tenaganya..
JIKA NEGATIF, saya akan TUTUP & BERHENTI MENDENGAR serta merta.
wah best2 tambahan untuk pemuzik mcm saya ni amar.. hehe.. hingga ke hari ini saya memang pendengar setia megadeth .. sy mmg kagum dengan frontman nya sendiri.. walaupun ada yang kata dave mustaine itu sombong.. tapi sy lihat die sbg seorang yg mempunyai tahap keyakinan yang tinggi .. die bukan saja vokalis dan gitaris hebat, tetapi bisnesman dan band leader yang hebat … die jugak jutawan! hehehe
antara ayat di dalam lagunya
“i governed by the law setup by me”
“i’m a peace man stands tall”
ayat dalam interview beliau
“i know god loves me!”
“i have a wonderful life”
“religion is for people who lost and spiritual is for someone like me”
beliau juga penulis lirik yg kritis dan politik dan pernah dipanggil oleh stesen besar seperti CNN untuk memberi pandangan tentang politik di sana…
kalau pergi ke youtube.. cuba carik video lagu “megadeth - sweating bullet” .. lihat bagaimana dave mustaine ber’affirmasi’ …
maaf… tajuk lagu tuh ade ’s’ di belakang… sweating bullets…
video nya di sini… mmg hebat imaginasi dave mustaine ni
http://www.youtube.com/watch?v=PRJ99wuV1ng
Haha, ana setuju sangat dengan pendapat anta tu. Dalam lagu, semua ada. Dan, ana juga difahamkan bahawa cakra boleh diaktifkan dengan menggunakan not2 tertentu seperti not F untuk cakra mahkota dan lagu yg berunsurkan gendang amat sesuai untuk cakra dasar. Ye ke?
Wah Afiq, sempat promo MEGADETH he… Kick The Chair !!!
wah !!
info baru untuk saya Luth ..
TQ.
Salam ceria dan gembira hendaknya buat rakan2 sekalian.
Suasana semakin sibuk. Ana enggak dapat duduk diam. Banyak panggilan dan sms mencurah masuk. Pelbagai informasi dan maklumat menerja datang.
Apapun, memang tiap chakra mempunyai nota musik yang tertentu. Kerana ia adalah frekuansi. Malahan sekarang frekuansi terapi juga makin banyak digunakan dalam terapi chakra. Ini kena tanya Guru Besar ..Dr Mir Hazil.
KeraNA ITU, MUSIK SANGAT BERKESAN dalam aktifkan chakra kerana ia mempunyai elemen frekuansi.
Tapi topik artikel ini ana lebih beratkan tentang saranan yang ada di dalam lagu.
Masa Untuk Berubah!!
Salam buat semua,
Betul kata Master Amar tu. Setiap lagu memang dapat mempengaruhi diri kita. Cuba perhatikan dengan ringtone yang telah disetkan pada handphone kita sendiri. Kadang2 bila ringtone tu berentak rancak, pasti kita cepat2 mengambilnya. Bagaimana pula jika rentaknya slow motion jer bunyinya? Selalunya mesti rasa macam malas2 je nak angkat handphone, perlahan2…baru angkat. Betul x?
Ya, macam suatu lumrah alam pula keadaan seperti ini. Sebab itu bila saya berada dalam keadaan yang seronok dan ceria, saya suka mendengar lagu yg rancak dan bertenaga, tentu tambah bersemangat! Pasti Bahagia hidup kita melalui hari2 yang ceria dan bersemangat kan?
Salam kenal buat Kakeru. Unik nama anda. Pasti ada maksud dalam kehidupan anda.
Saya ada meninjau blog anda. Bagus..anak muda. Teruskan menyusuri perjalanan dengan ilmu.
