Sukses.Kekayaan.Kemakmuran

Blog Amar Mahmood

March 6th, 2008 at 3:40 pm

Selamat memilih pemimpin..

Di zaman Nabi Muhammad SAW dahulu para sahabat cukup takut kalau diangkat jadi pemimpin kerana jadi pemimpin merupakan satu tanggungjawap dan amanah yang cukup berat. Jadi pemimpin atau ketua bukan boleh suka-suka atau untuk bermegah-megah seperti yang ebrlaku hari ini.

Memilih pemimpin bukan kerana janji yang diberikan, bukan kerana ia kuat berkerja dan bukan kerana ia memberi pelbagai imbuhan. Memilih pemimpin adalah kerana prinsip, falsafah dan nilai yang mereka perjuangkan untuk rakyat. Kuasa adalah amanah. Dan kuasa adalah tanggunjawap.

Hak mengundi bukan HANYA kerana tanggungjawap kita sebagai rakyat. TETAPI mengundi adalah sama maksudnya anda memberi IZIN atau anda MENYOKONG apa yang dilakukan oleh pihak yang anda undi. Jika pihak yang anda berikan undi adalah pihak yang pecah amanah, korupsi, menindas, sombong, dan pelbagai lagi, maka mengundi mereka SEBENARNYA anda MEMBERI IZIN kepada mereka untuk melakukan perbuatan itu.

“Memberi undi adalah ada melakukan apa yang terdaya untuk diri anda. Paling lemah anda mendoakan mereka yang zalim untuk berubah. Dan mengundi adalah satu cara anda melakukan daya yang anda mampu untuk mengelakkan kezalimannya.Dengan itu undi yang dilakukan oleh seseorang dalam Negara demokrasi itu diperhitungkan Allah swt pada hari akhirat kelak. Hendaklah seseorang muslim membuat perhitungan yang betul dalam hal ini.”

Kutipan dari Buku “Golongan Yang Haram Disokong” - oleh Mohd Asri Zainal Abidin (sekarang Mufti Perlis)

Pada dekat awal 1900, seorang pejuang Islam, Jalaluddin Al-Afghani berpesan kepada rakyat Russia:

“Andainya anda meninggalkan al-Quran hati bertukar sejuk, nabi tidak lagi hidup dalam jiwa anda.”

Kata guru-guru, Pemimpin hebat dan disayangi akan dikenang dan disanjung saat dia di atas mahupun di bawah. Pemimpin yang berkharisma akan sentiasa dirindui walau saaat dia menghembuskan nafasnya terakhir. Tetapi, pemimpin yang zalim akan terus dihina bila ia tidak memegang kuasa dan pangkat.

http://tranung4.tripod.com/gambar/hormat.jpg http://tranung4.tripod.com/gambar/kenangan6.jpghttp://tranung4.tripod.com/gambar/kenangan3.jpg

“Pemimpin Yang Hebat disanjung dan diratapi oleh Masyarakat”

Ada pemimpim besar kita yang begitu disanjung dan dikatakan berkharisma dan dihormati semasa di tahta. Tetapi sekarang bila hilang tahta dan kuasa, ia dihina dan dinesta dengan pelbagai orang kanannya yang mengaku taat semasa beliau berkuasa. Adakah ini pemimpin yang disanjungi kerana kasih sayangnya dengan rakyat atau ia pemimpin hanya kerana wang dan kuasa?

http://aja49.files.wordpress.com/2007/10/istana-md-derus2.jpg

“Kebanggaan dari Pemimpin Rakyat”

Dato’ Haron Din (Ulama’ Yang dihormati) sewaktu diminta untuk memberi panduan kepada umat Islam memilih pemimpin pada pilihan raya umum akan datang menyebut;

“Pemerintah,pemimpin atau individu yang terdiri daripada pembodek-pembodek, perasuah, guna harta dan tercalar akhlak wajib ditentang dan ditolak sama sekali berpandukan syarak dan ucapan Abu Bakar as-Siddiq itu,”

Renungi bagaimana pemimpin ini..

Kata Haron Din lagi; umat Islam berkewajipan memilih pemimpin mengikut tuntutan syarak yang berpandukan al-Quran dan Sunnah di samping pemerintah juga wajib mendapat restu rakyat dan salah satu contoh yang boleh dijadikan panduan ialah ketika Rasullullah mendirikan kerajaan Islam Madinah termasuk ketika melantik Abu Bkar menjadi khalifah selepas wafatnya Nabi Muhammad.

Dalam hukum alam (universal) apa yang anda berikan atau anda lontarkan, itu yang akan anda tarik semula seperti energi yang sama anda lontarkan. Cuba anda fikirkan, JIKA SISTEM DAN PEMIMPIN NEGARA MEMPUNYAI CIRI-CIRI KORUPSI, MAKSIAT, KEZALIMAN, KESOMBONGAN DAN SEBAGAINYA, apakah yang Negara dan masyarakat akan terima..? Maksiat bermaharajalela, jenayah di sana sini, rasuah jadi budaya, kerakusan semakin hebat dan pelbagai lagi..siapa yang bertanggungjawap???

Cuba renungkannya….

AMAR MAHMOOD
PS: Selamat berjuang buat rakan seperjuangan dari Jasin Melaka iaitu Saudara Shamsul Iskandar (Parlimen Dungun)

PSS: Juga buat Guru Spiritualisku.. Ustaz Abd Rahman Jaafar (Dun Telok Emas)

4
  • 1

    Ana cukup suka melihat gambar Ahmadinejad. Sikap beliau ini patut dijadikan contoh oleh pemimpin2 dunia Islam yang lain. Banyak yang boleh dicontoh.

    Keberanian yang dimilikinya itu tidak dimiliki oleh beberapa pemimpin2 islam yang lain.

    Apakah kita memerlukan pemimpin yang kununnya menegakkan islam tetapi yang sebenarnya ianya hanya bersifat retorik semata2?

    Ayuh semua… dah tiba masanya untuk menyaksikan dan melaksanakan perubahan !!!

    luth on March 7th, 2008
  • 2

    aura ahmadinejad masih saya rasa hingga sekarang..walaupun saya ke Iran dulu sudah setahun tempohnya..

    eilanur on March 7th, 2008
  • 3

    YES !! kita menang banyak !!!

    seronok dengar SUARA CERIA coach amar ..

    eilanur on March 9th, 2008
  • 4

    :) :) :)

    Amar Mahmood on March 10th, 2008

 

RSS feed for comments on this post | TrackBack URI