Sukses.Kekayaan.Kemakmuran

Blog Amar Mahmood

March 11th, 2008 at 1:19 pm

Falsafah: Perubahan dan Bersyukur

Ahmad Safuan al-Karami :Let’s Be Brave (Rahsia Memulai Perubahan)

“Rasa takut selalu muncul dari ketidaktahuan”

Hidup adalah perubahan! Perubahan adalah hukum yang pasti dalam kehidupan. Pendek kata, tidak ada yang tidak berubah dalam kehidupan ini selain perubahan itu sendiri. Tetapi, walaupun kita ingin berubah berlaku dalam kehidupan, tidak semua kita mampu melakukannya. Sebahagian besar sebab perubahan itu tidak berlaku adalah kerana tiada keberanian memulainya.
Munculnya keberanian berkait rapat dengan motivasi dan halangan yang ada dalam diri kita. Kita disebut berani jika mampu melalui halangan yang menghambat kita untuk berubah. Keberanian akan timbul apabila motivasi dan dorongan bertindak dalam diri kita mampu merempuh halangan yang ada.

“Apapun yang dapat dan ingin anda lakukan, mulailah sekarang. Keberanian memiliki kecerdasan, kekuatan, dan keajaibannya sendiri.”-Gothe

“Berani untuk Berubah”- Amar Mahmood

Dr. ‘Aidh bin ‘Abdullah Al-Qarni -Merenunglah dan Bersyukur
(La Tahzan)
Setiap manusia seharusnya selalu mengingati nikmat yang Allah kurniakan kepada anda. Kerana nikmatNya telah meliputi dari hujung rambut hingga ke bawah kedua telapak kaki, kesihatan badan, keamaman Negara, hutan belantara, udara dan air, serta masih banyak lagi lainnya adalah nikmat yang telah diberikan Allah kepada anda.

“Sekiranya kalian menghitung-hitung nikmat Allah, nescaya kalian tidak akan dapat menghitungnya”-Ibrahim:34)

Demikian besar nikmat Allah yang telah dianugerahkan kepada anda. Dunia ini, beserta apa yang ada di dalamnya telah diciptakan Allah untuk anda, tetapi tidak pernah menyedari; anda menguasai kehidupan, tetapi tidak pernah mengetahuinya.

Dari: Don’t Be Sad

“Kemenangan itu satu KESYUKURAN..Alhamdullilah”- Amar Mahmood

3
  • 1

    salam.. first time komen kat sini..
    mengigati Allah selalu dapat menghilangkan kegelisahan dan kedukaan..

    beduz on March 11th, 2008
  • 2

    selamat datang beduz..
    rajin2 lah komen di sini ya !!

    :)

    senyum selalu.

    eilanur on March 11th, 2008
  • 3

    Terima kasih buat anda Beduz…

    Eemmm…ma kasih jugak ya buat eilanur

    Amar on March 12th, 2008

 

RSS feed for comments on this post | TrackBack URI