
Asalamualaikum…semalam saya ke kluang Johor untuk urusan bisnes saya di sana. Sepanjang dalam perjalanan, saya yang hanya duduk di dalam kereta mendengar celoteh keras sahabat saya tentang isu semasa yang hangat diperkataan sekarang iaitu isu DEB dalam konteks ekonomi dan perniagaan bangsa melayu.
Saya tak tahu kenapa hingga hari ini bangsa melayu yang telah merdeka selama 50 tahun dan mendapat “faedah” selama hampir 38 tahun dasar DEB (dilancarkan selepas Mei 1969) masih terumbang-ambing dan bergelut mengharapkan dasar ini dikekalkan. Walhal, selama ini bangsa melayu sendiri yang memegang kuasa dan mendapat faedah dari dasar ini dengan berbillion wang rakyat yang telah digunakan untuk meningkatkan tahap ekonomi dan mendapat “kek” ekonomi yang lebih dari yang sepatutnya tetapi hasilnya mengecewakan.
Saya tertarik untuk berkongsi dengan anda artikal dari blog Sifu Ainon iaitu tentang dasar DEB (klik sini,sini,sini, sini& sini ) yang jelas menceritakan bagaimana melayu sebenarnya terbelenggu di dalam mentalitinya dengan virus DEB.
Cuba anda bayangkan, jika sepasukan team bolasepak yang menggunakan taktik tertentu tetapi tewas setiap kali menggunakan taktik tersebut maka sepatutnya taktik itu patut diubah dan ditukar kepada taktik yang lain yang mungkin lebih baik.
Begitu juga dengan dasar DEB ini, Selama 39 tahun DEB dijalankan, orang melayu masih melaung dan meratapi untuk dikekalkan dasar tersebut pada hal jelas dasar tersebut telah gagal meningkatkan pegangan melayu dalam ekonomi Malaysia walau di tadbir oleh kerajaan berteraskan melayu selama 50 tahun. Berbillion wang rakyat telah disumbatkan semata-mata dikatakan untuk membantu orang melayu. Kuota-kuota kontraktor diserahkan kepada kelompok tertentu atas dasr “semangat DEB”. Tetapi setiap kali analisas ekonomi dijalankan dan laporan ekonomi Malaysia dibentangkan , peratusan entiti melayu tidak berganjak atau sangat sedikit meningkat berbanding wang yang disumbatkan. (jangan lupa..saya graduan jurusan ekonomi).
Sepanjang pengetahuan saya, tidak ada satu kajian menyeluruh tentang keberkesan “taktik” dasar DEB ini dalam meningkatkan kualiti dan kuantiti bangsa melayu dlam pegangan ekonomi negara walau keputusan yang didapati mengecewakan.
Semalam saya sempat menyelesaikan pembacaan buku yang baru saya beli tulisan Saudara Chef Li (penulis Jutawan Senyap) dalam buku terbaru beliau iaitu “Aku Tak Nak Miskin”. Saya suka melihat satu klosa yang beliau tulis seperti ini;
“Bagi membina keusahawanan Melayu hendaklah bermula dengan minda Melayu. Perspektif keusahawan Melayu mestilah diperbetulkan dahulu. Persepsi dan sikap kita terhadap perniagaan mestilah tepat. Barulah boleh bertemu dengan keasyikan dan keseronokan berniaga.”
Haha…itulah melayu. Sebenarnya, bangsa Melayu telah dipenjara dengan budaya dan dasar DEB. Minda Melayu mengatakan kita hanya maju dengan dasar DEB. Kita hanya boleh bangun jika disokong dengan subsidi, bantuan, biasiswa dan sokongan kerajaan. Walau kadang-kala ramai pegawai ajensi kerajaan sendiri tidak pernah memasuki dan memahami bagaimana mahu berniaga. Mindset Melayu sudah ditetapkan pada tahap HANYA 30% kekayaan sahaja walau kita mempunyai hampir 60% komposisi dalam penduduk Malaysia.
Bangsa Melayu jadi malas, berfikiran kecil dan lembab kesan dari dasar ini. Orang Melayu rasa sangat selesa kerana “dilindungi” oleh dasar DEB maka lebih suka duduk tanpa perlu kerja kuat. Kuota kerja di dalam kerajaan dipenuhi hampir 100% oleh orang melayu. Maka orang melayu jadi takut nak meniaga kerana lebih selesa makan gaji dengan gomen. Orang Melayu dalam gomen pulak tak terasa tekanan dan persaingan kerana bangsa Cina dan India sangat kurang di sana.
Maka, serba serbi bangsa Melayu tertinggal kerana selesa dengan mentaliti DEB. Bangsa Cina dan India yang rasa tertekan dan diketepikan bekerja 200% lebih semata-mata untuk survive dalam ekonomi DEB melayu. Mereka berjuang dan bekerja keras untuk mendapatkan kekayaan di Malaysia. Dan memang Sains Kejayaan mengatakan , disiplin dan kerajinan adalah satu faktor kejayaan di dalam diri seseorang individu.
Jadi, kenapa kita marah jika mereka berjaya?? Sepatutnya kita marah kerana kita malas dan sangat selesa dengan kerja kita bukan marah orang yang berkerja bersungguh-sungguh. Sedih betul dengan orang melayu yang bercakap tentang dan keadilan dan kesaksamaan dalam Islam tetapi takut dan cuba menindas manusia yang lain.
Ironinya, Bangsa Melayu WAJIB berubah baik secara emosinya mahupun mentalitinya. DEB banyak melahirkan rasuah dan “duit kopi” dalam ekonomi dan perniagaan projek kerajaan. Amalan kronisme dan nepotisme adalah hasil produk dasar ini. DEB juga terbukti gagal memperkasakan orang melayu. Malahan menghasilkan “mentaliti” DEB di dalam pemikiran bangsa Melayu.
Kita MESTI membuat TRANSFORMASI diri dalam mendapatkan kejayaan dan kekayaan ekonomi negara. Anak melayu mesti berani bersaing baik dalam pendidikan, ekonomi dan sosio politik negara.
Zaman melayu “disuap” sudah patut ditamatkan. Bangsa Melayu wajib belajar mencari makanan mereka sendiri. Bangsa Melayu yang hanya diberi “ikan” juga sudah tidak relevan, bangsa Melayu mesti belajar “bagaimana memancing” untuk mendapatkan ikan tersebut.
Ingat…bila anda ubah MENTALITI anda maka anda mengubah kehidupan dan nasib diri anda…
Salam Kemakmuran buat semua!!
AMAR MAHMOOD


- speechless -
( biasanya saya jadi speechless sebab terlalu banyak nak ditulis tapi tak tersampai hati ni nak ‘membebel’gara2 terlalu marah & kecewa dgn mentaliti ‘kebanyakan’. )
maka benarlah kata2 dari seorang yang hebat… ‘melayu mudah lupa’…. tiada penyatuan, tamak haloba dan penting diri demi kuasa dan harta benda hingga mengorbankan berjuta kebaikan…lalai dalam sogokan dan hiburan..leka dalam keduniaan semata.. sesungguhnya melayu mudah lupa…
“Dalam bidang sosial dan juga ekonomi DEB telah gagal. Apa yang kami lihat adalah DEB itu sendiri perlu dikaji semula dan diperbincangkan semula kerana ia terbukti gagal,” Bernama memetik Mohamad Sabu berkata kepada pemberita selepas mengadakan kunjungan hormat ke atas Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng di Pulau Pinang semalam.
salam…idea bernas
sudah tiba masanya kita yang ’sedar’ ini ‘menyedarkan’ lebih ramai mereka yg ‘kurang sedar’ atau ‘tidak sedar langsung’.Terkesan sungguh dgn tulisan en amar..menarik sekali klausa Chef Li: Persepsi dan sikap kita terhadap perniagaan mestilah tepat…