Ini adalah 4 elemen penting yang perlu kita lihat dalam melakukan perubahan atau bila kita ingin bermuhasabah diri kita sendiri.
Kecerdasan fizikal atau jasmani adalah kecerdasan yang berkaitan dengan tubuh fizikal diri kita sebaga seorang individu. Ia merangkumi kesihatan dan kesempurnaan tubuh dalam kita menghadapi kehidupan setiap hari. Tubuh yang cerdas sangat penting untuk mencapai kejayaan, kekayaan apatah lagi kemakmuran. Kepentingan elemen ini sudah dibangunkan semenjak manusia zaman purba lagi. Kerana itu adalah zaman “siapa yang sihat dan kuat maka, dia yang dihormati, dipatuti dan menguasai.”
Kecerdasan Intelek pula seperti yang saya sebutkan dalam artikel yang lepas adalah kecerdasan atau kepandaian akademik sesuai dengan kemampuan atau ketinggian kecerdikan seseorang individu. Kepentingan elemen ini mula berkembang bila manusia mula mengenal huruf dan pengiraan atau yang berkaitan pembelajaran logika dalam kehidupan. Kepentingan elemen ini mula semenjak manusia kenal pendidikan akademik dan institusi pendidikan. Makin tinggi pendidikan seseorang itu makin tinggi hormat dan pengiktirafan kejayaan individu tersebut. Malahan nilai kecerdasan ini masih kuat berakar-umbi di dalam masyarakat kita hari ini.
Tetapi dua lagi kecerdasan iaitu emosi dan kerohanian atau spiritual tidak dapat saya bahaskan secara khusus di blog ini kerana ia memerlukan penerangan yang sangat panjang. Tetapi cukuplah saya sebut seperti begini;
Kecerdasan emosi (EQ) adalah kesedaran seseorang individu kepada sifat-sifat emosi seperti sabar, tabah, gembira, ikhlas,simpati dan sebagainya. Bagi saya, kecerdasan emosi menghampirkan manusia sebagai “spiritual being” bukan satu objek yang “mati”. Kecerdasan emosi membezakan manusia dengan robot. Kebanyakan buku atau ahli psikologi menamakan Daniel Goleman dari buku Emotional Intellence yang mula mengutarakan kecerdasan ini.
Manakala Kecerdasan Spiritual (SQ) pula adalah kesedaran bertuhan dan beragama. Ia adalah kecerdasan tertinggi yang dapat dicapai oleh manusia. Ia lebih mebawa manusia kepada mencari diri mereka sendiri. Ia menyusur soal nilai dan moral iaitu kecerdasan menempatkan perilaku dan hidup individu dalam konteks makna yang lebih luas dan kaya, kecerdasan ini menilai tindakan atau jalan hidup individu lebih bermakna dibandingkan dengan yang lain. Dikatakan diperkenalkan oleh Danah Zohar dan Ian Marshall melalui buku The Utimate Intellence.
Walaupun saya memperkatakan EQ dan SQ diperkenalkan oleh penulis-penulis Barat, saya sebenarnya mempunyai pandangan bahawa kedua-dua kecerdasan ini yang sangat rapat dan mendekati antara satu sama lain telah diperkenalkan lama dahulu. Kecerdasan ini sebenarnya telah lama diajar dan disyarahkan di dalam ajaran agama Islam ribuan tahun dahulu. Para Anbiya dan ulama telah lama membawakan kecerdasan emosi dan kerohanian pada semua penganut Islam. Cuba semak kitab-kitab muktabar yang di tulis oleh Sheikh Abdul Qadir Al-Jalani, Imam Al-Ghazali, Imam Sayuti dan ramai lagi yang membahaskan secara khusus dan mendalam kecerdasan EQ dan SQ dalam kehidupan manusia mencapai kejayaan yang hakiki dalam hidup. Pendekatan Sufisme dan Tasawuf Islam merupakan tingkat pembelajaran yang mengaji dan mengkaji kecerdasan ini dengan sangat mendalam. Kerana itu, saya sangat kurang bersetuju untuk mengatakan EQ dan SQ baru diperkenalkan.
Malahan jika kita membaca sejarah dan kehebatan ulama-ulama dahulu, pekara-pekara “pelik” dan “keramat” yang belaku adalah kesan kecerdasan EQ dan SQ mereka kerana pada masa itu kecerdasan intelek (IQ) memang belum fahami. Maka, kecerdasan logika dunia tidak dihiraukan. Minda separa sedar tidak tahu maksud logika. Mereka hanya YAKIN, PERCAYA dan BERSERAH. ..(semua ini elemen EQ dan SQ)
AMAR MAHMOOD


Salam Amar,
Terima kasih kerna berkongsi info pada kedua artikel di sini. Ya, saya setuju EQ dan SQ bukan baru diperkenalkan. Ulama-ulama dahulu lebeh pada menjaga kesucian hati. Terima kasih sekali lagi tentang info ini.
Kasih diterima Rass..:)
salam, saya berminat dengan konsep spiritual yang tuan utarakan. saya berminat untuk membuat kajian berkaitan spiritual. Soalan saya adakah spiritual seseorang itu boleh diuji dengan instrumen tertentu contohnya soal selidik? sekiranya boleh di mana saya boleh mendapati instrumen tu. Terima kasih
Salam kembali buat Zalita..
Terima kasih atas minat dari Cik/Puan tentang kecerdasan Spiritual. Jika di barat, terdapat banyak kajian ilmiah dan kaji selidik telah dibangunkan untuk menilai hubungkait dan kesan SQ ini dalam kehidupan.
Tetapi di Malaysia, SQ masih dibahaskan dalam bentuk konsep sahaja. Atau saya tidak tahu jika ada badan atau institusi telah menjalankan kajian ilmiah dalam skop budaya Malaysia.
Tetapi, jika Cik/Puan berminat oleh membaca buku Goleman yang ada menunjukkan kajian ilmiah dari university di sana.
salam,
Memang ada tapi tidak bersesuaian dengan budaya dan norma malaysia. Terima kasih atas maklum balas dan kerjasama tuan.