Sukses.Kekayaan.Kemakmuran

Blog Amar Mahmood

March 28th, 2008 at 5:07 pm

Bicara Minda: Membaca membentuk pemikiran anda.

“Ramai orang adalah pembaca yang baik tetapi membaca sahaja tidak boleh membina minda; berfikirlah yang membinanya. Membaca hanya berharga untuk membekal bahan-bahan untuk berfikir. Kita mungkin banyak membaca tetapi perkembangan mental kita hanya akan mengikut kadar kita berfikir semaca membaca. Sama seperti makanan mengisi perut, membaca mengisi minda. Makanan dan membaca walau bagaimanapun mesti diproses sebelum ia dapat menyuburkan badan dan minda. Minda tidak akan berkembang dengan penerimaan pasif; sebaliknya ia mungkin akan merana kerana dibebani idea idea yang tidak dapat diserap.”
- Unknown-

Saya membesar dengan minat membaca. Seawal umur saya 6 tahun lagi saya sudah mula membaca suratkhabar harian. Hingga kini saya masih saya terbayang saat bila saya mengikuti emak saya berniaga di pasar selepas subuh(bila saya cuti sekolah), tempat pertama yang akan saya singgah adalah di tempat apek cina yang sedang menyusun dan memasukkan surakhabarnya untuk dijual pada pagi itu. Mungkin saya adalah pembeli suratkhabarnya yang pertama hari tersebut.

Minat membaca saya berkembang bila saya mula “ketagih” membaca buku-buku seram aliran Tamar Jalis, Pak Ngah dan sebagainya. Minat membaca saya berkembang sesuai dengan perkembangan diri saya sendiri. Novel-novel remaja aliran bahasa melayu seperti cerita penyiasatan “gemuk” dan sebagainya mula jadi koleksi pembacaan saya. Novel berat seperti Karya A Samad Said “Salina” khatam saya baca semasa saya berumur 15 tahun lagi. Ini belum termasuk lagi dengan karya penulis seperti Usman Awang dan yang lainnya.

Yang menarik, walaupun saya mula aktif bergiat di dalam bidang muzik, minat membaca saya tidak pernah pudar. Secara-diam-diam saya mula mengumpul koleksi karya aliran agama dan mistik melayu. Jangan terkejut jika saya mula mengumpul karya seperti koleksi metafizik aliran Indonesia yang saya order terus dari rakan yang selalu berulang alik di Indonesia. Banyak buku-buku tersebut masih saya simpan dengan baik di rumah saya yang telah menjadi seperti sebuah mini librari sekarang ini.

Semasa belajar di universiti saya menggunakan sepenuhnya kemudahan pepustakaan Tun Sri Lanang UKM dan menjadikan librari tersebut sebagai rumah saya setiap hari dengan menjadi tempat saya membaca banyak buku-buku falsafah yang sukar di temui. Sebagai student ekonomi saya jadi peminat buku klasik barat tulisan Adam smith, Marshall, Keynes , Karl Marx dan ramai lagi ahli ekonomi barat yang saya sempat dalami selain untuk tujuan penyiapan tesis juga penambahan ilmu sendiri.

Dalam masa yang sama, saya juga mula membaca buku-buku sufisme aliran melayu seperti Syeikh Abdus Shamad al-Falimbani, Hamzah Al fansuri, Sheikh Daud Al Fatani, hingga saya juga menggumpul kitab-kitab kuning lama yang walaupun saya tidak begitu lancar membaca dalam jawi lama tetap saya simpan sebagi koleksi ilmu termasuklah kitab tajul muluk dan bintang 12. Dari situ saya mula mengenali seorang penulis gigih yang saya hormati Allahyarham Wan Mohd Shaghir, cucu kepada Syeikh Ahmad al-Fathani yang meninggal hujung tahun lepas (al fatihah buat Allahyarham). Banyak koleksi beliau yang hasil pengorbanan dan kecintaan beliau terhadap penulisan tokoh-tokoh ulama melayu yang Berjaya beliau selamatkan. Hampir kebanyakan buku-buku terjemahan dari kitab kuning lama (dalam tulisan jawi melayu) yang dikarang oleh ulam’ulama melayu tersebut Berjaya saya kumpulkan dan dijadikan rujukan dan ilmu pada saya. Melalui buku-buku ini juga membawa saya ke koleksi-koleksi ulama-ulama lama seperti Imam Al Ghazali, Sheikh Abdul Qadir Al Jailani, dan lain-lainnya.

 Isteri saya tambah pening bila saya makin mengila menyemak buku-buku lebih berat seperti dari Al Arabi, Al Hallaj, Al Juzi, Jalaludin Al Rumi hingga ke buku pemikir islam aliran sufisme Indonesia. Saya juga sempat mendapat baca buku Hakikat Insan yang saya tidak tahu telah diharamkan hanya selepas saya menunjukkan buku itu kepada seorang sahabat saya. (ketika itu umur saya dalam lingkungan 26 tahun).

Ketika itu juga saya mula teruja dengan gerakan-gerakan pembaharuan Islam yang memyebabkan saya membaca karya Pemikir Islam Moden seperti Hassan Al Banna, Jamal al-Din al-Afghani, Muhammad Abduh, Terjemahan Karya Ruhollah Musawi Khomeini hingga Pemikir Melayu Islam Prof Dr Hamka. (saya menyimpan sebilangan besar karya beliau).

Membaca karya hebat mereka memang menyebabkan kita akan turut “tenggalam” di dalam lautan ilmu. Benarlah kata guru; semakin banyak kita belajar semakin banyak yang kita tak tahu.

Koleksi buku pembacaan saya tidak pernah berhenti. Dari pemikir Islam hingga ke Pemikir Barat. Dari karya James Allen hingga pemikir kritis seperti Edward D Bono ( penat saya baca buku beliau, akhirnya buku Sifu Ainon aliran Lateral Thinking lebih mudah difahami) hingga ke buku aliran New Age seperti Gawain dan aliran Orin Daben. Saya tidak pernah memilih buku keran pendapat saya selagi saya tidak mendapat maklumat dan ilmu tersebut saya tidak akan tahu apakah yang salahnya dan apakah yang betulnya.

Isteri saya pernah merajuk kerana marah dengan saya yang sangat kuat membaca. Tabiat saya yang selalu dileterinya adalah membaca semasa makan. Ibubapa saya juga pernah memarahi saya sebelum itu disebabkan mereka tidak setuju dengan tabiat membaca semasa makan tersebut. Tetapi saya memang tak pernah dapat hentikan tabiat tersebut hingga hari ini. (Dr Mahathir dengarnya membaca semasa di tandas). Selepasa makan malam saya akan membaca sehingga tidur. Saya juga selalu tertidur dengan buku di sebelah saya. Di dalam bilik saya memang terdapat banyak buku. Di depan meja tamu saya tersusun puluhan buah buku yang memang saya sengaja letak supaya mudah saya ambil dan supaya mudah anak-anak saya juga membacanya. (saya juga dah “warning” pengasuh anak saya supaya jangan kacau buku di ruang tamu dan pekara yang paling saya “pantang” adalah orang mengalih-alihkan buku-buku saya). Hari ini anak saya yang pertama dan kedua sudah mula mengikuti langkah bapanya. Kedua-duanya membaca buku-buku yang memang saya letak di depan ruang tamu. Jadi anak saya sudah mula terdedah dengan buku2 motivasi dan “personal growth”. Buku kegemaran anak saya yang pertama adalah “Jutawan Senyap”(kerana ada lukisan kartun) dan sudah tentu juga buku yang bapanya tulis iaitu “Rahsia Minda Jutawan”. Pernah ditanya oleh gurunya di sekolah apakah cita-citanya; anak saya menjawap; “hendak menjadi “jutawan sukses’”..haha. “Orang puteh cakap..”like father like daughter”….

Hari ini saya masih dengan tabiat yang saya bawa dari kecil…mambaca. Bila di zaman internet semakin banyak bahan yang sangat mudah diperolehi. Antara penulis-penulis dan pemikir yang saya ikuti penulisanya dan saya kagumi adalah ; tulisan Ahmad Lutfi (Ketua Pengarang Harakah & Penulis Buku Politik-sangat mendasar dan kritis), Subky Abdul Latif (pengarang tetap harakah-sangat informatif dari sudut sejarah dan mendasar), Raja Petra Kamarudin –RPK (Malaysia Today- jujur, penganalisis maklumat terbaik dan kritis serta mendebarkan), Khalid Jaafar (falsafah berat), Hishamuddin Rais ( From Jelebu- sangat berlainan pemikirannya, penuh seni dan metafora dalam penulisan dan ada cerita didalam penulisannya). Juga penulisan Sifu Ainon di blog beliau walau menulis dalam nota yang pendek tetapi tetap mempunyai teknik penulis yang kritis.

Saya juga meminati tulisan syarahan Tok Guru Nik Abdul Aziz yang sangat penuh hikmah. Juga saya menyimpan tulisan (buku lama) yang ditulis sendiri Tun Dr Mahathir Mohamad yang saya lihat sebagai seorang “strategist thinker” juga seorang Pemikir Alam melayu yang perlu kita selami . (Tulisan semasa Tun belum menjadi PM memang mewakili pemikiran dan isu melayu tahun 80 an). Kebelakangan ini saya juga cuba mengikuti tulisan Mufti Perlis- Dr Asri walau kadang kala beliau berselindung dan berubah-ubah pendirian terutama bila menulis di Mingguan Malaysia. Buku yang saya ingin simpan sekarang ini adalah tulisan SYED MUHAMMAD NAQUIB ALi ATTAS  yang sangat sukar dijumpai.

Membaca banyak membentuk kematangan dan cara saya berfikir. Ia memberi saya banyak idea dan pandangan yang kadang kala berbeza dengan orang lain. Seperti kata-kata yang saya selitkan di awal artikel ini, membaca memberi bahan untuk kita berfikir dan membuat keputusan. Maklumat dan bahan yang kita baca akan menjadi bahan untuk otak kita berfikir. Kita juga boleh mendapatkan bahan berfikir dari cara yang lain seperti pemerhatian dan medium yang lain. Membaca akan mengembangkan cara anda melihat dan memgalami kehidupan anda setiap hari. Akhir kata untuk post ini , saya sertakan sedikit kata-kata yang sempat saya ambil untuk renungan anda:

“Bila kita menemui orang-orang yang selalu berfikir pemikiran “tinggi”, getaran-getaran pemikiran mereka menaikkan getaran dalam tubuh mental kita. Faedah yang kita terima dari orang –orang tersebut bergantung kepada pengalaman lampau kita dan keupayaan kita untuk memahami dan bertindak balas kepad apemikiran mereka.
Sesetengah bahagian dalam pembinaan dan evolusi minda kita boleh dilakukan dari luar, tetapi kebanyakan perubahan mesti dating dari aktiviti-aktiviti kesdaran kita. Jika kita hendak mendapat tubuh mental yang kuat dan aktif, boleh menerima pemikiran-pemikiran mulia yang ditemui, kita harus selalu berfikir dengan baik kerana kita adalah Pembina dan pembentu minda kita sendiri.”
-unknown

AMAR MAHMOOD

14
  • 1

    salam amar,

    waaa.. terlalu banyak… tak dpt nak ikot… sy pula lebih kepada praktikal.. bile dah baca tu memang terus nak buat kasi jadi.. tapi lately nih banyak download e-book… e-book yg sy download ni pula sebenarnya banyak dari buku fizikal yg di scan… mmg rajin betol mat saleh2 ni.. huhu … bacaan sy sekarang lebih kepada isu teknikal komputer, website, blog bla3 …

    Afiqme on March 28th, 2008
  • 2

    Salam Amar,
    Wah! terpegun saya baca artikel ini, pejalanan hidup Amar dari mula suka membaca sampai lah kini. Ya, Amar saya setuju sememang nya jika kita membaca kita perlu kongsi apa kita baca utk menluaskan lagi pemahaman kita. Yang selalu di galakan adalah pemikiran creative, critical, analytical dan ada beberapa lagi. Pemikiran begini dgn secara langsung membuat kita betambah pintar.
    Disini Amar berkata tentang sukar nya cari buku SYED MUHAMMAD NAQUIB ALi ATTAS. Kebetulan saya hanya ada satu buku nya itu pun terjumpa di KLCC Suria Kinokuniya yg bertajuk “Islam and Secularism”. Saya tahu dia ada beberapa buku lain.
    Wah! rumah Amar boleh jadi research centre. Boleh lah agak nya saya tumpang tanya info yg sukar hendak di cari terutama buku2 lama. Itu pun kalau ada.
    Saya tak tahu entry mana Amar ada sebut tentang buku kedai Indonesia di Jalan Masjid India. Boleh tak saya tahu nama kedai nya. Kalau tidak terpaksalah saya ronda sendiri disitu. Pernah dulu ronda di situ tak terfikir ada kedai buku product Indonesia. Baiklah Amar terima kasih lagi atau kasih di terima syukran syukran. Alhamdullillah. Salam.

    Rass on March 28th, 2008
  • 3

    Wah…. boleh pinjam 2 buah ? hehe ;)

    Luth on March 28th, 2008
  • 4

    Banyak saya membaca pasal ia dari usia saya 6 tahun..Yang penting kita baca apa yang kita suka.

    Dan terima kasih Rass….emmm 2 hari ini memang saya ada di KL..workshop KAMK. So boleh singgah KLCC jab. Nak beli buku lagi. :)

    Luth..nak pinjam kena datang rumah..hehe.

    Amar Mahmood on March 28th, 2008
  • 5

    Coach Amar !!

    MEMANG UUULLLAAATTT BUUUKKUU !!!

    Ulat buku pun tak sanggup nak baca macam coach ( sebab mata die rabun , kene pakai spek )

    coach baca buku banyak2 ..tak rabun pun.

    POWERR LAH !!

    cayok. cayok ..
    ps : saya suka membaca jugak.

    eilanur on March 31st, 2008
  • 6

    Saya selalu guna mind untuk kuatkan mata…haha.

    Dan lupa pulak..Rass ada tanya pasal kedai buku kat masjid india kan?

    Cuba cari Arkib Indonesia depan dengan MAsjid india. Kedai nie ada 2 lot..satu kat tingkat bawah and satu kat dingkat atas.

    Pening nanti tenguk banyak buku nak kena beli..tapi ahad lepas saya dan borong tak sempat tunggu Pesta Buku..

    Amar Mahmood on March 31st, 2008
  • 7

    huh..dah borong buku dah ???
    sampai hati u..kata nak shopping buku same-same.. hahahaha.. :P

    bih tu..kat Pesta buku sape nak teman i ??? hahahaha … (adehh…aura kuning terlebih nih )

    Rass temankan saya lah yer..

    eilanur on March 31st, 2008
  • 8

    kat Pesta Buku nanti borong le lagi..

    Amar Mahmood on March 31st, 2008
  • 9

    Terima kasih berbanyak Amar info kedai buku Arkib Indonesia tu. La.. saya dah ronda di kawasan tu tahun lepas. Oh, Amar dah shopping ya tak pe eilanur no problem I temankan you. Btw Amar dpt tak buku SYED MUHAMMAD NAQUIB AL ATTAS tu. Nak tahu juga KLCC tu ada jual buku dia yg lain tak. Tahu memang sukar dpt buku dia. Kata orang jumpa saja penulis nya tak silap diSelangor. Entah ya ke tidak info mulut ke mulut. Anyway mereka kata he is a nice man. Rugi saya tak attend seminar dia waktu sini dulu.
    Tahun lepas sy tak kenal siapa Amar Mahmood, terlepas peluang beli buku nya. Harap kali ini dpt lah jika keadaan mengizinkan nak minta signature sekali utk buku tu. He.. he.. gurau aje.
    Okay, sehingga ketemu lagi semua. Salam.

    Rass on April 1st, 2008
  • 10

    hehehe.. nampaknya hobi mostly kita kat sini semuanya sama.. MEMBACA. alhamdulillah.

    sejarah awal pembacaan saya hampir sama dengan amar (dipupuk sejak usia muda). sebagai seorang yang terlibat secara langsung dengan penjualan buku di kedai dan juga di pameran2 buku, banyak gelagat d ragam pelanggan yang dapat saya lihat berkaitan dengan sikap memupuk minat membaca kepada anak2.

    kadangkala anak tersebut sudah berminat untuk mendekati buku. malangnya minat anak tersebut dibunuh oleh ibu bapanya sendiri dengan ayat yg menyakitkan hati bagi setiap pecinta buku yang mendengarnya.

    antara ayat yang lazim diucapkan oleh para ibu bapa yg x suka belikan anaknya buku ialah:

    “alaa.. x payah la beli buku.. bukannya ko reti baca lagi pun” (walaupun anaknya x reti membaca lagi, apa salahnya beli dan tolong bacakan kepadanya.)

    “alaa.. tu buku omputih..kalau beli pun.. bukannya ko paham” (kalau iye pun mak bapak dia x reti english nk translate kat anak dia, apa salahnya carikan buku dlm BM? nak seribu daya..)

    biasanya lepas mengeluarkan kata2 tajam menikam sebegitu, ibu bapa budak tu akan mengheret anaknya ke tempat lain. yg herannya kalau anak nk beli mainan boleh pulak! ini bukan masalah x ada duit tapi masalah mentaliti x suka membaca dan x minat buku serta ilmu.

    satu lagi isu yg saya lihat berkaitan membaca. siapa kata org melayu x suka membaca. ramai juga org kita yg suka membaca sekarang. tp tengoklah apa yg dibacanya? MANGGA..URTV…etc.. bahan bacaan yang menjadi racun minda bangsa!

    aurakaya on April 1st, 2008
  • 11

    Terima kasih dengan pandangan membina anda. Maklumlah orang bisnes bahan-bahan ilmu kan.. :)

    Memang benar…ibubapa perlu memainkan peranan yang lebih baik untuk mendidik anak mentaliti membaca.

    Amar Mahmood on April 1st, 2008
  • 12

    Ya…. mari2, kita pi shopping sakan kat wisma yakin dan pesta buku nanti.. kita tengok sapa yang borng sakan !!! hehehe :)

    luth on April 2nd, 2008
  • 13

    bismillahirrahmairrahim…..

    assalamualaikum…..byk kali saya menyelak jaringan internet utk memiliki khazanah orang melayu yg di ban oleh orang melayu sendiri terutamanya tajul muluk(mungkin ada pihak terlalu yakin dgn penulisan tu tapi xnak berkongsi kebenaran ) wallahualam,

    namun saya berharap pada tuan sekiranya dapat saya ketahui dengan lebih lanjut di manakah tempat yg paling mudah memperolehi buku ini.,(semoga Allah memudahkan jalannya)
    dan mungkin tuan boleh berkongsi kandungan ilmiah di dalam nya kerana saya amat merindui untuk menatap isinya….

    semoga Allah sahaja membalas jasa baik tuan

    kamallul hakimi on September 13th, 2008
  • 14

    Alaikum salam wbt..

    Tajul muluk nie saya beli hampir 15tahun dulu di sekitas bandar melaka. Saya tak pasti samda kitab ini masih terdapat di pasaran atau tidak.

    Nanti saya cuba ronda sekali lagi tengok kalau ada stok kitab ini.

    Untuk menulis kandungannya…saya kena go thru semula kitab ini. Saya tak berani nak janji. Jika diizinkan Allah swt, saya akan cuba usahakan.
    Wasalam

    Amar Mahmood on September 13th, 2008

 

RSS feed for comments on this post | TrackBack URI