Sukses.Kekayaan.Kemakmuran

Blog Amar Mahmood

March 28th, 2008 at 5:02 pm

News: Teroka bidang sains saraf & Muzik bantu bina Minda

News 1: Angkasawan Negara gesa pelajar universiti bongkar rahsia minda.


DR Sheikh Muszaphar memberi ceramah motivasi ke peringkat sekolah dan universiti.

Angkasawan negara akan tukar minda rakyat Malaysia supaya bersikap terbuka untuk mencapai kejayaan

Georgetown: Masyarakat di Negara ini terutama penuntut universiti disaran mengubah corak pemikiran supaya berani menerokai bidang baru khususnya dalam bidang saraf dan otak (neuro sains).
Dr Sheikh Muszaphar berkata bidang neuro sains sangat menarik diterokai dan akan menjadi sumber rujkan utama bagi pembangunan dalam bidang sains pada masa depan.
“Pada masa ini, kita sedang menuju kearah dunia yang banyak berasaskan sains terutama dalam bidang berkaitan otak dan minda. Jika kita ingin terus berjaya, kita perlu ubah corak pemikiran dan berani menerokainya.” Katanya pada sidang media selepas menghadari program Minggu Kesedaran Minda USM semalam.
Program yang berlangsung selama seminggu ini bertujuan member pendedahan awal mengenai kepentingan membongkar rahsia minda, termasuk mengenali ilmu sains saraf dan otak.

News 2: Muzik bantu bina minda

Kota Kinabalu: Pelbagai kaedah digunakan untuk membantu membina minda kanak-kanak. Satunya daripadanya menggunakan muzik dan lagu.
Untuk tujuan itu, syarikat pengeluar susu bayi Enfragrow A+, Mead Johnson Nutritionals memperkenalkan aktiviti interaktif antara ibu bapa dengan anak.
Antara lagu khas dihasilkan ntuk tujuan itu ialah lagu tema Enfa A+ muzik pintar atau Enfa A+ smart music theme dan Follow the leader. Lagu itu mengajak kanak-kanak membuat kordinasi mata, telinga dan peka muzik bagi membina perkembangan minda secara sisitematik.

Berita Harian: 28 Mac 2008.

1
  • 1

    Salam Amar,
    Terima kasih berbanyak2 lagi, info yang sangat baik kebetulan memang saya minat kalau bercerita tentang neuro sains berkaitan otak dan minda. Semoga kita akan bertambah2 maju dalam mengenali ilmu ini. Terima kasih atau kasih di terima syukran syukran. Ya, Tuhan ku kalau semua mengerti aman dunia. Salam jumpa lagi.

    Rass on March 28th, 2008

 

RSS feed for comments on this post | TrackBack URI