Sukses.Kekayaan.Kemakmuran

Blog Amar Mahmood

April 2nd, 2008 at 12:18 pm

Pelancaran buku “Tarik Kekayaan Dengan KUASA MINDA”

Salam Kekayaan dan Kemakmuran buat semua.

Alhamdulillah..akhirnya selepas disiapkan semenjak bulan oktober tahun lepas, buku  yang di beri nama “Tarik kekayaan dengan KUASA MINDA telah mula dipasarkan di kedai-kedai buku seluruh negara mulai minggu ini (seperti yang dikhabarkan oleh wakil PTS Pro-Saudara Roslan). InshaAllah..anda boleh mendapatkannya di kedai-kedai buku dalam masa yang terdekat ini. Tetapi bagi yang akan menghadiri  PESTA BUKU ANTARABANGSA KL nanti, pasti anda boleh memiliki buku tersebut di sana..InshaAllah.

 Jadi..apakah yang menariknya tentang buku ini..?

Saya mula menulis manuskrip buku ini secara santai selepas buku “Rahsia Minda Jutawan (RMJ)” diterbitkan sekitar bulan Feb 2007. Justeru, buku ini tidak akan lari dengan gaya dan semangat kejayaan buku RMJ tersebut. Gaya penulisan masih mengekalkan  gaya yang mudah, ringkas dan mempunyai elemen motivasi. Memang ini gaya penulisan saya masa itu kerana saya baru mula menulis dalam bahasa melayu selepas banyak menulis repot kerja (corporate writing) semasa bekerja iaitu dalam bahasa Inggeris. Jadi saya mengambil cara mudah dengan menulis gaya bahasa melayu yang mudah sahaja untuk mengelakkan kesalahan tatabahasa.

Buku ini adalah buku sekual RMJ aliran “prosperity thinking” yang saya perkenalkan pada buku RMJ. TETAPI kedua-duanya tetap  berbeza dengan setiap buku mempunyai pendekatan yang tersendiri. Walau ia membiacarakan tentang dua topik besar yang sama iaitu tentang Kekuatan Minda dan aspek KEKAYAAN /KEMAKMURAN, tetapi buku tersebut tetap saling lengkap melengkapi antara satu sama lain.

Jika anda teliti, buku RMJ adalah buku tentang Mindset atau mentaliti mereka yang sukses dalam aspek kekayaan atau kewangan. Manakala buku “Tarik Kekayaaan dengan KUASA MINDA” ini pula menggunakan pendekatan KUASA dan kekuatan atau membicarakan tentang mencapai kekayaan dengan applikasi aliran energy dan psikologi energi yang sangat kurang didedahkan di Malaysia. Buku ini mengupas kekayaan dalam sudut yang lebih holistik iaitu dari segi kekuatan mental, emosi dan spiritual energi kekayaan itu sendiri. Pasti ramai yang kurang jelas tentang pekara ini, TETAPI bacalah buku tersebut kerana anda akan mula memahami banyak pekara-pekara metafizik yang telah  banyak menghalang atau menjadi kekangan kepada anda untuk menerima kekayaan.

Buku ini adalah pengalaman saya dalam bidang psikologi energi (iaitu meliputi terapi meridian energy  dan terapi energi aliran reiki) dan hasil keterujaan saya dengan pendekatan “the spiritual energy of money and wealth” yang dikupas di barat dengan baik sekali tetapi SEBENARNYA telah ada di ajar kepada penganut ISLAM ribuan tahun dahulu. Sangat rugi bagi kita yang mencari-cari kekayaan tetapi gagal kerana tidak memahami hukum ketetapan tuhan yang berkerja mengikut terma dan hukumnya sendiri.

Maka buku ini hadir untuk membuka minda anda tentang erti energi kekayaan itu sendiri. Tambah menarik dan ibarat kebetulan (jika kita andaikan sebegitu) apabila Guru Bio Energi iaiu Master Hazil sendiri telah memberikan sumbangan energi yang sangat besar melalui kata-kata aluan di awalan buku ini. (harap seperti yang dihantarkan semasa final manuskrip).

Jika anda sudah membaca RMJ, saya wajibkan anda membaca buku ini kerana ia melengkapi apa yang telah anda perolehi dalam buku RMJ tersebut.  Tetapi jJika anda masih belum membaca RMJ maka ANDA WAJIB MEMBELI KEDUA-DUA BUKU INI kerana anda akan mengetahui  rahsia kenapa hanya orang tertentu sahaja yang mendapat kekayaan tetapi terdapat ramai lagi di luar sana yang masih mencari-cari kekayaan yang sebenarnya BERMULA dari diri kita sendiri. Buku ini akan memberikan anda langkah yang tepat jika anda masih di dalam kesusahan atau dihimpit dengan kemiskinan. MUHASABAH diri anda  dengan membaca kedua-dua buku tersebut di samping anda akan mengetahui dan mendapat motivasi yang tak terhingga untuk memeluk kekayaan dan kemakmuran.

SAYA JAMIN anda akan tidak rugi dengan nilai wang yang anda akan “invest” untuk membeli ilmu yang terdapat di dalam buku cetakan tersebut. Seperti RMJ yang telah memasuki cetakan ke tiga dalam tempoh setahun dan menjadi antara buku terlaris sepanjang 2007 , saya optimis, “Tarik kekayaan dengan KUASA MINDA” akan mesinergikan kejayaan buku RMJ dan mencatatkan kejayaan tersendiri yang melebihi kejayaan yang diperolehi oleh pembaca RMJ dan diri saya sendiri.

Akhir kata…saya dengan lafaz BISMILLAH…melancarkan buku ini di pasaran untuk perkongsian anda. Moga ia membekalkan diri anda dengan ilmu dan rahsia untuk anda menerima dan menarik kekayaan ke dalam hidup anda setiap hari..ameen.

   “…Barangsiapa yang bertakwa kepada Allah nescaya Dia akan mengadakan baginya jalan keluar. Dan memberinya rezeki dari arah yang tidak disangka-sangkanya. Dan barangsiapa yang bertawakal kepada Allah nescaya Allah akan mencukupkan (keperluannya). Sesungguhnya Allah melaksanakan urusan (yang dikehendaki-Nya). Sesungguhnya Allah telah mengadakan ketentuan bagi tiap-tiap sesuatu.”
-Surah al-Thalaaq 65:2-3-

“KEKAYAAN HANYA DATANG DENGAN ANDA MENAMPAKNYA DI MINDA ANDA!”
AMAR MAHMOOD

PS: dalam masa terdekat ini saya akan membangunkan satu blog untuk menjadi wardah ilmu kedua-dua buku tersebut. Di samping ia akan membantu promosi untuk buku tersebut, blog itu nanti akan menjadi blog WAJIB LAWAT untuk mereka yang ingin mencapai KEKAYAAN dan KEMAKMURAN!!!

 

15
  • 1

    Salam Amar,

    Buku ni dah ada dalam web pts.
    InsyaAllah sy akan beli sewaktu pesta buku nanti.
    Dah masuk senarai buku yg harus dibeli….

    Nanti nak autograf yer… hehehe….

    Miza on April 2nd, 2008
  • 2

    TAHNIAH !

    Semoga Tuan dimurahkan rezeki.

    eilanur on April 2nd, 2008
  • 3

    Salam Amar,
    Terima kasih tentang info ini kebetulan saya tengah cari info buku yg akan di pamerkan disana. Baguslah kebetulan kedua2 buku ini sy belum miliki. Sy dpt rasakan buku kedua pasti menarik kerena ianya lebih holistik. Terima kasih sekali lagi.

    Rass on April 2nd, 2008
  • 4

    salam amar.. tahniah atas pelancaran buku anda… insya allah saya akan dapatkan buku ini.. ;)

    afiqme on April 2nd, 2008
  • 5

    Terima kasih semua… doa dan sokongan anda memBAKAR setiap rongga energi kejayaan saya.

    TAk sabar menulis buku-buku yang melampaui kementalitian bangsa malaysia untuk berjaya…

    Amar Mahmood on April 2nd, 2008
  • 6

    Haha, kita jumpa semua disana. Boleh juga kenal dengan para pembaca blog ini. :)

    Amar, U ARE THE BEST !!!! :)

    TAHNIAH !!!! :)

    luth on April 2nd, 2008
  • 7

    hai luth :P

    rindu awak..nape tak repeat KAMK ?

    eilanur on April 2nd, 2008
  • 8

    Pastinya saya amal kesemua apa yang diajar dalam buku baru ni.

    Buku RMJ milik saya dah koyak rabak, sebab banyak kali di selak selain saya bawa ke sana kemari, pernah kena ujan dan tumpahan air kopi.

    Buku RMJ banyak membetulkan kompas minda saya selain dibantu oleh eBook Magnet Rezeki.

    Terima kasih yang tak terhingga buat Amar Mahmood.

    Thank You!

    -Shueqry-

    Shueqry on April 2nd, 2008
  • 9

    syabas dan tahniah kerana berjaya juga buku amar dipasarkan di KLIBF. I’allah saya akan dapatkan di sana nanti. nk sign otograf sekali..hehehehe.

    aurakaya on April 2nd, 2008
  • 10

    Terima kasih dengan ucapan dan doa semua. InshaAllah, apa yang kita inginkan JIKA di”mohon” dengan cara yang betul pasti di makbulkan Allah.

    Amar Mahmood on April 2nd, 2008
  • 11

    Salam Aura Kemakmuran…

    Subhanallah!! TAHNIAH!!
    Sesungguhnya apa yang ada di MINDA anda sedang bertransformasi menjadi REALITI. Saya bangga dengan penghasilan BUKU ini, kena pada masa dan ketikanya bagi Amar yang sedang mengasah bakat di arena MIND COACHING secara PROFESIONAL.
    Kehadiran buku ini pastinya MEMERIAHKAN Workshop KUASA AURA-MAGNET KEKAYAAN (seperti yg Amar & saya sembang2kan dahulu)… Ia adalah BUKTI kepada Sinergi dan Komitmen kita untuk menjadikan KA-MK siri workshop yang BENAR-BENAR TULEN dan TEPAT utk membicarakan tentang KUASA DAN KEKAYAAN. Bukan hanya INDAH RUPA, GAYA dan PERSEMBAHAN… tapi ISI DAN ILMU2NYA seiring HEBAT & BERKUASA.

    Teruskan… segalanya bermula dari LANGKAH PERTAMA itu. RMJ telah memecahkan TEMBOK PERTAMA.. kini Tarik Kekayaan dengan KUASA MINDA menyusul dengan momentum KUASA AURA KEKAYAAN nya.

    Salam
    Mir Hazil Azran Ramli

    Master G on April 3rd, 2008
  • 12

    shueqry..
    amboi..dah koyak rabak ? kene beli 1 lagi RMJ tuh !

    Master G;

    :) :)

    eilanur on April 3rd, 2008
  • 13

    Terima kasih Master Hazil. Langkah yang dilalui makin jelas. InshaAllah…KA-MK bakal menjadi kursus atau workshop WAJIB bagi mereka2 yang ingin sukses dalam bidang kewangan.

    Kehadiran buku ini (juga InsyaAllah buku dari Dr.) akan menjadi bukti dan komitmen KA-MK untuk merungkai dan memecahkan penghalang kepada individu utk mnencapai kekayaan dan kemakmuran.

    Amar Mahmood on April 3rd, 2008
  • 14

    semoga buku ini menjadi inspirasi menempa kejayaan

    samad on April 5th, 2008
  • 15

    alhamdulillah saya dh dapatkan sebuah di KLIBF petang tadi.. dok jenguk gak kot2 ada amar di booth PTS..tapi x ada lak.. kalau ada boleh amik otograf.. x dapat otograf amar.. dapat otograf dr. fazilah kamsah pun boleh laa..

    aurakaya on April 5th, 2008

 

RSS feed for comments on this post | TrackBack URI