Sekarang ini masyarakat kita “ribut” dengan cerita Si cerdik pandai Sufiah yang telah membuat onar di london. Bila membaca beritanya , memang ia menyentuh hati dan perasaan kita sebagai saudara seislam kita. Lebih lagi jika kita membaca semula cerita-cerita dan berita kecemerlangan sufiah semasa berumur 10 tahun.
Sufiah adalah bukti “hidup” untuk menunjukkan bagaimana kecerdasan intelek (IQ) yang dipupuk dan dibangunkan oleh bapanya gagal membawa nilai yang besar dalam kehidupannya di kemudian hari. Kurangnya penekanan EQ dan SQ iaitu nilai sabar, tabah, redha dan sebagainya di dalam diri Sufiah membawa dia ke perangkap kehidupan yang menekannya saat dia di himpit kesulitan.
Saya tidak berniat untuk “menghukum” apa yang berlaku keata diri Sufiah pada penulisan di blog ini. Kita tidak tahu secara terperinci apakah factor-faktor yang sebenarnya menghantui kehidupan beliau sehingga beliau terpaksa membuat keputusan memilih jalan kehidupan yang sebegitu. Suasana dan faktor pesekitaran yang bebas di sana memang mencabar diri dan prinsip pegangan mereka yang mengharung kehidupan sebegitu.
Tetapi apa yang saya ingin bicara hari ini adalah melihat pada ramai pemimpin atau cara masyarakat kita melihat isu ini. Gerakan dan gabungan yang prihatin telah menyuarakan kebimbangan dan melancarkan pelbagai kaedah dan simpati untuk membantu diri sufiah dan mencari altenatif untuk membantu sufiah secara personal. Saya bukan tidak setuju tetapi pengalaman mengajar saya tentang satu erti kehidupan.
Sebenarnya jika masyarakat yang prihatin dan bimbang tentang runtuhnya moral dan nilai dalam diri sufiah sebagai seorang bangsa melayu dan beragama Islam sepatutnya juga perlu bersuara dan melihat bagaimana terdapat ramai lagi watak-watak “sufiah” yang ada di keliling masyarakat kita hari ini. Pengalaman saya semasa berkerja di sekitar Bukit Bintang selama 5 tahun telah mengenalkan saya dengan “sufiah-sufiah” yang mengalami tekanan dan kehimpitan dalam kehidupan. Walau mereka tidak sebijak dan sepintar sufiah tetapi ramai dari mereka ini memiliki kelulusan yang tinggi dalam masyarakat kita. Malahan jika anda rajin membaca suratkhabar seperti Metro, terdapat banyak isu yang membongkar kisah bagaimana gadis-gadis melayu Islam di Institusi 2 tinggi melakonkan watak yang sama sebagai Sufiah.
Dan yang menghairankan adalah; tidak ada suara kebimbangan dan keprihatinan pemimpin-pemimpin yang cuba melihat pekara ini. Malahan kurangnya suara lantang yang dilaungkan dengan perkembangan tersebut. Tidak ada pembelaan dan tindakan drastik yang diambil walau bukan satu “sufiah” yang terlibat tetapi puluhan mungkin ratusan gadis melayu yang turut terjelemus dalam kesempitan nilai moral ini. Malahan jika dibandingkan suasana tekanan yang dihadapi oleh sufian di London dengan suasana tekanan gadis berwatakkan “sufiah” di Malaysia tentu jauh berbeza. Jadi bagaimana gadis-gadis melayu ini boleh terjelemus di dalam keruntuhan nilai moral ini?
Bukankan sepatutnya agenda utama badan-badan yang bertanggungjawap tentang hal-hal wanita-wanita di Malaysia turut menyorak dan menyuarakan keprihatinan mereka untuk memantu gadis-gadis kita di Malaysia?
Saya tidak berniat untuk mengabaikan isu sufiah di sana…tetapi kita kena melihat skop ini lebih luas supaya “sufiah-sufiah” di sini tidak dilupakan.
AMAR MAHMOOD


Kelebihan ilmiah hendaklah diimbangi dengan pengisian rohani dipraktikan dengan amali insallah iman akan membimbing jalan penyelesaian secara hakiki
Terima kasih dengan kata-kata saudara.
Saya amat bersetuju sekali dgn saudara amar. Kadangkala oleh kerana hendak menunjukan bahawa mereka ini buat kerja, kadangkala isu2 seperti ini bagai cuba menangguk di air keruh. Hanya inginkan kreditnya sahaja..walhal ramai lagi yang bermasalah sepertinya. Hanya kerana mereka tidak sepandai beliau, mereka yang lain tidak berhakkah mendapat keperihatinan pemimpin di sini? mmm nak kata tak pandai, semuanya bijak2 belaka…