Melihat kejayaan dan kehebatan individu tertentu yang telah berjaya dalam bidang mereka tentu merangsang dan memberi inspirasi kepada kita untuk mencapai kejayaan seperti mereka. Tetapi pasti ramai dari kita yang mempunyai perasaaan kesukaran untuk mendapatkan kejayaan seperti yang di capai oleh individu-individu tersebut.
Di dalam sains minda cabang NLP dan aliran kuasa minda, kita sebenarnya boleh meniru atau mempelajari formula atau resepi kejayaan individu tersebut. Perkataan paling mudah dan popular saya selalu gunakan adalah “meniru” atau “modeling” individu yang telah berjaya dan yang kita ingin tiru itu. Malahan dalam sains pembangunan diri, ia boleh kita ibarat seperti anda ingin meyediakan sebiji kek yang sudah tentu terdapat resepi-resepi dan cara penyediaan kek tersebut yang perlu kita ikuti untuk mendapatkan rasa dan keenakan kek tersebut.
Maka, kejayaan yang di capai oleh seseorang individu tentu terdapat formula atau resepinya yang boleh kita ambil, tiru dan gunakan semula ntuk mendapat “rasa” dan “kelazatan” yang sama juga.
Apabila saya membaca kisah kejayaan ahli sukan seperti Nicol David yang bertaraf dunia, saya kurang pasti apakah ada sebarang usaha dari badan-badan sains sukan untuk me”model” kan Nicol David supaya kita boleh melahirkan lebih ramai “Nicol David” di dalam sukan Squash? Malahan “formula” atau “model” yang kita rumuskan juga sebenarnya boleh digunakan dalam sukan lain seperti badminton, bowling dan yang lainnya. Ini kerana sudah pasti Nicol menjadi terbaik di sukan tersebut kerana formula dan resepi yang ada pada dirinya baik secara fizikal, mental, emosi dan spiritualnya.
Cuba anda lihat bagaimana KFC menggunakan formula dan resepi yang sama untuk meng hasilkan rasa dan kelazatan ayam goreng yang sama sahaja di seluruh dunia. Kaedah ini juga telah digunakan oleh Mc Donald untuk memasarkan produk mereka.
Dalam sains minda, teknik “modeling” ini sepatutnya di kembangkan untuk melahirkan lebih ramai individu yang berjaya dalam bidang dan pelbagai aspek kehidupan yang lain. Kejayaan Amelina yang mendapat kejayaan besar bidang akademik dahulu juga tidak digunakan untuk dijadikan satu “model” dalam merumuskan formula kejayaan yang boleh ditiru dan digunakan oelh para pelajar untuk mendpaatkan kejayaan seperti amalenia.
Mawi telah dijadikan model oleh AF untuk menarik ribuan peminat-peminat AF untuk menyertai ujian kelayakan AF semata-mata “model” yang ditonjolkan setiap hari oleh Astro untuk ujuan komersial. Kerana itu tidak hairan bagaimana banyak wajah-wajah dan gaya-gaya ala-mawi dijumpai di keliling masyarakat kita. Belum lagi kita melihat tangis kesedihan yang ditonton kepada awam oleh mereka yang gagal memasuki AF tersebut.
Cuba anda lihat bagaimana Puteri Reformasi-Nurul Izzah memodelkan diri ayahnya -Anwar Ibrahim- untuk muncul di pentas politik. Bayangan ayahnya sangat ketara jika kita pernah melihat gaya dan lontaran bahasa yang digunakan. Lihat orang-orang kanan Anwar Ibrahim yang juga ramai yang mempunyai gaya dan lontaran bahasa yang hampir sama gara-gara “model” ikutan mereka. Tetapi siapakah pula yang Anwar Ibrahim modelkan ..? jika anda rajin membaca , ramai tahu Anwar Ibrahim banyak mempelajari dan mendalami pemikiran Tokoh Pemidato Hebat Bahasa Melayu-Indonesia iaitu “Bung Sukarno” dan Tokoh Falsafah dan Pemikiran Melayu iaitu “Buya Dr Hamka”.
Jadi siapakah model anda hari ini..? Jika anda belum mempunyai “model” tertentu cuba fikir-fikirkan. Dan adalah Badan-Badan Kerajaan dan kementerian yang berkaitan ada mepunyai rancangan “memodelkan” jaguh-jaguh sukan,tokoh-tokoh akademik, tokoh-tokoh perniagaan, individu-individu hebat, ahli-ahli populis dalam melahirkan ramai individu yang telah berjaya dalam bidang mereka?…
Pelajari Sains Minda memudahkan anda melakar dan merumuskan formula-formula kejayaan individu tersebut!
AMAR MAHMOOD


Salam sejahtera buat Amar,
Memang banyak yang boleh dijadikan model. Cuma hendak atau tak hendak je..
Ya, model ana adalah anta.
Saya jadikan Irfan Khairi sebagai model untuk berjaya sebagai usahawan internet & Adam Khoo sebagai model NLP trainer…,
Hai Nooraza..
sukses ikon bagi kelompok IM. Kalau saya terima jemputan Labanon, tentu kita dah berjumpa di WC gathering semalam. tetapi ..saya terpaksa tolak jemputan Labanon kerana program di PWTC semalam.
irfan khairi
Anyway..a lot of good NLP artc di blog anda. Moga sukses!