Salam Kekayaan & Kemakmuran buat semua…
Buat pertama kalinya Workshop KA-MK mula diiklankan di akhbar Metro hari ini. Dan untuk pertama kalinya juga energi kehebatan KA-MK mula bergema ke seluruh negara ..InshaAllah selepas ini. Semoga langkah ini menandakan langkah yang lebih besar buat kerjasama saya dengan Dr Hazil yang akan dikembangkan dalam skop yang lebih luas.
Sehingga hari ini, saya menerima pelbagai pertanyaan tentang workshop ini. Baik dari rakan-rakan mahupun pembaca buku-buku saya dan blog ini; tentang apakan faedah yang mereka perolehi jika menghadiri workshop ini. Maka, jika anda tanya saya sebagai seorang “pengeluar” sesuatu produk sudah pasti pelbagai pujian dan faedah yang akan saya utarakan untuk anda jika anda menghadiri workshop ini.
Secara jujur, workshop ini terlalu tinggi nilai yang ada di dalamnya. Sebagai seorang pengamal sains minda dan terapi energi , saya sendiri berbangga dengan kekuatan yang dimiliki oleh workshop KA-MK. Kenapa ..? kerana ia mempunyai pelbagai sebab.
Pengalaman saya hingga saya menghasilkan 2 buah buku tentang aspek “KEKAYAAN” di tambah dengan pengalaman Dr Hazil di dalam bidang ini selama 10 tahun mungkin dapat membayangkan pelbagainya perkongsian yang ada di dalamnya. Betapa terujanya saya dengan workshop ini dapat anda bayangkan sehingga saya menghentikan perancangan kursus-kursus saya yang lain semata-mata untuk memberi fokus dan laluan besar kepada perkembangan KA-MK sendiri. Kerana itu semasa KA-MK mula dibuka pada siri pertama dengan harga yang rendah , saya hanya tersenyum memandangkan nilai yang SANGAT BESAR yang terdapat di dalam workshop tersebut.
KEKAYAAN adalah satu aspek kehidupan yang menarik hampir kesemua individu. Ia seolah “buta warna”. Tidak kira apa warna kulit individu tersebut, kekayaan sentiasa dicari dan diimpikan untuk dimiliki. Tetapi, berapa ramaikah individu yang benar-benar beroleh kekayaan itu sendiri?
Sebenarnya, kekayaan itu adalah satu pekara yang boleh dipelajari. Paul McKenna mengatakan ; “mencari wang itu satu kemahiran tetapi menjadi kaya itu adalah satu seni.” Kerana itu juga terdapat istilah psikologi kekayaan seperti mana ada psikologi kejayaan yang dipelopori oleh ramai motivator moden. Apakah itu psikologi..? Psikologi adalah satu sains dan seni dalam mengkaji tingkah laku (ta’biat) manusia dalam kehidupan. Maka Psikologi Kekayaan adalah sains dan seni di dalam mengkaji ta’biat dan tingkah laku “kekayaan”.
Jika kita mencari kekayaan dengan gaya fizikal sahaja, maka kita akan bekerja kuat dan bertungkus lumus mendalami kemahiran fizikal untuk mendapatkan kekayaan. Masalahnya, kekayaan dalah satu “makhluk” yang ada psikologinya. Kalau Dr Hazil kata…“ada rohnya”. Tanya Jack canfield, Joe Vitale, Deepak Copra, T Harv Eker, Sakhti Gawain, Brain Tracy, Napoleon Hill dan ramai lagi pakar pembangunan diri manusia tentang pekara ini. Mendapatkan kekayaan perlu dipelajari kemahiran dan seni kekayaan itu sendiri. Kerana itu terdapat aliran seni kekayaan dari aspek “kerohanian” atau spiritual kekayaan itu yang banyak disebut terutama seperti Randy Gage dan Maria Nemeth (Penulis “The Energy of Money” dan Founder kursus “Money & You”)
Untuk memiliki kekayaan, anda perlu memiliki kemahiran mental, emosi dan spiritual tentang kekayaan. Katakan kekayaan itu seorang “gadis jelita” yang ingin dimiliki oleh anda seorang jejaka . Sudah tentu untuk memiliki “gadis” tersebut anda perlu belajar atau tahu “cara memikat” gadis jelita itu. Jika anda benar-benar “jejaka ganteng”, mungkin dengan penampilan fizikal sahaja anda mampu menarik perhatian “gadis jelita” tersebut. Itu pun belum dipastikan samada berjaya ataupun tidak jejaka itu; kerana ada gadis yang tidak melihat diri fizikal seseorang jejaka.
Maka jejaka tadi perlu memahami psikologi gadis tersebut iaitu apakah pekara-pekara yang mudah menarik perhatian gadis tersebut, adakah gadis itu seorang yang mudah digoda dengan wang atau pekara material, adakah gadis tersebut menyukai jejaka yang bercirikan tertentu, bagaimanakah emosi gadis tersebut, kerohanianya dan sebagainya. Jika anda menguasi ilmu memikat sebegini, harapan anda sangat cerah untuk memiliki gadis tersebut BIAR pesonaliti anda tidak nampak hebat.
Kekayaan juga begitu, memilikinya perlu ada “ilmu memikat”. Ia boleh dipelajari. Bagaimana kekayaan dengan mudah boleh datang dan menyerahkan diri kepada individu tertentu, anda juga boleh menggunakan psikologi yang betul untuk memiliki dan mendatangkan kekayaan kepada anda. Ini yang dipanggil “the spiritual of money and wealth” di mana, kekayaan itu mempunyai elemen-elemen seperti “manusia” dari sisi mentalnya, emosinya dan kerohaniannya.
Saya tidak mahu bicara panjang kerana jika ilmu memikat kekayaan ini memerlukan hampir dua hari di workshop KA-MK untuk dikongsikan pada peserta, maka tentu blog ini tidak mempunyai ruang yang cukup untk menceritakan apa yang ada pada KA-MK.
Jika anda mahu tahu…DATANG dan rasakan pengalaman dan auranya!!!!
“If you’re not rich yet, it’s not your fault, it’s not your parents’s fault, and it’s not even society or the government or fate that’s to blame. It’s just an indication that your current wealth programming is faulty. Your mind is like a computer-and, like a computer, it’s only as effective as the software it’s running.
-Paul McKenna-
AMAR MAHMOOD
PS: SILA MELAWAT KE BLOG MASTER HAZIL UNTUK MEMBACA TESTIMONI DAN PROMOSI TERKINI SEMPENA “PROGRAMME LAUNCING” di METRO!!!



syabas dan tahniah kepada KA-MK. satu kemajuan dan peningkatan dari aspek promosi. semoga selepas ni mampu promosikan kat tv lak.
Terima kasih AuraKaya. Memang tak ada apa yang mustahil dalam kehidupan selagi ia tercapai dek akal
[…] KEKAYAAN itu TAKDIR…. pelajari SAINS KEKAYAAN untuk menguasai TAKDIRNYA. Silalah baca artikel Saudara Amar Mahmood - Coach […]
[…] KEKAYAAN itu TAKDIR…. pelajari SAINS KEKAYAAN untuk menguasai TAKDIRNYA. Silalah baca artikel Saudara Amar Mahmood - Coach […]