Salam kemakmuran buat semua…

Alhamdulillah…. semalam selesai KAMK ke-empat di Shah Alam. Sambutan terhadapat KA-MK terus menggalakan. Yang lebih menarik , banyak feedback positif yang telah muncul dari alumni-alumni KA-MK semenjak ia dilancarkan awal Januari lepas. Ramai yang baru sedar kenapa mereka susah mendapat kejayaan dan kekayaan. Ada yang baru tahu rahsia di sebalik aura dan sistem energyi manusia. Ramai terkejut bagaimana pengalaman semasa kecil telah menghalang proses untuk mereka mencapai kekayaan hari ini. Ada pula yang baru teringat bagaimana kata-kata ibubapa kala kanak-kanak dahulu telah menjadi satu halanagan minda kepada kejayaan mereka . Dan banyak lagi pekara “miracle” yang baru difahami secara saintifik oleh peserta KA-MK.
KA-MK hadir dengan satu “benchmark” yang tinggi kerana sinergi saya dengan Master Hazil. Beliau orang lama dalam bidang ini. Sudah tentu expectation beliau juga tinggi dan mempunyai jiwa yang besar dalam memakmurkan ilmu yang ada di dalam KA-MK itu sendiri.
Bagi saya yang baru berjinak-jinak dalam “padang besar” industri latihan ini juga sentiasa perlu belajar untuk memenuhi matlamat workshop itu sendiri. Yang hadir bukan yang “kecil-kecil anak” atau mereka yang masih “mentah” tetapi kebanyakan mereka yang hadiri setakat ini dipenuhi oleh mereka yang penuh dengan ilmu dan pengalaman yang turut boleh dikongsikan.
Semenjak KAMK pertama lagi, pelbagai status peserta yang telah saya temui. Bukan sahaja pengamal ilmu metafisik yang pernah berguru dengan Dr Haron Din sendiri, ada mereka yang pernah mengikuti pelbagai kursus-kursus yang diberikan oleh pakar-pakar pembangunan diri yang hebat di Malaysia, ada yang pernah mengikuti latihan NLP dari Anthony Robbins sendiri, ada juga pengusaha pengeluaran produk kecantikan, juga para usahawan yang sedang berkembang maju, ada juga doktor yang hadir , pengusaha kedai buku seperti saudara Fakhroll, pengurus hingga ke pada anak muda yang baru ingin mengenali rahsia diri manusia.
Kerana itu saya terus belajar. Di samping berkongsi dan membimbing, saya juga sedang belajar tentang pengalaman di dalam bidang ini. Selepas membimbing peserta, saya akan mendengar pula latihan yang diberikan oleh Master Hazil. Banyak yang boleh dimanfaaatkan. Berdiri sama pentasa dengan Master Hazil banyak membantu saya menangani soalan, pandangan dan penjelasan yang diminta dari peserta.
Menjadi seorang jurulatih dan pengajar perlu ikhlas . Semalam saya ada membaca berita isu gelaran “Phd palsu” di akhbar kosmo. Saudara Aurakaya ada mengulas isu ini di blog beliau di sini. Sangat menyedihkan apabila membaca isu sebegini muncul. Kerana itu saya menghormati individu seperti Sifu Ainon yang berdiri atas kredibiliti beliau di atas nama ilmu dan pengalaman tanpa perlu sebarang gelaran. Sehingga hari ini (walau PTS –syarikat sifu Ainon- yang telah berjaya dan pengalaman beliau yang sangat lama di pentas latihan) Sifu masih tetap berdiri dengan nama Ainon Mohd. Secara peribadi saya kagum dengan beliau. Malahan di barat, ramai motivator dan trainer hebat seperti Brain Tracy, Joe Vitale, Anthony Robbins, Jack Canfield dan sebagainya masih berdiri dengan nama yang dicipta semasa mereka memasuki bidang ini walau sekarang mereka bertaraf “world class speaker“.Yang penting mereka membina JENAMA dengan kredibiliti dan ilmu yang mereka kongsikan pada peminat dan pengikut mereka.
Sudah pasti, gelaran akademik bagus sebagai bukti keilmuan yang dimiliki. Tetapi bagi yang belum mempunyai sebarang gelaran tidak wajar mencari jalan pintas. Bagi saya membina kredibiliti juga boleh dengan ilmu dan pengalaman yang dimiliki.
Kerana itu di workshop KA-MK, kami membuka seluas-luasnya pintu perkongsian. Saya sendiri mempunyai dua blog untuk perkongsian ilmu. Satu lagi blog bersama Master Hazil dan 1 online forum yang kami PANTAU setiap hari. Dua email address juga diberi untuk peserta menghubungi kami. Disamping sms blaster yang digunakan untuk mengupdate maklumat dan pertanyaan. Saya sendiri setiap kali habis workshop KA-MK sekitar 5pm-530pm akan berada di centre atau pusat latihan sehingga 7pm untuk mendengar pandangan, memberi nasihat, mendengar kritikan (jika ada) dan sebagainya daripara peserta KA-MK. Yang penting mereka puas dan jelas dengan ilmu yang dikogsikan.
Sebenarnya, jika kita benar–benar mendengar latihan atau membaca penulisan yang diberikan oleh seseorang mentor atau seseorang motivator, kita boleh “menghidu” keikhlasan dan kejujuran pengajar tersebut. Cuma ramai dari kita hanya menggunakan minda sedar untuk mendengar dan memahami latihan yang diberikan. Sebenarnya terdapat banyak “bahasa” minda separa sedar yang boleh ditangkap oleh minda separa sedar kita JIKA kita benar-benar tahu dan merasainya. Di sebalik sebutan pengajar atau para motivator, akan terselit tonasi dan nada keikhlasan dan kejujuran pengajar tersebut. Di sebalik pandangan matanya ada cahaya kejujuran atau pembohongan jika kita membuka minda separa sedar kita. Di sebalik gerak dan gaya itu terlihat juga kejujuran atau pembohongan bahasa tubuhnya. Kerana itu di barat sekarang terdapat “gadget” atau alat tertentu yang dapat mengukur bahasa-bahasa minda separa sedar tadi untuk membuktikan kejujuran seseorang individu.
Tetapi adakah kita membuka minda separa sedar kita untuk mengangkap bahasa minda separa sedar itu tadi?? Kenapa orang orang dahulu boleh membaca bahasa ini dengan baik? Kerana itu kita perlu belajar kehebatan minda kita.
Saya tidak mahu mengulas panjang. Nanti berjela-jela artikel ini. Cuma saya ingin mengucapkan terima kasih kepada semua pembaca dan pembeli buku “Rahsia Minda Jutawan” kerana buku ini telah terpilih dan disenaraikan sebagai calon Anugerah buku popular kategori bukan cereka tahun 2007 anjuran Popular books. Ini satu penghargaan besar saya di sebalik buku-buku besar lain yang telah ditulis oleh otai lama dalam penulisan seperti Dr Fadzillah Kamsah, Dr Haron Din, HM Tuah dan ramai lagi. InshaAllah, ia memberi motivasi dan suntikan semangat untuk saya menulis karya yang lebih bagus pada masa akan datang. Sementara itu, saya sedang dalam menyiapkan satu manuskrip (buku) khas untuk para usahawan, juga satu lagi penulisan bersama rakan saya Luthfikir dalam skop motivasi. Dan yang baru, kerjasama saya dengan Master Hazil akan diterjemahkan ke dalam bentuk buku pula. InsyaAllah, saya dalam proses menulis satu proposal bersama beliau tentang satu tajuk yang menjadi inti di dalam workshop KA-MK.
Tidak lupa juga, saya telah mula menulis untuk satu majalah internet iaitu Majalah IM yang dikendalikan oleh seorang anak muda berjiwa besar iaitu adik Labanon. InshaAllah, artikel pertama saya akan menyusul pada majalah terbaru nanti. Saya akan mengulas lebih lanjut tentang artikel tersebut selepas majalah itu dikeluarkan nanti.
Banyak lagi yang ada di dalam minda ini. Tetapi cukuplah untuk hari ini. InshaAllah, saya akan panjangkan pada Bicara Minda yang akan datang.
Salam sukses buat anda!!!
AMAR MAHMOOD

