
Grafik ini dihasilkan ihsan PTS Publication sempena Anugerah Pilihan Pembaca Harian Popular 2008
NOTIS PENTING DARI SAYA!
Kebelakangan ini saya kerap menerima pertanyaan dari rakan-rakan dan juga pembaca blog ini baik melalui telepon mahupun juga dari email tentang kedua-dua buku yang saya iklankan di sebelah. Ramai yang bertanya kenapa susah sangat nak dapatkan buku kedua saya iaitu “Tarik Kekayaan dengan KUASA MINDA“ dan di mana mereka boleh mendapatkan buku “Rahsia Minda Jutawan“..?
Maaf…memang saya pun kadang kala tidak dapat menjelaskan pertanyaan tersebut. Setahu saya buku-buku itu memang terdapat di kedai-kedai buku besar seperti Popular, MPH dan sebagainya. Dan memang kadang kala saya juga mendapati buku kedua saya tidak terdapat di sana.
Samada sudah habis di rak-rak jualan atau menunggu penghantaran stok baru saya kurang pasti. Mereka bertanya ..KENAPA JADI BEGITU???
Itu anda perlu tanya beribu-ribu pembaca yang telah membeli dan memberikan penghargaan besar terhadap buku-buku tersebut. Yang saya nak tanya anda….“KENAPA anda lambat membeli buku tersebut..?”


Haha, mujur Afiq dah jumpa buku 2nd tu kat MPH Midvalley. Ana dah tanya soalan cepu emas tu kat dia dah sebelum ni. Hahaha.. terkedu dia nak jawab..
haha..tu soalan provokasi tu..:) biar kan..biar dia rasakan
Betol2 tu Amar… sapa suruh lambat beli ye tak
hot item, cepat sold out 
mACAM tu Dikmal…alhamdullilah