Sukses.Kekayaan.Kemakmuran

Blog Amar Mahmood

May 15th, 2008 at 6:44 pm

Terapi RESQ56: Terapi alternatif untuk anda.

R- adalah untuk Reiki, ESQ adalah singkatan untuk Kecerdasan Emosi dan Spiritual (kerohanian). Manakala 56 adalah falsafah dan nilai yang berdiri di sebalik terapi ini. (akan diterangkan bila mengikuti workshop KAMK).

hazil-pic.gif

Diasaskan oleh Master Mir Hazil dan dibangunkan serta dikembangkan dari modaliti atau sistem “energy medicine” yang berkembang pesat di dunia iaitu Emotional Freedom Tech (EFT). RESQ56 adalah satu pilihan terapi yang berdiri atas ilmu energi chakra dan meridian . Seperti mana EFT yang juga adalah dikembangkan oleh pengasasnya Gary Craig dari terapi yang diperkenalkan oleh Roger Callahan iaitu Thought Field Therapy (TFT), EFT juga telah mengembangkan pendekatan energy medicine ke pada bidang piskologi sehingga terbangunnya istilah baru dalam bidang psikologi iaitu Psikologi Energi.Titik tolak keunikan terapi aliran ini adalah pada gabungan beberapa perubatan alternatif lama seperti perubatan alternatif kuno cina iaitu akupuncur, ia digabungkan dengan teknik applied kinesiology dan terapi energi. Dan melalui RESQ56, elemen terapi energi ini dikembangkan dengan penggunaan pendekatan dari terapi energi yang dikenali sebagai REIKI.  Ia adalah berdasarkan dari pengalaman lebih sepuluh tahun Master Hazil di dalam bidang bio-energi dan penyembuhan. Tambah menarik, Master Hazil sendiri adalah seorang juruterapi aliran tradisi cina iaitu akupuntur. Ini menyebabkan beliau lebih memahami dan mengenali beratus titik-titik meridian yang berada di tubuh badan manusia yang menjadi kunci utama pada terapi energi ini.Jika diluar , kaedah terapi seperti Emotrance, BSFF, SEFT dan sebaginya yang juga dibangunkan dari modaliti EFT dan dikembangkan di negara mereka sendiri, maka kita di sini perlu berbangga kerana seorang anak tempatan juga boleh meformulasikan satu kaedah terapi psikologi energy yang masih sangat baru dan tidak dikenali di sini.Fakta: “Penyebab pelbagai penyakit fizikal atau psikologi negatif adalah kerana terganggunya sistem energi tubuh.”

hu-kufi-uri-copy.jpg

RESQ56 adalah terapi yang boleh digunakan untuk masalah @ sakit fizikal, mental, emosi dan juga spiritual. Menggunakan pendekatan “to release @ to let go”, tapping (ketukan pada titik meridian) dan recharge (reprogram) dan yang unik adalah suntikkan elemen kecerdasan kerohanian yang menyebabkan RESQ56 sangat berbeza dengan terapi energi yang diasaskan di Barat yang lain.

Bagaimanapun, RESQ56 diajar dan dikongsi secara eksklusif HANYA untuk mereka yang mengikuti kursus KAMK sahaja setakat ini. Diterangkan secara ilmiah dan jelas, sudah tentu bagi peminat teknik EFT akan lebih memahami dan mengenali terapi ini dengan mudah bila mereka mempelajari terapi RESQ56 ini. Malahan bagi yang baru dan berminat untuk menpelajari kaedah EFT juga boleh mempelajari teknik RESQ56 ini sebagai alternatif kerana EFT tidak diajar secara meluas di Malaysia dan mereka yang berminat terpaksa membayar yuran sekitar RM500-RM700 hanya untuk pengenalan atau asas terapi EFT sahaja.

Berbanding KAMK yang mempunyai pelbagai pendekatan iaitu dari penerangan ilmiah tentang bio-energi, Kekuatan Minda, terapi energy, NLP, self Hipnosis dan sudah tentu RESQ56 itu sendiri.RESQ56 hanya memerlukan 1 jam penerangan sebelum anda sudah boleh mula menggunakan DAN mula mendapatkankan kesan serta merta pada pengamalnya. Tidak ada jampi serapah, attunement, “transfer energy”. Yang ada ialah keterangan saintifik dan ilmiah tentang cara kerja dan pendekatan yang digunakan. Malahan, penggunaan teknik kuasa minda seperti saranan atau affirmasi akan digunakan dan dijelaskan dengan lebih berkesan melalui RESQ56.Berikut adalah beberapa faedah yang boleh digunakan melalui RESQ56:-

  • Masalah sakit fizikal
  • Menghapuskan “limiting belief’ atau kepercayaan yang salah tentang kehidupan
  • Mengatasi masalah fobia, trauma, “gayat”, dan ketakutan
  • Masalah emosi seperti rungsing, berdebar, murung, dan pelbagai lagi isu emosi yang lain.
  • Satu kaedah kerohanian tentang tawakal, keredhaan dan kepasrahan
  • Dan pelbagai lagi isu tentang kehiduapan yang boleh digunakan.

AMAR MAHMOOD
Jurulatih RESQ56
EFT Practitioner
Founder Blog EFT’erMalaysia

5
  • 1

    hehe..

    saya suka post ni !

    toceh2..

    eilanur on May 15th, 2008
  • 2

    Salam,
    Amar,
    gambar Master Mir Hazil kat atas tu nampak tak sesuai la(nampak seram). saya cadangkan untuk tukar pada yang lain.
    anyway, one day saya rasa saya akan sertai kursus KAMK.
    insyaallah.

    nazri on May 17th, 2008
  • 3

    Terima kasih….saya berada di langkawi sekarang ini. InshaAllah saya akan tukarkan.

    :0

    Amar Mahmood on May 19th, 2008
  • 4

    MACAM MANA NAK SERTAI KURSUS NI???

    zakwan on July 25th, 2008
  • 5

    Terima kasih atas minat yang saudara tunjukkan.
    Untuk menyertainya saudara boleh klik pada page KAMK di bahagian atas blog ini. Terdapat nombor tel untuk mengetahui jadual terkini kursus yang dijalankan.

    Amar Mahmood on July 25th, 2008

 

RSS feed for comments on this post | TrackBack URI