Sukses.Kekayaan.Kemakmuran

Blog Amar Mahmood

May 21st, 2008 at 5:35 pm

Travelog Langkawi-”Tap to the Mystical & Magical Energy”

Langkawi Island / Pulau Langkawi

Alhamdulillah…saya selamat kembali ke Melaka di awal pagi semalam selepas tiga hari “bermain” energi di Langkawi. Terima kasih tak terhingga buat Master Hazil dan IQBC (Puan Shuha) yang telah menjemput saya untuk bersama memeriahkan aktiviti RETREAT & RECHARGE RESQ56.

Berbaloi walaupun terasa agak letih dengan perjalanan yang panjang tempuh hari. Tambahan sudah agak lama tidak membuat perjalanan yang jauh dengan menggunakan bas. Tetapi perkongsian dan pengalaman yang di kutip memang sangat berharga dan menjadi renungan dalam perjalanan kehidupan di kemudian hari :-) .

Sebenarnya.. hampir kebanyakan peserta yang mengikuti program tersebut iaitu sekitar 70-80 peratusnya adalah alumni KAMK termasuk Juruterapi Reiki dari IQBC sendiri. Di samping itu terdapat beberapa peserta baru yang hadir untuk bersama mendalami terapi energi yang menjadi INTI kepada program R&R ini iaitu RESQ56 dan juga REIKI. Maka perkongsian dari Master Hazil banyak tertumpu pada kaedah-kaedah lanjutan atau tips “advance” tentang penggunaan RESQ56 dalam pelbagai aspek kehidupan. Di samping pelbagai tekni-teknik terapi energi digunakan untuk kita “TAP” atau menarik energ-energi MAGIS dan MAGIK yang terdapat di pulau tersebut untuk diapplikasikan dalam kehidupan seharian.

Yang menarik pada sesi perkongsian dengan Alumni…banyak terdapat “testimoni” yang boleh diertikan “magik” atau luar biasa yang terjadi pada bekas peserta dan pengamal teknik-teknik yang diajar dalam kursus KAMK yang mereka telah hadiri. SESUAI dengan kehebatan yang dimiliki oleh AURA pulau Langkawi ini, maka cerita dan kisah yang dikongsikan oleh alumni KAMK dalam mendapat kejayaan dalam bisnes dan kekayaan sangat “meremangkan” bulu roma saya ini. Tak mau saya tuliskan ceritanya di sini kerana boleh jadi “persoalan” oleh mereka yang tidak memahami keunikan pendekatan terapi energi dalam kehidupan. Mungkin ada perkongsian yang anda boleh baca sendiri di web Forum RESQ56 yang menjadi pentas perkongsian dan komunikasi antara saya dan Master Hazil dengan bekas peserta KAMK.

Sambil membuat perkongsian dengan peserta, Program ini juga tambah kuat aura magisnya dengan bonus “attunement” (peyelarasan energi) satu sistem energi yang diasaskan oleh Master Hazil sendiri iaitu Nur Reiki Salam. Iaitu satu cabang energi Reiki yang mempunyai “band” energi yang agak tinggi berbanding sistem Reiki asas yang lain. Saya juga berpeluang memerima attunement dari Master Hazil (Terima kasih Master..). Sensasi energi Nur Reiki Salam tampak berbeza. Walaupun pernah dan mengamalkan beberapa aliran Reiki yang lain seperti Usui, Kundalini, , Karuna, dan beberapa modaliti lain… sehari selepas attunement, tengkuk dan leher saya sakit dan agak tegang. Mungkin disebabkan saya dari bidang latihan (komunikasi) dan banyak bercakap serta berhubung dengan masyarakat, maka terdapat simptom “energy clearing” pada “throat chakra” iaitu chakra yang domina dalam kerjaya saya ini iaitu sebagai seorang SPEAKER. Bagaimanapun, Alhamdulillah selepas membuat “self healing” beberapa kali, keesokannya sakit pada tengkok hilang dan badan menjadi lebih selesa dan bertenaga selepas “energy flow” mula boleh disesuaikan.

Selama tiga hari di Langkawi mendedahkan saya dengan banyak cerita mistik dan magik tentang pulau lagenda ini. Sepanjang pulang di dalam bas tempoh hari , saya berfikir juga (walau kerap di usik oleh ima dan ismi kerana boring termenung tanpa bahan bacaan)… kenapa banyaknya pekara-pekara pelik berlaku dan menjadi lagenda di pulau ini. Dari kisah Mahsuri ke Beras terbakar, kisah Mat chincang ke 99 buah pulau dan banyak lagi kisah kemisterian yang ada dikisahkan semasa disana.

Pada pemikiran saya.. terdapat pelbagai faktor yang boleh dijadikan sebab. Tetapi saya bersetuju dengan pendapat Master Hazil semasa satu sesi muzakarah dan perkongsian di mana beliau meletakkan “kepercayaan” dan “pemikiran” yang dimiliki oleh masyarakat tersebut pada masa itu tentang pekara-pekara yang diceritakan menjadikan elemen magik dan magis itu kekal sehingga hari ini. Faktor pesekitaran pulau yang sukar dimasuki oleh pemikiran dari luar kerana faktor lokasi pulau yang berjarak sekitar 30-50 kilometer (jika tidak salah) dengan tanah besar menyebabkan sukar kepercayaan masyarakat pulau lagenda itu dimasuki dan “mengacau” kepercayaan tentang kemistikan peristiwa yang berlaku tersebut.

Hebatnya KEPERCAYAAN itu dapat dibuktikan bagaimana AURA Pulau Langkawi terus menjadi MAGNET MENARIK pengunjung baik dari luar negara maupun dalam negara kita sendiri. Kerana itu, sepanjang perjalanan pulang di dalam bas saya memikirkan kenapa kita sendiri tidak mahu mencipta kemagikkan seperti yang dimiliki oleh masyarakt masa itu untuk kita mencapai kejayaan dalam kehidupan kita? Secara positifnya, KEPERCAYAAN jika dicipta kemagikannya PASTI kita boleh mencipta satu impian dan visi yang tinggi dalam aspek kehidupan seperti kejayaan dan kekayaan. Maka kita juga akan dapat mencipta kisah-kisah hebat yang pasti akan dikenang dan diceritakan oleh semua orang.

Jadi..apakah magik dan magis yang akan saya manifestasikan dalam kehidupan saya..?

 

Langkawi Island / Pulau Langkawi

Amar Mahmood
Nota:
PS: Terima kasih kepada semua Master-Master Reiki , peserta baru dan pengamal yang lain dengan hadiah sempena Hari Guru yang disambut sekali di sana. “Baju itu memang sedap-sedap badan je..”

PSS: Simtom “energy clearing” berlaku bila penyelarasan energi@attunement yang dilakukan akan mengalirkan energi pada tubuh metafizik dan chakra-chakra utama pada individu yang diberi attunement.

3
  • 1

    […] TRAVELOG kami di sana di blog Coach Amar & blog peribadi […]

  • 2

    resqhu ! resqhu..

    sape tak belajar RUGI besaq..

    eilanur on May 22nd, 2008
  • 3

    Alamak….terasa ruginya tak ikut sekali.
    Apakan daya…masa untuk saya belum lagi ditakdirkan untuk turut serta. Insyaallah…saya akan sertai juga nanti (tap, tap,tap…)

    DagangPutra on June 3rd, 2008

 

RSS feed for comments on this post | TrackBack URI