Sukses.Kekayaan.Kemakmuran

Blog Amar Mahmood

May 28th, 2008 at 1:13 am

Aktiviti terkini dari saya

Yang pertamanya, sebentar tadi saya baru sahaja sampai ke Melaka selepas menghadiri Majlis Anugerah Buku Popular anjuran Berita Harian-Popular Books sempena Pesta Buku - BOOKFEST di KLCC juga anjuran POPULAR Books. Tahniah buat buku “Kuasa hijrah Kuasa untuk Berubah” tulisan Dato’ Dr Fadzillah Kamsah & Ahmad Fadzli yang mendapat undian tertinggi diikuti oleh buku ditulis oleh Dr HM Tuah. Dan yang ketiga tertinggi undian adalah buku tulisan Dato’ Dr Haron Din.

Walaupun majlis anugerah itu ringkas sahaja, tetapi telah disambut dengan gembira dan ceria oleh hampir 40 penulis iaitu dari kategori fiksyen dan bukan fiksyen untuk Bahasa Melayu dan juga Bahasa English. Malah nama-mana besar dari penulis bahasa English seperti Adibah Amin, Kam Raslan dan Amir Muhamad juga memenangi kategori yang disertai mereka. Tak ketinggalan juga nama yang pernah saya dengar dalam bidang novel iaitu telah dimenangi oleh siapa lagi jika bukan novelis Anis Ayuni.

InshaAllah nanti saya akan sertakan gambar-gambar yang sempat diambil bersama rakan-rakan penulis seperti Ann Wan Seng - Penulis “Rahsia Bisnes Orang Cina” , Sunthara Segar, Ahmad Fadzli , Dr Tengku Asmadi dan beberapa orang lagi. Sempat juga minum petang bersama Saudara Ahmad Fadzli, Dr T Asmadi dan Saudara Arief Hakim sambil mendengar berita-berita terkini dari bidang penulisan dan latihan.

Kedua- adalah tentang Program “Book-Talk” yang akan diadakan di tanah tumpahku iaitu Melaka pada 5hb Jun & 7hb Jun 2008. Di bawah ini saya sertakan sekali secara lengkap aktiviti yang telah dirangang. Berikut adalah “Press Release” yang dikeluarkan:-

Dimaklumkan bahawa Syarikat Buku Thai Kuang Sdn Bhd bakal menyambut ulangtahun ke 60 bermula pada Jun 2008. Bagi menyokong usaha membudayakan ilmu dan buku tempatan, sebagai salah satu acara yang bakal berlangsung sepanjang ulang tahun ini ialah program ceramah melibatkan penulis-penulis tempatan.

Kumpulan penulis tempatan dalam bidang bisnes, minda dan kewangan akan berada di Melaka bagi menyampaikan ceramah berkaitan dengan bidang mereka masing-masing. Ia juga dianggap mini seminar kepada para pengunjung bagi mengetahui secara langsung mengenai ketiga-tiga subjek ini.

Program melibatkan para penulis yang pertama kali diadakan di Melaka ini memberi pendedahan awal kepada para pengunjung yang terdiri daripada kakitangan awam, swasta, wakil persatuan, belia dan mereka yang berminat dalam bisnes, pengurusan minda dan pengurusan kewangan.

Berikut merupakan jadual aturcara, lokasi dan ceramah yang bakal disampaikan oleh para penulis berikut.

Penceramah : Tuan Amar Mahmood
Tarikh : Khamis, 5 Jun 2008
Masa : 3.00 petang – 4.30 petang
Lokasi : Pentas Utama, Kompleks Membeli Belah Mahkota Parade, Melaka
Topik : “Rahsia Minda Jutawan” & “Tarik Kekayaan dengan KUASA MINDA”

Penceramah : Puan Norlela Zubir
Tarikh : Khamis, 5 Jun 2008
Masa : 4.30 petang – 6.00 petang
Lokasi : Pentas Utama, Kompleks Membeli Belah Mahkota Parade, Melaka
Topik : Cabaran Dalam Bisnes Keluarga

Penceramah : Tuan Zamri Mohamad dan Tuan Muhammad Faisal Sharbuddin
Tarikh : Sabtu, 7 Jun 2008
Masa : 3.00 petang – 4.30 petang
Lokasi : Pentas Utama, Kompleks Membeli Belah Mahkota Parade, Melaka
Topik : Rahsia Bisnes Mamak

Penceramah : Tuan Shamsuddin Kadir
Tarikh : Sabtu, 7 Jun 2008
Masa : 4.30 petang – 6.00 petang
Lokasi : Pentas Utama, Kompleks Membeli Belah Mahkota Parade, Melaka
Topik : Kaya dengan Rumah

Kami dengan sukacitanya menjemput Tuan dan Puan serta organisasi bagi bersama-sama dalam program yang diadakan khusus kepada warga Melaka. Disertakan bersama jemputan ini, profil dan latar belakang para penceramah yang bakal terbabit dalam program ini.

Ketiganya - adalah tentang jadual terbaru WORKSHOP KUASA AURA-MAGNET KEKAYAAN (KAMK) untuk bulan Jun. Perkhabaran menarik telah diberitahu oleh Master Hazil baru-baru ini kepada saya. IQBC merancang untuk mengadakan WORKSHOP KAMK “special” sempena pelancaran buku yang ditulis oleh Master Hazil. (sila lihat photo di bawah..). Tarikh yang ditetapkan adalah pada 29hb jun nanti. Tetapi kita tunggu pengumuman dari IQBC sendiri tentang harga dan tarikh yang rasmi daripada mereka. Juga ada program “in-house special” yang dijadualkan berlangsung sama. InshaAllah, saya akan war-warkan selepas mendapat informasi lengkap dari Master Hazil.

Salam AURA KEMAKMURAN!

AMAR MAHMOOD

6
  • 1

    harap dapat jumpa amar kat mahkota parade nanti. kebetulan time tu saya on the way turun johor

    Aurakaya on May 28th, 2008
  • 2

    wow !!!

    AURA PENYEMBUHAN REIKI !!

    TAK SABAR NAK BACA ..

    eilanur on May 28th, 2008
  • 3

    Kalau AuraKaya singgah boleh kita minum di MP di sana dengan wakil PTS :)

    Amar Mahmood on May 28th, 2008
  • 4

    Saya booking 1 buku Master Hazil - “Aura Penyembuhan Reiki” itu….minta listkan nama saya…terima kasih

    DagangPutra on June 3rd, 2008
  • 5

    Pada 28hb Jun ini bertempat di Shah Alam, ada satu majlis pelancaran buku oleh Master Hazil. Terdapat beberapa aktiviti yang dirancang dengan minum petang disediakan.
    Mungkin saudara Dagang putra boleh menghadiri majlis tersebut kerana mungkin buku tersebut akan dijual di sana.

    Amar Mahmood on June 4th, 2008
  • 6

    yea..jemput datang DagangPutra..

    eilanur on June 4th, 2008

 

RSS feed for comments on this post | TrackBack URI