Disebalik pelbagai kecaman dan “label” yang diberikan kepada Tun Dr Mahathir, ramai dari kita juga tidak pernah menolak kehebatan Tun dalam membangunkan Malaysia sebagai sebuah negara yang dihormati di rantau ini dan dunia secara keseluruhannya. Tetapi jika kita menoleh kembali pada sejarah, pasti ramai dari kita yang tahu bagaimana KECEWANYA Tun pada saat-saat akhir legasi pemerintahannya. Satu peristiwa yang masih saya ingat adalah peristiwa Tun menangis di satu Perhimpunan Agung Umno sekitar tahun 2002. Katanya Melayu mudah lupa. Beliau KECEWA kerana beliau GAGAL menukar dan merubah SIKAP dan MENTALITI bangsa Melayu. Malahan selepas Tun melepaskan jawatannya pada 1 Nov 2003, beliau pernah di tanya oleh sekelompok wartawan tentang apakah pekara yang paling beliau KECEWA sepanjang pemerintahan beliau?
Tun Dr Mahathir menjawap bahawa pekara YANG PALING BELIAU KECEWA adalah kerana GAGAL merubah MELAYU selama 22 tahun beliau menjadi Perdana Menteri Malaysia. Maksud beliau ialah beliau gagal merubah mentaliti dan pemikiran orang melayu walaupun negara Malaysia sudah mencapai tahap pembangunan yang diiktiraf dunia.
Hari ini, peristiwa itu HANYA tinggal SEJARAH. Tiada siapa yang pernah membuat satu kajian atau satu perbincangan betapa disebalik HEBATnya Tun yang Berjaya mendirikan Twin Tower, Putra Jaya, Membangunakan Ekonomi Malaysia yang diiktiraf sebagai “Asian Tiger” di awal tahun 90an , membangunakan industri kereta nasional-Proton Saga dan pelbagai lagi monumen dan simbol kemajuan Bangsa Malaysia, akhirnya Tun Dr Mahathir mengaku yang beliau GAGAL… GAGAL dalam merubah MENTALITI orang MELAYU. Pekara yang dipandang ringan oleh bangsa kita tetapi gagal diubah oleh seorang PEMIMPIN yang bertaraf dunia.
Malangnya hari ini, pemimpin sedia ada masih bersuka ria, lobi-melobi dan tendang menendang antara satu sama lain. Mereka tidak melihat pekara yang TELAH menitiskan air mata pemimpin agung Malaysia itu dan pemimpin hari ini tidak mahu belajar dari sejarah yang terukir dalam lipatan cerita kehebatan Tun sendiri.
Jika perubahan mentaliti dan kepercayaan bangsa melayu bukan pekara besar, kenapa Tun menangis untuk menunjukkan betapa beliau kecewa atas kegagalan beliau? Kenapa beliau mengulang-ulang semula perasaan kekecewaan itu selepas beliau bersara dari politik? Tetapi..jika penting kenapa tidak ada satu pun tindakan besar yang dijalankan oleh pertubuhan orang–orang yang mewakili bangsa melayu untuk meihat kegagalan yang pernah Tun akui itu. Atau adakah pemimpin HARI INI suka untuk membiarkan MENTALITI melayu terus kekal dan terus hanyut dan me “layu”???
Tun Dr Mahathir sebenarnya sedar betapa pentingnya satu perubahan mentaliti dan pemikiran dalam budaya melayu. Buku “Malay Dilemma” yang ditulis pada tahun 1970 oleh beliau adalah bukti bagaimana Tun membicarakan secara khusus masalah melayu dalam aspek kehidupan dan budaya melayu itu sendiri. Tun mahu membuat satu perubahan sikap dan satu anjakan paradigma dalam budaya melayu. Tetapi Tun TERLUPA (seperti istilah “melayu mudah lupa”) untuk memberi perhatian pada soal pemikiran, mentaliti, kepercayaaan dan nilai dalam bangsa melayu selepas beliau memegang KUASA. Atau mungkin Tun menjangkakan perubahan material dan pembangunan fizikal akan merubah mentaliti bangsa melayu secara automatik??? Atau adakah para cendiakiawan semasa Tun memerintah tidak memahami apa yang Tun mahukan dalam diri dan pemikiran bangsa melayu?? Atau adakah melayu pada masa itu hanya tahu merebut peluang-peluang kekayaan mudah yang tercipta tanpa memperdulikan pembangunan diri dan mentaliti pada masyarakat melayu di kampung-kampung, di pekan-pekan dan di desa-desa yang terus menagih bantuan dan sokongan kerajaan. Malahan ramai orang melayu di pekan, desa dan kampung-kampung GEMBIRA SAKAN dan BERMEGAH-MEGAH dengan KEHEBATAN Twin tower dan kebolehan kita menganjurkan F1.
“Ah… pergi jahanam dengan pembangunan mentaliti”. Apa yang aku tahu, malaysia memang HEBAT. Kita sudah sama maju dengan bangsa-bangsa lain di dunia ini…”
Tapi…siapa empunya KLCC?? Adakah anak melayu menang dalam perlumbaaan F1 itu? Atau adakah anak melayu banyak memegang kekayaan ekonomi yang sedang meletup pada masa itu???
Tun PASTI MENANGIS lagi.
Saya tidak tahu apa sebabnya. Saya menghormati kehebatan Tun dan mengakui kebolehan dan kebijaksanaan Tun sebagai seorang pemimpin melayu yang disegani dalam masyarakat pemimpin dunia. Tetapi bangsa melayu itu sendiri masih tidak banyak berubah walaupun Tun adalah pemimpin Melayu yang dihormati di dunia. Apa yang saya masih fikirkan dan sedang fikirkan adalah bagaimana kerajaan hari ini melihat sejarah dan memahami kegagalan besar Tun Dr Mahathir. Atau kita akan menunggu untuk melihat air mata seorang lagi pemimpin melayu mengalir saat akhir pemerintahannya.
AMAR MAHMOOD


Mungkin kah Melayu akan terus kekal begitu…..selagi Melayu bernama Melayu…..
Melayu mudah lupa….mungkin kah kerana asal perkataan Melayu dari kata dasar nya MALU + LAYU….
Fikir lah wahai bangsaku …..
Berubahlah wahai bangsa ku….kerana..
Aku Melayu !
Saya kira Tun kini amat sedar, melepaskan kepimpinan negara kepada orang yang silap, tak berupaya meneruskan agendanya… itu sebab sekarang ni Tun beria-ia benar mengajak rakyat mengubah kepimpinan negara… ayoh kita sahut bersama, pilih mereka yang mampu menyambung kejayaan Tun….agak-agak siapa yang mampun meneruskannya….N,R,M atau A…
Salam buat DagangPutra dan Ab Riza. Moga dilimpahi dengan kejayaan dan kemakmuran.
Budaya adalah jiwa bangsa. Tatapi budaya adalah mentaliti dan nilai bangsa tersebut. Kerana itu jiwa dan mentalti sesuatu bangsa akan mencorakkan budaya bangsa itu.
Tapi, apakah budaya bangsa melayu???
Tapi jangan lupa teka teki dari Ab Riza tu…N,R,M & A.
Nampak gaya angin perubahan terus melanda bumi BERTUAHku..
mmm.. dgn membaca bingkisan ini saja membuatkan hati berduka..apatah lagi Tun yang empunya diri.. isu demi isu diragui dan dicurigai..latest,isu minyak timbul sekali lagi.. kalau tidak pemimpin dan kerajaan membela nasib rakyat, pada siapa lagi hendak ditujui..
Mereka leka dan alpa..itulah M mudah lupa.. lupa ertikata sebenarnya lupa pada Dia.. kerana fikir diri tidak bisa kan di luka oleh sesiapa kerana pangkat dan kuasa yang ada..namun mereka lupa pada Yang Maha Berkuasa.. mungkin jua melayu terpaksa hancur dan terhapus utk mewujudkan melayu baru yang lebih gagah? entahlah.. mcm2 ada..