Jadual aturcara dan tajuk ceramah yang bakal disampaikan oleh para penulis seperti berikut :-
Penceramah : Tuan Amar Mahmood
Tarikh : Khamis, 5 Jun 2008
Masa : 3.00 – 4.30 petang
Topik : “Tarik Kekayaan dengan KUASA MINDA”
Penceramah : Puan Norlela Zubir
Tarikh : Khamis, 5 Jun 2008
Masa : 4.30 – 6.00 petang
Topik : Cabaran Dalam Bisnes Keluarga
Esok satu sesi “Book Talk” akan di adakan di Mahkota Parade Melaka. Saya dan Puan Norlela Zubir akan mengadakan aktiviti Bicara Bersama Penulis sekitar jam 3.00pm hingga 6.00pm.
InshaAllah, saya akan bicara tentang kepentingan mentaliti dan mindset, cara fikir dan cara “pandang” seorang bisnesman, juga akan menjawap tentang kekuatan minda dalam bidang keusahawan. Walaupun, sesi ini agak ringkas, kerana mana mungkin dapat bicara tentang minda dan mentaliti dalam masa 1 jam sahaja. Tetapi, sekurang-kurangnya sesiapa yang menghadiri ceramah ini akan faham dan sedar bagaimana minda dan pemikiran individu akan menjadi faktor BESAR penentu kejayaan seorang usahawan.
Saya jemput sesiapa yang tinggal berdekatan negeri Melaka boleh singgah dan santai-santai mendengar perkongsian dari saya secara PERCUMA.
Sekian..
AMAR MAHMOOD


i wish i can go..
“keinginan” itu adalah satu doa.
Thanks
all the best !
Assalamualaikum Tuan Amar.
Rasa seronok sgt sbb dah dpt 2 buah buku Tuan Amar setelah lama mencari.Dan dpt jumpa tuan amar sekali tapi tak sempat nak borak2..
Apapun, terima kasih!
Walakum salam…
Terima kasih kerana sudi hadir. Terkilan juga tak dapat berbual.
Moga ada manfaat yang diperolehi dari kedua-dua buku tersebut.
Salam sukses buat Nur sekeluarga!