Sukses.Kekayaan.Kemakmuran

Blog Amar Mahmood

June 6th, 2008 at 12:15 pm

Apa cerita di MP semalam..?

Saya bersama Puan Norlela Zubir. Penulis yang membuat ceramah yang sama semalam.

Seperti yang saya war-warkan, semalam satu program “Book Talk” telah berjaya dijalankan. Sinergi antara syarikat buku Thai Kuang dengan PTS Publication di Melaka menandakan satu perkembangan yang baik untuk peminat buku di negeri bersejarah tersebut.

Seperti yang saya jangkakan, suasana di Mahkota Parade (MP) yang ceria dan meriah dengan pelbagai aktiviti lain yang dijalankan serentak pasti menuntut kekuatan suara dan tonasi dalam menarik perhatian pengunjung-pengunjung di sana. Apatah lagi, event yang sebegini masih belum menjadi satu budaya dan tarikan yang kuat untuk mereka memenuhi ruang program yang dijalankan.

Tetapi saya menanggap ini sebagai satu kerja proaktif untuk membentuk “kesedaran” dan minat kepada pengemar buku-buku melayu di negeri Melaka. Di samping itu, ia memberi peluang kepada penulis-penulis untuk menonjolkan hasil kerja mereka kepada pembaca dan untuk menyedarkan mereka betapa sangat seriusnya penulis-penulis melayu ini ingin ke depan dalam membentuk satu budaya ilmu dan mentaliti ilmu sebagai satu tarikan besar dalam masyarakat Malaysia.

 

Terima kasih khusus buat Wakil PTS iaitu Tuan Roslan (gambar di sebelah) selaku Pegawai Perhubungan PTS yang bertungkus lumus untuk menjayakan program ini. Begitu juga buat rakan Penulis Tuan Zamri Mohamad (Penulis buku “Magnet Cinta”, “Rahsia Bisnes Mamak” dan beberapa buku yang lain), rakan Penulis Puan Norlela Zubir (Penulis Koleksi buku tentang bisnes wanita dan industri kecil di Malaysia) dan juga rakan-rakan seperti Tuan Fakhroll a.k.a Aurakaya (bakal menyertai keluarga penulis di PTS Publication-Tahniah!) yang sudi untuk singgah dari perjalanan yang jauh nun dari Taiping ingin ke Johor.

 

Dan teruja juga saya dengan kedatangan sahabat yang selalu memberi komentar di blog ini dengan nickname NUR. Terima kasih atas salam yang diberikan melalui Tuan Zamri Mohamad. Maaf tidak dapat berkongsi cerita. Hanya tahu selepas majlis tersebut. Tapi saya sudah kenal wajah orang yang selalu meninggalkan komen dan pandangan yang selalunya penuh hikmah dan berilmu :)

Sebelah kiri berbaju belang gelap- Tuan Zamri Mohamad dan berbaju biru-Tuan Fakhroll.

Harapan saya muga aktiviti sebegini dapat dijalankan selalu sehingga menjadi satu tarikan buat semua pengemar buku-buku melayu di negeri Melaka. Mungkin dapat menarik penyertaan institusi-institusi yang banyak ada di sekitar negeri Melaka supaya dapat memberi impak dan kesedaran yang lebih kepada mereka.

Cerita lanjut boleh didapati dari Blog Tuan Zamri Mohamad & Puan Norlela Zubir

Foto ikhsan dari Tuan Zamri Mohamad

AMAR MAHMOOD
Jurulatih/Penceramah/Penulis
amar_sukses@yahoo.com

4
  • 1

    :)

    alhamdulillah…ternanti2 saya post coach amar tentang program ni.

    semoga terus sukses..

    eilanur on June 6th, 2008
  • 2

    Salam buat Tuan amar.
    Gembira juga coz ada cerita saya dlm post ni.Terima kasih krn kerana beri kegembiraan ini.Hari tu rasa nak bercerita panjang dgn Tuan amar tapi rasa segan pula..Tuan Amar nampak hebat saya cuma orang kecil.

    Nur on June 6th, 2008
  • 3

    kelmarin mmg terasa teruja semacam apabila sempat bersemuka dan bersembang agak lama dengan penulis2 yang namanya agak besar dlm penerbitan PTS. Tuan Zamri, Puan Norlela dan tidak ketinggalan sudah tentu coach Amar kita. Sebagaimana Nur katakan, pada asalnya mmg terasa kecil dan kerdil diri ini berbanding mereka. Tapi alhamdulillah semuanya friendly dan memberikan layanan yang baik walaupun kita ini NOBODY. Moralnya: Mmg x rugi singgah di MP tempohari!

    aurakaya on June 7th, 2008
  • 4

    Terima kasih buat Ima atas kata-kata semangat yang sentiasa datang dari Ima.
    Juga buat Nur dan Aurakaya yang juga sudi datang ke Melaka. Pujian yang diberi agak BESAR buat diri saya. Bagaimanapun, kata yang POSITIF saya jadikan inspirasi dan dorongan untuk mencapai cita-cita saya memakmuran ilmu ini di dalam masyarakat Malaysia.

    Insha Allah Nur… di izinkan Allah swt, kita dapat berkongsi pengalaman dan cerita pd masa akan datang.
    Untuk Aurakaya…kita punya cita-cita yang sama. Berdiri dalam industr ini dengan semangat membuat PERUBAHAN dalam jati diri masyarakat malaysia.
    IMPIAN akan merubah diri kita..dari kecil kepada besar dan dari tidak apa-apa kepada menjadi somebody!

    Amar Mahmood on June 7th, 2008

 

RSS feed for comments on this post | TrackBack URI