Sukses.Kekayaan.Kemakmuran

Blog Amar Mahmood

June 9th, 2008 at 7:47 pm

Hebat-hebat mereka nie…

Senarai di bawah ini adalah antara ahli-ahli keluarga KAMK (bekas peserta) lepas yang mempunyai blog. Tak sangka ramai dari mereka mempunyai kebolehan menulis yang hebat-hebat belaka. Kebanyakannya menggunakan blog sebagai tempat berkongsi ilmu dan pengalaman. Malahan, beberapa dari mereka juga sudah mula mengorak langkah dalam bidang penulisan seperti Saudara Luthfikir dan Aurakaya. Dengar khabar ada beberapa lagi sedang mengintai tajuk-tajuk yang sesuai dan boleh dikupas dalam bentuk buku. Saya mengalu-alukannya dan jika ada lagi yang berminat untuk melebarkan penulisan anda dalam bentuk buku, silakan…email kepada saya jika ingin tahu cara dan kaedahnya.

Saya tumpang gembira. Dan jangan lupa, tak beberapa hari lagi Master G kita Master Hazil akan “launch” buku pertama beliau. Makin makmur dan tambah besar skop yang diliputi oleh AURA KAMK.

Mari kita tengok apa yang mereka cerita di blog masing-masing….

My PhotoFatimah Az Zahra & Aladdin Spa

Nickname yang digunakan adalah “Eilanur”. Kenapa..? itu kena tanya Ima sendiri. Pengunjung yang paling kerap meninggalkan pelbagai komentar dan kata-kata dorongan di blog ini. Dalam usia yang muda sudah bergelar “Bisnes-woman”. Peserta KAMK terawal.

My PhotoBlog AuraKaya

Blog beliau dicipta untuk berkongsi sedikit sebanyak tentang ‘Sains Minda’ dan bagaimana untuk menggunakannya supaya anda juga memiliki AURA KEKAYAAN. Blog ini juga adalah platform untuk beliau bertatih menulis artikel sebelum impian menulis buku berkaitan minda dan aura kekayaan menjadi realiti. Beliau adalah seorang pengusaha kedai buku di Taiping Perak.

Blog Luthfikir

Kadang kala nampak “ganas” sedikit pemuda harapan bangsa ini. Sedang bertapa di puncak Gunung Ledang untuk mencari ilham dan idea menulis satu buku motivasi. Moga beliau mendapat ilmu-ilmu metafizik yang boleh membantu beliau menghasilkan buku bestseller.

My Photo
Blog Master Kasyfullah aka “Pak Lah”

Ini bakal jutawan dari utara. Tak sangka selain seorang Juruterapi Energi sepenuh masa yang berkaliber dan dinamaik rupanya mempunyai gaya penulisan yang bermotivasi dan romantik. Mungkin mengikut”JEJAK” langkah GURU beliau iaitu Master G Hazil. Saya terkejut membaca artikel beliau akhir-akhir ini. Penuh hikmah dan berilmu. Sesiapa yang memerlukan bantuan “distant healing”, sila hubungi beliau.

Blog Tuan Zahir

Orang yang banyak membantu kerja-kerja teknikal tentang web dan blog RESQ56. Blog beliau ditulis dalam Bahasa Inggeris. Banyak menyentuh tentang “spiritual” dan energi kekayaan dan kemakmuran. Juga mempunyai blog yang ditulis dalam bahasa melayu. Selain itu, beliau juga perunding kewangan dalam hal-hal pengurusan kad kredit. Jika ada sesiapa yang mempunyai masalah dengan kad kredit anda, boleh hubungi beliau.

Blog Cahaya Lagoon - Master Nurul

Blog Master Nurul juga penuh dengan artikel motivasi di samping cerita-cerita tentang energi dan pengalaman beliau sebagai seorang Juruterapi Reiki. Walaupun tidak banyak bercakap tentang ilmu bio-energi, pengalaman beliau bersama-sama Master Hazil menyebabkan Master Nurul “kaya” dengan pengalaman dalam penyembuhan energi. sesiapa yang rasa ingin merasai bagaimana dan apa dia terapi energi, sila hubungi Master Nurul.

PEMILIK BLOG INI :

Blog Dagangputra - Jutawan in the making!

Blog beliau semakin hidup dengan kata-kata semangat dan motivasi dari beliau sendiri. Nampaknya saudara Dagangputra juga mempunyai online bisnes yang menawarkan beberapa perkhidmatan. Naluri membantu sesama insan belaiu memang hebat. Moga Allah swt menunjukkan jalan yang beliau cari dalam hidup beliau.

-

Blog Anilyn Aura Spa

Master Linda seorang usahawan dalam bidang kecantikan dan terapi Aura bertempat di Shah Alam. Punya banyak perkhidmatan terapi energi yang mengkhusus tentang kecantikan diri dalaman. Maka, kaedah terapi aura adalah kaedah yang baik untuk digabungkan dalam menghasilkan aura dan magnet yang menarik-narik sesiapa yang melihat kita. Betul tak Master Linda..? Satu lagi, master kita nie pandai bersajak. Moga mencapai impian Master Linda. :0

Setakat ini, itulah senarai yang saya jumpa. Tak tahu jika ada lagi Alumni yang mempunyai blog. Saya kagum dengan semangat mereka. Punya keinginan untuk maju dan kemahuan untuk mencapai IMPIAN mereka. Moga Allah swt memberi kekuatan dan kemenangan buat mereka semua.

Tetapi, jangan lupa dengan Blog GMaster Hazil dan Master Amar…haha. Good Luck for You All!!!

AMAR MAHMOOD

PS: Kenapa gambar Master Nurul secara tiba-tiba sukar untuk dicari??

20
  • 1

    Terima kasih atas coverage yang Tuan Amar berikan tentang blog saya. Sesungguhnya blog Tuan Amar dan Master Hazil menjadi sumber ilmu dan sumber inspirasi yang amat bernilai untuk dikongsi dengan seluruh umat manusia. Semoga ‘networking’ dengan semua blogger lain dapat menyumbangkan sesuatu kepada Agama, Bangsa dan Negara.

    dagangputra on June 9th, 2008
  • 2

    salam.. gambar saya hilang? tolong! tolong! tolong scan sat… ada tang mana ni.. hehe.. ada ada..dnt worry ..nanti muncul la tu…
    tq kerana tersenarai blog saya..asalnya hanya untuk menceritakan perihal kisah harian.. lebih santai..namun ada juga diselit tentang ilmu energi..kerana saya lebih suka mengaitkan energi dan penggunaan dalam rutin harian itu sendiri..tidak terbatas pada bidang penyembuhan sahaja.. apa pun, satu tujuan, satu harapan, satu destinasi ..eh mcm AF pulak .. ok le tu!

    hudaz on June 9th, 2008
  • 3

    terima kasih bnyk,diatas promosi hebat Tuan Amar nie,terima kasih juga kerana Tuan telah membantu saya untuk memulakannya,sgt2 saya hargai.Semoga Tuan juga sukses selalu dan terus menulis.

    Pak Lah on June 9th, 2008
  • 4

    Wahh… sekali lagi blog ana berada dalam senarai. Terima kasih. Oh ya, ana ada buat sedikit ujian, dan hasil ujian tu menunjukan ana jenis auditori digital. Suka merenung….

    Hmmmmm..haha

    Luth on June 10th, 2008
  • 5

    uppss…adakah ini surprise present utk saya bila balik dari Penang ? hehe

    TQ so much coach amar..

    SAYA BERAZAM UTK TERUS MEMPERBAIKI KESILAPAN , MEMAJUKAN DIRI & TERUS BERKONGSI.

    eilanur on June 10th, 2008
  • 6

    Moga semua dari kita terus kaya. KAYA dengan konsep tabur dan menuai. KAYA dengan sikap budi dan berbahasa. KAYA dengan sikap bantu saling membantu..:)

    Biar semua makmur dengan hubungan siraturahim.

    Amar Mahmood on June 10th, 2008
  • 7

    yezzzaaa..sungguh bagai dikata..

    eilanur on June 10th, 2008
  • 8

    dh lama juga saya x jenguk masuk ke sini. tak sangka pula coach amar sekali lagi mempromosi blog2 bekas peserta KA-MK. TQ..Toche..Gracias! dengan ini boleh la kita bertukar2 link blog..semoga ikatan ukhwah alumni kita semakin kuat..

    aurakaya on June 11th, 2008
  • 9

    Salam…

    Betul kata Aurakaya. Begitu yang sebaiknya. Moga ikatan tali spiritual ini kekal dan terus kuat antara kita. Biar walau hanya DOA KEJAYAAN sahaja dapat kita berikan, ia sudah cukup untuk memancarkan energi positif dari DALAM diri kita sendiri.

    Amar Mahmood on June 11th, 2008
  • 10

    :)

    eilanur on June 11th, 2008
  • 11

    salam master amar! memang cantek lagi best!

    hafiz on June 11th, 2008
  • 12

    Master Hafiz…mana ko pergi? Lama menyepikan diri.

    Pasti banyak cerita-cerita menarik untuk dikongsi jika kita dapat bertemu.

    Nanti kita jumpa di centre ye

    Amar Mahmood on June 11th, 2008
  • 13

    Sini semua oke2. Skang da muncul da. Tak hilang lagi! ketemu nanti!

    hafiz on June 11th, 2008
  • 14

    hafiz…adakah dikau bertapa di gunung kuruyama ( betui ke eja ni )?

    eilanur on June 12th, 2008
  • 15

    Haha.. Hafiz tu sejak menjadi Pria Frekuensi baru nampak komen… ;)

    Luth on June 12th, 2008
  • 16

    Ima..Mstr Hafiz tidak bertapa di Gunung Kuruyama (klu betul).., saya tahu Mstr hafiz menjadi Pria Frekuansi yang gantang sejak turun dari Padepokan Gondomayit Gunung Slamet di kepulauan Jawa sana. Kerana itu ilmu di dadanya penuh dengan ilmu pelet dan santet warna putih.

    Saya dengar pelbagai ajian dan ilmu hikmah yang sudah Mstr Hafiz warisi.

    Gue mahu bejar sama lu Mstr Hafiz. Pasti gue bisa jadi super ahli paranormal dan ahli supranatural yang sakti..

    Amar Mahmood on June 12th, 2008
  • 17

    Betul tu Amar, Anta terserempak dgn Mstr Hafiz masa dia tengah download ilmu Cenayang Berfrekuensi Tinggi. Tapi ana lupa kat mana ana terserempak dgn dia. Haha :)

    Luth on June 12th, 2008
  • 18

    ya Allah.

    amende ni ??

    ooohh..adakah ini blog amar ? i’m lost..

    hahaha…

    tak sangka amar leh speaking indonesia..
    ;)

    eilanur on June 12th, 2008
  • 19

    ya udah deh! usah ribut2. gwe lagi bingung ni. Ilmu Cenayang Berfrekuensi Tinggi itu hebat banget!

    hafiz on June 13th, 2008
  • 20

    Terimakasih,maaf agak lambat saya
    respond kat blog ni…sedang mengemaskini
    blog saya..untuk tatapan semua.Master Amar
    telah mewar-warkan blog saya tanpa saya
    ketahui,bukan apa..blog tu lum siap
    sepenuhnya lagi…he.he.on ‘Trial’
    master hafiz yang tolong saya buat blog
    tu…Thanx to master hafiz juga.
    SALAM MAKMUR………

    lynndaanilyn on June 16th, 2008

 

RSS feed for comments on this post | TrackBack URI