Sukses.Kekayaan.Kemakmuran

Blog Amar Mahmood

June 13th, 2008 at 12:35 am

Media sebagai alat membangun atau merosakan minda (Part 1)

Dahulu MEDIA hanya ditunjukkan kepada bahan-bahan bertulis (contohnya suratkhabar, buku, majalah dan segolongan dengan nya) dan berbentuk audio-visual seperti tv dan radio. Tetapi hari ini skop MEDIA telah berkembang melampaui pelbagai bentuk dan alat seperti Internet, teknologi HandPhone ( SMS. MMS dan sewaktu dengannya juga), malahan melintasi teknologi satelit. Manusia dapat menggunakan media untuk berhubung dalam masa yang sangat cepat, pantas, mudah dan terbuka. Melintasi ruang sempadan dan ruang angkasa.

Dari sudut Sains Minda, media mempunyai peranan dan pengaruh yang sangat besar dalam menyampaikan maklumat dan pengetahuan kepada seseorang individu. Dengar ayat saya … “SANGAT BESAR dalam mempengaruhi pemikiran dan kepercayaan dalam sistem kepercayaan manusia.”

Media terutamanya media cetak dan visual adalah dua media yang mempunyai PENGARUH atau daya HIPNOSIS (PUKAU) yang besar kepada seluruh penduduk dunia atau penggunanya. Dan media juga adalah channel yang menjadi alat yang paling utama oleh KUASA-KUASA besar dunia seperti Amerika untuk menyampaikan message dan alat memasukkan kepercayaan atau maklumat kepada kepercayaan pengguna media tersebut.

Semenjak dahulu, media telah menjadi alat yang kuat untuk menyampaikan message tertentu kepada kelompok atau individu yang ingin ditujukan. Pada zaman Tanah Melayu menuntut kemerdekaan dari British, media seperti Utusan Melayu menjadi tempat pejuang-pejuang tanahair menyampaikan messega perjuangan mereka dan menyuntik “kata-kata semangat” (kata saranan /affirmasi) kepada masyarakat tanah melayu supaya bangkit menuntut kemerdekaan. Tulisan-tulisan mereka sebenarnya bersifat “hetero suggesti” atau “saranan” dari pihak ketiga kepada objek yang ditujukan.

Minda manusia seperti yang saya pernah terangkan menjadi PUSAT menyimpan maklumat atau kepercayaan untuk setiap individu . Ia menerima maklumat atau message yang disampaikan tetapi bergantung kepada apa kepercayaan yang telah menghuni di dalam minda separa sedar individu tersebut. Selain itu, tahap penerimaan message juga bergantung kepada tahap pengaruh yang dimiliki oleh media tersebut. Semakin tinggi kepercayaan atau kredibliti media tersebut, makin kuat daya pengaruh media tersebut kepada individu yang menerima message itu.

Hollywood menggunakan filem mereka sebagai alat penjajahan minda tanpa disedari. Filem “Rambo” menunjukkan di mana HERO Amerika berjaya menewaskan puluhan “penganas-penganas” di Vietnam dan di Afganistan walaupun mereka sendiri mengalami kekalahan dan kemusnahan yang teruk di sana. Sewaktu perang dingin dengan USSR, filem “ROCKY” menjadi alat propaganda mereka.

Mereka memahami betapa kuatnya peranan media untuk mencorakkan tingkahlaku dan sikap manusia terhadap kehidupan. Kepercayaan yang wujud pada diri manusia datang dari APA YANG MANUSIA ITU SIMPAN DI DALAM MINDA MEREKA. Di zaman moden ini, KUASA BESAR seperti Amerika tidak menjajah secara fizikal. Tetapi cukup dengan menggunakan alat-alat media mereka seperti media cetak, visual, audia, filem dan internet untuk menjajah di dalam minda negara-negara yang disasarkan.

Kerana itu, bagi negara-negara yang mengamalkan “DASAR TERTUTUP” atau mengunci tahap kemasukkan alat jajahan mereka ini, maka kuasa besar TERPAKSA mencari alasan untuk menggunakan kekerasan sebagai pembuka “alat pemusnah minda” mereka masuk seperti terjadi di IRAQ (Pemerintahan Saddam), Afganistan (Pemerintahan Taliban) dan sekarang mereka sedang mencuba pada IRAN dan juga KOREA UTARA. Dasar “tutup pintu” pada alat propaganda mereka menyebabkan kuasa besar ini akan mencari dalih untuk menggunakan kekerasan cara fizikal mereka untuk menakluk dan menjajah negara tersebut. Kerana itu di IRAQ dan Afganistan, pekara pertama yang mereka lakukan selepas menguasai negara tersebut adalah dengan melambakkan kekuatan media mereka dengan menguasai media berpengaruh negara tersebut dan menjadikan hiburan sebagai alat melalaikan penduduk di sana.

Malahan dalam peperangan cara fizikal, memusnahkan pusat strategik media seperti pusat TV dan Radio menjadi KUNCI kejayaan dalam strategi peperangan mereka. Terbukti, semasa perang IRAQ-AMERIKA, kegagalan Amerika mencari pusat tersembunyi “TV IRAQ” melambatkan proses ia penaklukan negara tersebut. Malahan, Media telah menjadi alat “propaganda” untuk menguatkan semangat perjuangan atau melemahkan perjuangan mereka yang terlibat di sana.

Kerana mengetahui peranan besar MEDIA dalam menguasai MANUSIA maka, di barat, para billionaire dengan sokongan kuasa-kuasa besar telah menguasai pusat-pusat media yang starategik dunia seperti CNN, Star TV, channel komunikasi Internet seperti Google dan sebagainya. Tetapi dalam kesibukan Billionaire Barat membeli pusat srategik menguasai manusia, Billionaire Arab Islam pula menguasai hotel-hotel mewah dan membina pusat-pusat pelancongan (hiburan) untuk kepentingan saudagar Arab ini seperti di Dubai. Malahan Al Jazeera, satu-satunya media Islam yang banyak membantu menyampaikan “kata-kata saranan” yang berkredibiliti juga sudah dibeli dan dikuasai oleh puak-puak barat dengan kekuatan wang dan pengaruh mereka. Maka, semakin kuat kuasa mereka untuk menguasai manusia kerana kunci manusia itu terletak pada minda itu sendiri.

Mana pergi pertubuhan Islam Dunia dengan kekuatan dana Islam yang sangat besaritu? Kenapa tidak digunakan untuk memguasai media-media yang tertentu untuk bersaing dan dapat menguasai minda manusia seluruh dunia…?

AMAR MAHMOOD

13
  • 1

    memang tidak dinafikan apa yang amar tuliskan itu. Jika media Hollywood memainkan peranan mewujudkan watak hero RAMBO untuk menaikkan moral rakyat amerika akibat tewas teruk di vietnam, mereka juga memainkan peranan mencipta watak superhero yang lain supaya rakyatnya sentiasa beranggapan merekalah bangsa terhebat dan terkuat di dunia. orang amerika adalah bangsa yang mampu melakukan apa saja termasuk menakluk negara orang. Pada saya itu adalah peranan media mereka untuk memperkasakan minda rakyatnya.

    cuma kekadang terfikir juga adakah media kita melaksanakan tugas untuk memperkasakan bangsa? media kita terutamanya media elektronik hanya mementingkan keuntungan semata-mata. Pelbagai realiti TV berbentuk hiburan menjadi pilihan untuk dijadikan santapan minda rakyat malaysia. sehinggakan ramai anak muda bangsa kita sudah hilang minat belajar kerana ingin menjadi artis atau mengejar glamer menjadi penyanyi realiti TV. Kononnya alasan ingin cari duit membantu keluarga keluar dari kemiskinan melalui cara menyanyi.

    Adakah pihak pemerintah yang inginkan media menerapkan perkara sebegini dalam minda masyarakat kita.. supaya terus leka dan enak dibuai mimpi indah? supaya mereka terus boleh memperkotak-katikkan minda rakyat?

    aurakaya on June 13th, 2008
  • 2

    saya ingin kaitkan bagaimana peranan media mampu mengubah mindset masyarakat jepun terhadap sukan bolasepak yang satu masa dahulu langsung tidak popular.

    ketika ambang kebangkitan kuasa bolasepak jepun, pihak media elektronik akan sentiasa melakukan ulang tayang jaringan-jaringan menarik yang dilakukan oleh pasukan jepun ketika siri kejohananan atau perlawanan persahabatan selama berhari-hari di kaca TV ketika peak hours.

    Dengan cara itu sedikit sebanyak minat rakyat jepun mula beralih arah dari permainan besbol kepada bolasepak. Hasilnya tengoklah hari ini Jepun berada di mana berbanding Malaysia?

    Saya rasa jika pihak media kita mampu mengulang tayang klip2 zaman kegemilangan bolasepak negara di era 70an dan awal 80an dulu, sudah tentu akan dapat menaikkan semula semangat yang sudah lama kendur di kalangan pemain dan peminat bolasepak tempatan.

    aurakaya on June 13th, 2008
  • 3

    paling ditakuti, MEDIA telah menjadi satu alat propaganda Yahudi dan alat yang digunakan dalam gerakan Kristianisasi masyarakat Islam dunia amnya dan di Malaysia khususnya.

    Melalui MEDIA, digambarkan bahawa perbuatan seperti berpakaian seksi, tinggal bersekedudukan, seks bebas dan lain-lain, adalah perkara biasa dan normal. Ia digambarkan bahawa itu lah gaya hidup masa kini. Akhirnya, menjerumus keruntuhan moral masyarakat terutama bagi orang Islam.

    dagangputra on June 13th, 2008
  • 4

    erk..

    2 3 hari ni saya baru teringat2 ttg pukau, dan nak tanya amar caranya..

    haha…:P

    eilanur on June 13th, 2008
  • 5

    MEDIA dan PROPAGANDA merupakan KEKUATAN milik individu, kelompok masyarakat atau negara untuk memperluaskan GAGASAN IDEOLOGI mereka. Dengan adanya IT maka perang maklumat telah semakin mengambil alih peranan sebagai ‘frontman’ ketika berperang walaupun peranan risikan masih dalam bidang sumber maklumat.

    lSebagai contoh lihat saja BANDAR BADR yang telah diambil alih oleh Murtadar Al-Sadr ketika perang IRAQ-AMERIKA, perkara pertama yang dilakukannya adalah menaikkan pencawang-pencawang untuk menyalurkan maklumat dan dalam tempoh masa kurang dari 24jam, BANDAR BADR telah bertukar nama kepada BANDAR SADR.

    Begitulah pentingnya peranan MEDIA, PROPAGANDA ataupun sumber MAKLUMAT ketika sedang berperang. Di Malaysia ini pun Kerajaan yang memerintah baru saja mengalami ‘kejutan budaya’ akibat kesan dari PROPAGANDA MAKLUMAT.

    Luth on June 13th, 2008
  • 6

    Terima kasih pada yang memberi tambahan infomarsi.

    Pada Aurakaya, memang menarik idea Jepun tu. Memang negara maju banyak menggunakan teknik-2 psikologi yang ke depan. Mereka menkaji dan melaksanakan apa ‘finding’ yang mereka jumpa. Kita masih kurang bergerak dalam hal yang sebegini..kecuali dalam “kempen politik di TV”..oopppps :0

    Utk info dagangputra, projek “freemason” memang ditaja dengan DANA yang sangat besar oleh pertubuhan dari ajen tertentu. mereka mengadakan R&D dan strategi terancang untuk meluaskan pengaruh dan menarik umat Islam meniru gaya mereka. Aktivis mereka menggunakan kekuatan MEDIA utk menakluki minda umat islam. maka baru mereka MUDAH dapat menguasai diri penganut islam sendiri. Mereka tahun kekuatan ISLAM adalah pada IMAN yang menjadi inti keteguhan penganutnya. Utk menhancurkan IMAN bukan cara fizikal tetapi melalui perang mental dan psikologi.

    Luth..menarik info anta. memang anta nie banyak membaca startegi perang. Bagus..bagus..Dalam politik malaysia, media adalah pasukan serangan yang paling utama. Kerana itu, hari ini kerajaan TERPAKSA membangunkan satu TEAM peperangan baru di ruangan cyber

    Ima..nanti saya pukau awak..haha

    Amar Mahmood on June 13th, 2008
  • 7

    Oleh itu kita selaku pengamal blog perlu untuk menyebarkan apa2 maklumat yang berguna untuk para pembaca demi untuk memperkayakan lagi jati diri untuk lebih makmur. :)

    Luth on June 13th, 2008
  • 8

    Ima, dah “terpukau” masa kat penang tempoh hari.. hahaha

    Luth on June 13th, 2008
  • 9

    kureng asam nye luth !!

    erk..amar…DDOOONNNTTT ! haha..

    menarik topik ni, saya mampu membaca..tak gheti pulak nak komen. hehe..

    eilanur on June 13th, 2008
  • 10

    Teringat slide yang Coach Amar tunjuk masa kursus KAMK-4 dulu, bagaimana media menyebarkan propagandanya yang mengandungi subliminal messege dalam iklan yang ditayangkan. Iklan yang pada dasarnya nampak biasa rupa-rupanya mengandungi mesej yang tersembunyi. Propaganda yang menjurus kepada serangan minda separa sedar manusia di mana secara pandangan mata kasar kita tidak nampak apa-apa yang luar biasa tetapi tanpa kita sedari ia mempengaruhi minda separa sedar. Itu bahayanya subliminal messege tersebut.

    dagangputra on June 13th, 2008
  • 11

    Subliminal messege juga diserap dalam lagu-lagu. Alunan muzik yang pada dasarnya kita hanya dengar bunyi-bunyian rupa-rupanya telah disusun secara digital yang mengandungi mesej propganda yang tersembunyi.

    Telinga kita hanya mendengar muzik sahaja tetapi kuasa minda separa sedar kita mempunyai kebolehan mentafsir bunyi tersebut tanpa kita sedari. Akhirnya mempengaruhi minda sedar kita. Media elektronik pula memainkan peranannya menyebarkan subliminal messege kepada seluruh dunia.

    dagangputra on June 13th, 2008
  • 12

    […] media seperti yang saya pernah tulis dalam artikel di blog ini (KLIK DI SINI), akan menjadi semakin penting dan menjadi kekuatan dalam memenangi perlawanan. Orang yang kurang […]

  • 13

    pada pendapat u all, negara mane skarang nie merupakan negara yang boleh dilabelkan sebagai negara yang mempunyai kuasa besar di dunia?
    plz mailkan kt ded_85@yahoo.com.my

    i tgh wat research…huhuhuuh

    ArieLL on August 5th, 2008

 

RSS feed for comments on this post | TrackBack URI