Sukses.Kekayaan.Kemakmuran

Blog Amar Mahmood

June 18th, 2008 at 2:30 pm

MERAH- Warna pembakar semangatku!

Dahulu saya ada menulis artikel tentang warna Hijau. Tetapi selain warna hijau , warna MERAH juga adalah warna yang selalu menjadi pilihan saya. Tak percaya..? Cuba lihat warna blog ini .. :-)

Kenapa warna Merah? Haha… sebut warna merah pasti ramai yang teringatkan Pasukan ManUnited, Air Asia, Ferrari, .dan beberapa jenama yang berjaya banget dalam bidang perniagaan mereka. Tetapi saya memilih warna merah kerana banyak pekara lain.

Faktor pertama saya kerana warna hijau adalah warna yang sangat dominan dalam ruang aura dan elemen yang menyelubungi tubuh saya. Dalam school of feng shui (sekolah feng shui) , warna hijau yang disimbolkan sebagai simbol kayu (wood) perlu dibebaskan dengan menggunakan api (fire) yang menjadi simbol bagi warna merah. Maksudnya, jika seseorang mempunyai elemen hijau yang besar maka ia memerlukan elemen merah dalam diri atau pekara yang berkaitan dirinya untuk menjana potensi –hijau- yang ada dalam dirinya. Maka baru pusingan ke semua elemen yang ada pada dirinya akan berkitar dengan lebih sempurna dan lancar.

Jadi apa yang ada pada warna Merah?

Merah yang bersifat positif adalah warna lambang kejayaan/sukses, semangat, kecerdasan fizikal & material -kekayaan wang ringgit (jika rasa lemah badan, maka kena buat senaman sedikit supaya lebih warna merah pada aura tubuh), seksual, keinginan, kemenangan dan warna kemahuan.

Kerana itu, banyak syarikat-syarikat perniagaan memilih warna merah sebagai warna korporat mereka mengambarkan lambang yang dibawakan oleh warna merah-SUKSES & UNTUNG dalam perniagaan. Malahan banyak juga jenama-jenama yang mempunyai warna merah menjadi pemenang utama bidang yang mereka ceburi.

Tetapi, dalam kehidupan semua pekara adalah perlu keseimbangan atau kesederhana. Maka, jika terlebih merah, secara negatifnya ia melambangkan ego, marah, dengki, cemburu. Kerana itu satu Kumpulan Gabungan (Politik & NGOs) yang memprotes kenaikan minyak iaitu PROTES dan GERAMM (Gerakan Rakyat Anti Manipulasi Minyak) telah memilih warna MERAH sebagai warna pilihan yang akan dijadikan simbol protes mereka terhadap kerajaan tentang isu kenaikan minyak.

Dari sudut tubuh metafizik, warna merah diwakili dari Chakra Dasar atau chakra yang paling bawah sekali duduknya daripada tujuh chakra utama di dalam tubuh metafizik manusia.

Dari sudut kerjaya dan bidang perniagaan, merah diwakili bidang seperti hiburan, perniagaan makanan (restauran), minyak dan petrol, internet, dan yang berkaitan dengan elektrik.

Orang yang dominan dengan aura merah juga sangat realistik, bersemangat untuk mencapai sesuatu dalam kehidupan mereka dan selalunya agak agresif dari segi tindakan.

Tetapi saya memilih merah kerana saya menjadikan warna merah sebagai pasangan warna dominan asas aura saya iaitu hijau. Memakai warna merah seperti menjana (mengeluarkan) potensi diri saya ke tahap lebih besar. Seperti api (fire) yang membakar kayu (wood) untuk menghasilkan hasil-hasil bumi (earth). Maka, memakai warna merah menjana kemahuan saya, keinginan saya dan membakar semangat ingin sukses saya. Selain Batu cincin Zamrut (Emerald) dan batu Jade yang menjadi pilihan saya (kerana warna hijau) batu permata seperti Ruby dan Delima juga adalah salah satu batu cincin yang saya suka pakai (ini kena tanya Master Kasyfullah-Pakar Batu Permata).

Kalau saya rasa kurang nafsu untuk makan, maka saya pergi KFC keran warna merah yang banyak dalam premis mereka akan menjana NAFSU untuk makan. (Tips siapa yang nak buka kedai makan).

Kerana itu, saya mempunyai satu BUTIK Mayfirst Gold di Bandar Melaka kerana warna korporatnya juga hijau dan merah (haha..secara kebetulan). Bila rasa badan macam lemah atau kurang semangat maka saya akan pakai baju warna merah, supaya meningkat sedikit semangat diri. TAPI jangan sampai jumpa lembu mexico tu…mampus kena sondol ..haha. (merah buat Mak Nyah marah je :-) )

AMAR MAHMOOD

PS: Apa lagi warna merah ye…? Oh..jangan lupa “Pelancaran Buku Oleh Master Hazil” dengarnya tema MERAH?

7
  • 1

    baju superman - biru merah. hahaha…

    eilanur on June 18th, 2008
  • 2

    Assalamualaikum…

    “MERAH - Aura Membara” itu tema untuk Majlis Pelancaran Buku AURA PENYEMBUHAN REIKI & Majlis Graduasi Program Juruterapi Bio-energi MIR. Ayuh semua BARAkan majlis tersebut (jangan cat badan dengan warna merah cukup!! Haha..)

    MERAH untuk Buku Aura Penyembuhan Reiki
    PUTIH untuk Buku Personaliti Warna

    Putih itu warna FITRAH… Saya persembahkannya sebagai wadah untuk memulakan BICARA ILMU PERIHAL WARNA PERSONALITI MANUSIA di dalam buku Personaliti Warna.

    Buat yang nak MENCARI WARNA PERIBADI & PERSONALITI DIRI.. dapatkan buku ini kelak (InsyaAllah pada 14hb Julai, 2008 bersamaan 11 REJAB, 1429). Ketahui RAHSIA WARNA, Warna DIRI, Sikap & kecenderungan diri terhadap warna pilihan, Sikap Sosial, Perhubungan, Intimasi (intimacy), kewangan, kesihatan, pertumbuhan dan sebagainya dari BUKU INI. Ada set ujian mudah untuk MENGENALI WARNA DIRI..(tak perlu buat foto aura). BONGKAR RAHSIA DIRI.. Kenali POTENSI DIRI.. dan NIKMATI KEKAYAAN yang sedia ada pada diri.

    MASIH SANGSI??!! Hadir saje ke KA-MK 28 JUN atau 26 JULAI kelak.. RAHSIA LOC, LOA, Hukum Keseimbangan, AURA, CHAKRA, MINDA, NLP, RESQ56 dan sebagainya!!

    PROTES dan GERAMM memang telah dijangkakan… Apapun HASILNYA.. KESANNYA KINI yang MEMBAHANG!! Ayuh, cari PENAWAR dari dalam DIRI.. HARUS BONGKAR RAHSIA “KUASA AURA-MAGNET KEKAYAAN” untuk menjadi SOLUSI abadi.

    Minyak naik ke..barang naik ke.. KEKAYAAN MASIH TERJANA dengan sendirinya. ANDA BERANI???!!

    Salam Aura KEKAYAAN buat semua…

    Master G

    Master G on June 19th, 2008
  • 3

    cayalah amar,warna merah tu sempoi,yg mana ada masaalah dgn darah cuba pakai spenda merah atau batu delima cabai,pasti ada sesuatu yang menarik,hayatilah anugerah dari yg maha esa.

    master aura 99 on June 19th, 2008
  • 4

    haha..kelakar lah paklah nih..

    eilanur on June 20th, 2008
  • 5

    Haha..salam Aura Kejayaan. Biar merah menyala…seperti mengelegaknya semangat keinginan dan kemahuan.

    Buat Master Hazil…merah & putih. PASTI jadi rebutan di pasaran buku. Harap, dimajlis pelancaran nanti terdapat buku2 tersebut. boleh jadi buah tangan untuk kami.
    Artikel ini memang untuk “menjolok” buku kedua Master itu di keluarkan..:)

    Ima..macam mana dengan baju merah? Siap tak?..tak pun baju superman dan spiderman banyak gak kat luar tu. :)

    Pak lah..tak turun KL ke nanti???

    Amar Mahmood on June 20th, 2008
  • 6

    Pak lah mesti turun..untuk gamatkan suasana..dia dah tempah baju dah tu..

    hehe..tunggu baju merah dari butik amar..mana tak mai2 lagi ni. hehe..

    eilanur on June 20th, 2008
  • 7

    salam kedamaian,bertemu kembali.baju tempah dah.mesti gempaq punya mlm tu.cuma dok tgh pikiaq nak jait tak sayap d belakang ni.la ni baru dpt stok baru batu permata dari saplayar dari burma.dok tgh ligat jumpa mak mak datin yg berminat.dah jual pendan zamrud burma,cantik.sapa nak tgk mai awaL pd 28 ni.mai rasa energy puluhan ribu seketuL batu.jumpa d sana

    master aura 99 on June 22nd, 2008

 

RSS feed for comments on this post | TrackBack URI