Dalam kita ingin mencapai kejayaan dalam kehidupan, ada tiga pekara penting yang WAJIB kita lakukan supaya mudah dan lancar perjalanan kita mencapai matlamat dan tujuan yang kita tetapkan.
Tiga pekara tersebut adalah ILMU, IMAN dan AMAL.
ILMU adalah penyuluh dan menunjuk kepada sesuatu pekara atau matlamat yang kita ingin capai. Mencari dan mendapatkan ILMU adalah satu pekara yang mesti kita dahului supaya kita faham dan mengerti apakah yang kita cari dalam kehidupan. Katakan kita ingin mencapai matlamat kebebasan kewang, maka ILMU bagaimana ingin mencapainya dan mendapatkan kekayaan itu WAJIB kita pelajari. Nanti dengan ILMU yang ada, barulah mudah kita mencapai dan mendapatkan kejayaan tersebut.
Pekara keduanya adalah IMAN. Saya pernah terangkan maksud IMAN yang mudah kita fahami. IMAN di sini adalah bermaksud YAKIN dan PERCAYA dengan ILMU yang kita pelajari. Tanpa ILMU maka tiadalah IMAN. Dalam rukun IMAN, terdapat PERCAYA pada MALAIKAT. Maka, kita wajib mendapatkan ilmu untuk mengenali dan mengetahui apakah itu MALAIKAT. Tanpa ilmu, IMAN yang ada tidak kukuh dan sangat rapuh. Contohnya dalam aspek kekayaan. Jika kita ingin mendapatkan kekayaan, kita perlu ada ILMU untuk menjadi kaya. Baru ada KEYAKINAN dan KEPERCAYAAN yang betul tentang KEKAYAAN. Tanpa ilmu mungkinKEYAKINAN dan KEPERCAYAAN kita untuk menjadi kaya adalah sangat rendah.
Akhir sekali baru datang AMAL. Ada ILMU baru datang IMANnya. Jika ada IMANnya, maka KUAT AMAL dan KUKUH perjalanan AMALnya.
Setengah orang banyak ILMU tapi kurang amalannya (maka ia masih gagal). Ada orang pula kurang ILMU tapi kuat amalnya (mungkin penat dan kurang impaknya). Maka , penghubung antara duanya adalah IMAN (YAKIN DAN PERCAYA). Dengan adanya ILMU maka datang IMAN dan Kuat AMALANnya.
Maka yang dahulu kita dahulukan dan yang kemudian kita kemudiankan. Kerana itu semenjak kecil kita telah disuntik dan disirami dengan ILMU dan pengetahuan. Ini supaya KEPERCAYAAN dan KEYAKINAN yang tumbuh di dalam diri kita akan MEMBUAHkan AMALAN yang cantik dan molek di sisi ALLAH SWT.
AMAR MAHMOOD
sukses.kaya.makmur
amar_sukses@yahoo.com


ILMU ITU PENYULUH HATI
IMAN ITU PENERANG HATI
AMAL ITU CAHAYA HATI…..
DAH BOLEH LAH INTAI INTAI KE
BLOG SAYA YA..MASTER AMAR..
JUMPA KITA ESOK BERSAMA GELOMBANG
MERAH YANG POSITIF…….
Terima kasih dengan keindahan bait-bait di atas. Memang berbakat besar Master Linda dalam hal-hal begini
Insha Allah, esok AURA merah membara memancarkan energi semangat, kemahuan dan kejayaan buat kita semua!