Sukses.Kekayaan.Kemakmuran

Blog Amar Mahmood

June 30th, 2008 at 11:00 pm

KAMK & Pelancaran Buku “Aura Penyembuhan Reiki”

Sabtu lepas; selesai satu lagi sesi WORKSHOP KAMK. Sasaran menjadikan workshop tersebut hanya sehari sahaja (sebelumnya dua hari) dengan tujuan untuk memudahkan peserta dari jauh menyertai workshop tersebut di samping mengurangkan “cost” peserta sudah mula memberikan hasil. Beberapa peserta dari jauh seperti dari Ipoh, Kuantan dan Kota Baharu Kelantan yang hadir menyertai workshop tersebut juga mengambarkan Aura KAMK mula menjejaki hampir sebahagian besar tanahair kita.

Walaupun sebelum ini sudah ada peserta dari Sabah, Kedah, Pulau Pinang, Terengganu dan Melaka yang menyertai workshop ini, TETAPI dengan menjadikan jadual KAMK sehari , sudah pasti akan mampu memberi peluang kepada lebih ramai peserta yang jauh untuk hadir menyertai worksop tersebut. Di samping itu juga, sudah ada tawaran dan jemputan untuk membawa perkongsian KAMK ini ke negeri-negeri yang lain pula..InshaAllah.

Melihat kepada perjalanan workshop KAMK ini berkembang, saya cukup OPTIMIS dengan masa depannya. PASTI dengan kekuatan yang kami tawarkan pada workshop ini akan memberikan manfaat kepada mereka yang berminat untuk mendalami apakah itu RAHSIA kehebatan POTENSI MANUSIA. Sudah pasti, menawarkan program sebegini pada “pasaran bebas” dan individu (maksudnya bukan kepada korporat dan sektor kerajaan) menuntut satu JENAMA dan KREDIBILITI yang besar untuk berkembang. Jika tidak, pasti ia agak sukar untuk dapat menarik perhatian masyarakat luar nanti.

KEYAKINAN ini tambah kuat apabila bertemu dan bersua kembali ramai Alumni KAMK yang berkongsi pelbagai cerita-cerita menarik, kegembiraan dan peristiwa-peristiwa hebat yang berlaku dengan izin Allah selepas menyertai workshop tersebut. Sebagai seorang jurulatih workshop tersebut, ia telah memberi kepuasan dan kegembiraan buat saya dan juga Master Hazil.

Semasa workshop tersebut berjalan sabtu lepas, saya sempat berbincang panjang dengan Master Hazil mengenai halatuju dan perancang ringkas harapan dan impian kami tentang KAMK. Walaupun kami jarang bertemu, tetapi banyak pekara dari segi pandangan dan pemikiran kami yang hampir sama dan senada. Maka, sabtu lepas telah menjadi satu lagi fasa baru dalam penjenamaaan dan pengukuhan jenama KAMK kepada masyarakat malaysia.

Pelancaran Buku “AURA PENYEMBUHAN REIKI” iaitu buku PERTAMA dari Master Hazil yang telah dibuat di Hotel Bluewave Shah Alam bersamaan dengan Malam Graduasi untuk Juruterapi Reiki dai IQBC sudah tentu menjadi satu lagi ARAS baru bagi bidang ini. Pelancaran buku ini telah dirasmikan oleh EN. JAAFAR LASSA, Ketua Cawangan Dasar & Pelembagaan Bahagian Perubatan Tradisional & Komplementari, KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA merangkap wakil kepada PENGARAH BPTK: Dr Ramli Abd Ghani.

pelancaran buku
Bersama Orang kuat PTS Millennia- Tuan Fauzul Na’im (AkademiPenulis.Com), Master Hazil dan Ustaz Gunawan.

AURA MERAH MEMBARA yang menjadi TEMA pada malam tersebut telah menjadikan suasana malam pelancaran itu penuh dengan energi SEMANGAT, HARAPAN dan KEJAYAAN. Bagi yang sudah banyak AURA MERAH seperti Master Kaysfullah a.k.a PAK LAH, pasti akan membuatkan ia “meloncat-loncat” untuk menyemarakkan suasana malam tersebut . (sorry pak lah..ya ampun :) )

Saya TUMPANG gembira. Kehadiran buku ini akan menyerikan lagi workshop KAMK yang akan datang. Apatah lagi minggu hadapan satu lagi buku Master Hazil akan dilancarkan-AURA PERSONALITI WARNA. Semuanya sudah semakin kuat. Maka, apabila buku yang SEDANG saya tulis bersama dengan Master Hazil nanti siap (harap sebelum pESTA BUKU tahun hadapan), ia pasti akan menjadi pelengkap kepada workshop KAMK pada masa yang akan datang.

Di bawah ini adalah kata-kata penghargaan saya untuk buku AURA PENYEMBUHAN REIKI. Saya tidak mahu mengulas panjang. Lebih baik anda baca dan nilai sendiri perkongsian yang Master Hazil terjemahkan di dalam buku tersebut.

Hadirnya buku daripada Master Hazil ini tepat pada masanya kerana ‘gelombang’ penyembuhan terapi energi ini semakin kuat berkumandang di negara kita. Dengan keterangan yang mudah, gambar-gambar yang tepat serta pengalaman yang dikongsikan adalah berdasarkan apa yang beliau ‘rasa’ sepanjang perjalanan beliau memperjuangkan ilmu ini di Malaysia. Justeru, beliau adalah orang yang layak untuk berbicara dan mempersembahkan apa itu Reiki sebenarnya. Buku ini menjadikan kita mudah mengenali dan memahami apa itu REI dan apa itu KI. Bukannya sekadar mendengar daripada orang yang tidak faham apa itu terapi energi. Buku ini adalah manual yang wajib dibaca oleh mereka yang sudah mendalami Reiki ataupun berminat mahu mendalami Reiki kerana ia adalah satu catatan yang ikhlas dan jujur dari sudut pandang dan budaya anak Malaysia sendiri. Bagi mereka yang belum memahami apa itu ilmu bioenergy dan ilmu penyembuhan tenaga alam, buku ini menyediakan jawapan dan penerangan tepat dari sumber yang berpengalaman. Nasihat saya buat semua, JANGAN BELAJAR REIKI SEBELUM ANDA MEMBACA BUKU INI!

Cinta dan Kemakmuran.

AMAR MAHMOOD
www.amarmahmood.com
Penulis “Rahsia Minda Jutawan” & Tarik Kekayaan dengan KUASA MINDA”
Mind Power Coach & Speaker
Reiki Master

Sekian.
AMAR MAHMOOD

PS: Tahniah buat semua graduasi MIR pada malam tersebut. Moga apa yang anda perolehi akan membantu ramai individu di luar. Seperti yang saya sebut kepada Ima malam itu….use it with LOVE!

6
  • 1

    Tahniah buat Master Hazil dan Master Amar atas pelancara buku tersebut. Saya cadangkan supaya diterbitkan satu buku bertajuk “Kuasa Aura Magnet Kekayaan” sebagai kesinambungan dari seminar KAMK yang berjaya menarik perhatian ramai. Saya percaya apabila buku tersebut menjadi bestseller secara tidak langsung akan menarik lebih ramai lagi menyertai seminar KAMK akan datang.

    dagangputra on July 1st, 2008
  • 2

    Salam

    Ust.Gunawan pun ada ke….Reiki Master from Putra Jaya, wah hebat Majlis malam tu..

    Ab Riza on July 1st, 2008
  • 3

    Salam Amar..

    Thanks for the posting!! Menarik & tepat!!

    Rasa syukur yang tak terhingga dengan perkembangan ini. Terbukti sudah.. Salakkan KITA BERISI.. bukan tong kosong yang bingit. GEMA KAMK pasti akan menggegarkan!! bahkan.. ia juga suatu mesej buat semua motivator-motivator di tanahair… FENOMENA BARU!! Bidang ENERGI PSIKOLOGI yang berorentasikan PENYEMBUHAN DIRI & PERKEMBANGAN DIRI, yang disampaikan oleh PENGAMAL dalam workshop MOTIVASI; PASTINYA MEMBAWA 100% KELAINAN & PERSONALITI YANG TERSENDIRI.
    Teruskan ISTIQAMAH… kita pasti membongkar KEKAYAAN tersebut…

    Salam Kedamaian…
    Master G

    Master G on July 1st, 2008
  • 4

    Ustaz Gunawan ni Pengarah Bahagian Penyelidikan & Penyelarasan, Jabatan Wakaf & Haji (Putrajaya) kan ?? Macam pernah ku lihat …. tapi di mana ya ?

    dagangputra on July 1st, 2008
  • 5

    Insha Allah, takat ini tajuk buku sinergi saya dengan Master Hazil berkisar dalam tema workshop KAMK. Dan ia BAKAL jadi bahan manual utk workshop kami akan datang. Terima kasih atas saranan saudara Dagang Putra. Dan terima kasih kerna hadir sama pada malam tersebut.

    Tentang ustaz Gunawan, ini Ab Riza kena tanya Master Hazil. Saya hanya sempat bertukar-tukar fikiran sahaja.

    Buat Master G..Tahniah. Insya Allah. Energi KAMK sebenarnya LUAR BIASA. Ia bakal berdiri dengan GAH. mungkin saaat ini ia masih merangkak dan cuba belajar berdiri. Tetapi, saya bagaimana ia bakal membesar dengan cemerlang. ISTIQAMAH adalah kunci kejayaan.

    Amar Mahmood on July 1st, 2008
  • 6

    loncatan mlm tu adalah loncatan anjakan paradigma utk reiki d utara.yes yes yes . . . . .

    Aura9 on July 6th, 2008

 

RSS feed for comments on this post | TrackBack URI