ARTIKEL SATU :
SALAM KEMAKMURAN BUAT SEMUA- Artikel 03/07/2007- 3:29 am
Alhamdullilah….syukur kepada ALLAH SWT kerana dengan izinNya saya dapat memulakan penulisan di sini. Ribuan terima kasih buat Sukeri.com kerana telah membantu saya dalam menyiapkan blog ini.
Buat pengetahuan anda, ini adalah blog saya yang pertama maka sudah tentu anda akan dapat melihat beberapa perubahan yang akan dilakukan pada blog ini pada masa yang terdekat. Bak kata orang tua-tua, masih dalam peringkat “trial and error”.
Apa pun, yang penting blog ini akan saya gunakaan dengan sebaiknya untuk berkongsi pengetahuan dengan anda dan akan menjadi “platform” untuk saya menyampaikan pengetahuaan terutamanya yang berkaitan tentang PSIKOLOGI SUKSES dan PEMBANGUNAN DIRI dengan menggunakan KEKUATAN atau SAINS MINDA sebagai alat untuk MENGUBAH DIRI.
Mungkin terdapat beberapa blog yang telah mendahului saya dalam memperkatakan tentang sains minda mahupun kuasa minda, tetapi percayalah pengetahuaan ini sebenarnya sangat luas dan tidak akan habis rahsianya walaupun telah melalui pelbagai tahap pembangunan melalui kelompok golongan yang telah menulis tentang kehebatan pengetahuaan ini.
Di samping itu, selain dari menggunakan KEKUATAN MINDA (MindPower), saya juga akan mengisi dan menggunakan pendekatan PSIKOLOGI ENERGI (energy psychology), KUASA EMOSI dan SPIRITUAL dalam perjalanan kita ingin mencapai kejayaan atau apa sahaja yang kita inginkan dari segi kesihatan, kekayaan, kegembiraan mahupun kemakmuran.
Menjadi VISI BLOG ini untuk “mengubah persepsi dan membuka minda masyarakat kita tentang erti kejayaan, kekayaan dan kemakmuran“. Di samping itu, blog ini akan memperkukuhkan lagi penggunaan dan pengetahuaan tentang kekuatan minda kepada masyarakat Malaysia, di samping membawa anda untuk mengenali kemampuan diri manusia yang tak terbatas sesuai dengan diri kita sebagai mahkluk kejadiaan Allah yang terbaik.
Di samping itu, saya akan memperkenalkan beberapa lagi RAHSIA KEHEBATAN yang ada pada diri manusia iaitu kuasa emosi dan kerohanian (spiritual) sebagai kekuatan kita menempuh perjalanan kehidupan setiap hari.Harapan saya, moga blog ini dapat memberi manfaat yang tak terbatas buat semua.
SALAM PERKENALAN BUAT SEMUA……
“Man is what he believes…” – Anton Chekhov (1860-1904)
ARTIKEL DUA:
HARI INI LEBIH BAIK DARI SEMALAM……..Artikel 04/07/2007- 10:25 am
“Personal development”, “self help”, “personal transformation” atau dalam bahasa melayunya kita biasa panggil bidang ini sebagai PEMBANGUNAN DIRI, bidang yang kadang kala juga dipanggil motivasi diri, psikologi manusia, pembangunan manusia, dan pelbagai lagi sebutan atau perkataan yang menggambarkan “perubahan seseorang individu secara positif atau berkembang menuju ke arah kebaikan”.
Pelbagai konsep atau pendekatan baik secara konvensional iaitu melalui perkataan-perkataan yang membakar semangat untuk berubah atau penceritaan kisah-kisah kejayaan meraka yang telah berjaya di dalam kehidupan. Dan kini kita dihidangkan pula dengan pelbagai lagi teknologi dalam bidang ini selari dengan membangunan pengetahuaan manusia di zaman teknologi pengetahuaan, anda pasti terkejut denan pelbagai teknik-teknik pembangunan diri yang sangat kedepan dan menjanjikan perubahan diri dengan lebih cepat dan berkesan. Anda pasti pernah membaca tentang Neuro-Linguistic Programming (NLP), Hipnoterapi (Hipnosis), Subliminal Teknologi (melalui Tape, CD dan software), ESP, Brainwave Teknologi, Psikologi Energi dan lain-lain lagi.
Sebenarnya TIDAK TIMBUL SOAL MANA YANG LEBIH BAIK ATAU LEBIH HEBAT, bergantung kepada individu tersebut untuk memilih manakah pendekatan yang sesuai atau mudah diterima pakai pada individu tersebut. Mungkin ada yang suka untuk mendengar pendekatan speaker-speaker motivasi yang akan mudah meresap dan merubah seseorang individu, ada yang suka membaca cerita-cerita hebat dari pemimpin, lagenda dunia dan sebagainya. Atau ada yang lebih suka menggunakan pendekatan seorang kaunselor atau mungkin terapi sebagai mentor atau pembantu untuk meraka berubah.
Sebagai seorang individu yang telah terlibat dalam bidang ini, saya berpegang pada falsafah “HARI INI LEBIH BAIK DARI SEMALAM DAN ESOK LEBIH BAIK DARI HARI INI”. Anda boleh memilih apa cara pun tetapi yang paling penting anda mesti berubah kearah positif setiap hari. Malahan, Islam sendiri menuntut pengikutnya supaya sentiasa berubah menuju ke arah kebaikan.
Wallace Wattles dalam buku beliau “The Science of Being Great” berkata;
“Kesedaran untuk berubah dan berkembang tidak diberikan kepada haiwan. Ia hanya ada pada manusia sahaja dan boleh dibangunkan oleh manusia itu sendiri. Haiwan hanya boleh berubah atau berkembang dengan bantuan manusia sendiri. Tetapi manusia boleh berubah dan membangun dengan diri sendiri. Manusia sendiri mempunyai kuasa tersebut yang tak terbatas.
Matlamat kehidupan manusia adalah berubah (berkembang), seperti juga tujuan kehidupan tumbuh-tumbuhan dan pokok. Tumbuhan dan pokok berkembang secara automatik dan mengikut ukuran tetapnya. Manusia berkembang mengikut kehendaknya.”
Jadi, kita wajib membuat perubahan dalam perjalanan hidup kita sejajar dengan FITRAH KITA sebagai seorang makhluk Allah SWT yang hebat.
Melalui blog ini, saya akan menggunakan pendekatan sains minda sebagai alat atau ‘tool” yang pada saya amat berkesan untuk membuat perubahan. Kerana minda adalah ibarat mesin yang menghasilkan diri anda (attitude). Bagaimana ‘mesin’ disetkan , begitu juga hasil atau produk yang akan keluar iaitu mengikut ‘setting’ yang telah dibuat oleh ‘tuan’ kepada mesin tersebut. Anda boleh menjadi tuan kepada mesin tersebut atau mesin itu akan di”tune”kan oleh tuan yang lain.
Cuma mesin yang akan anda hadapi setiap hari bukan lah sebarang mesin, ia adalah “MESIN HEBAT “YANG TELAH DICIPTA OLEH ALLAH SWT DENGAN KEMAMPUAN yang sangat luar biasa sehingga ke hari ini manusia masih gagal untuk mencipta sebarang ganti mesin ini.
Semoga kita mengenali diri kita dan dengan itu kita akan dapat membawa diri kita ke arah matlamat atau impian yang hendak kita tuju dengan jayanya.
Semoga ..ESOK ADALAH LEBIH BAIK DARI HARI INI…
Amar Mahmood
“ Mind, Emotion & Spiritual….The Path to Prosperity”
“Motivation alone is not enough. If you have an idiot and you motivate him, now you have a motivated idiot.” -Jim Rohn
“If you don’t like how things are, change it! You’re not a tree.”- Jim Rohn


hari 3-7-08 ini adalah JAUH lebih baik dari 3-7-07..