Sukses.Kekayaan.Kemakmuran

Blog Amar Mahmood

July 3rd, 2008 at 6:27 pm

“Energy healing” PERCUMA!

SEMPENA Setahun Ulangtahun Blog ini, saya MENAWARKAN sesiapa yang berminat untuk menerima “ENERGY HEALING” SPECIAL secara GRATIS untuk isu-isu kejayaan, kekayaan atau kemakmuran. “Healing” yang saya lakukan adalah dalam bentuk “distant healing” atau “jarak jauh” di mana ia adalah salah satu method terapi energi yang akan merawat “tubuh metafizik” atau “medan energi” seseorang individu.

Kerana saya memberi tumpuan dalam bidang “personal growth” dan motivasi. Maka, saya hanya memberikan “energy healing” untuk orang-orang yang tertentu, kelompok-kelompok yang rapat, peserta kursus saya dan hanya “mereka yang memohon konsultasi” secara terus dengan saya. Bagaimanapun, memenuhi tuntutan RUKUN atau HUKUM PENARIKAN atau “Law of attraction” untuk BLOG ini, saya dengan GEMBIRA dan SENANG HATI untuk menghantar energi penyembuhan kepada mereka yang berminat. TETAPI TERHAD kepada hanya sembilan (9) individu sahaja. Maksudnya siapa cepat dia dapat.

Mulai sekarang, sesiapa yang berminat sila email terus ke : amar_sukses@yahoo.com dengan title : FREE ENERGY HEALING . Sila sertakan :-

Nama Penuh, Tarikh Lahir, Tempat tinggal dan satu impian @ matlamatyang anda sangat inginkan manifestasikan sebelum hujung tahun 2008 ini. (kalau boleh biar rasional).

MAAF..saya hanya menerima HANYA SEMBILAN yang pertama.

Healing yang akan saya lakukan adalah melalui terapi penyembuhan energi seperti REIKI. Saya akan menggunakan beberapa sistem REIKI untuk “chakra healing”, “aura cleansing”, “meridian cleansing”, “energize” kan matlamat@impian anda dan selebihnya saya serahkan pada Allah swt.

Bagi yang berjaya dalam kelompok sembilan yang pertama, saya akan membalas email anda dengan keterangan yang lebih khusus.

Moga energi kemakmuran terus mengalir buat semua.

cinta & kemakmuran
AMAR MAHMOOD
Reiki Master

2
  • 1

    Bercakap mengenai ‘energize’-saya percaya sesuatu impian tidak akan berjalan tanpa momentum bagi menggerakkan ia agar menjadi realiti. Mohon master Amar memberi 1 tip bagaimana menggerakkan impian?

    Bb Wilmi on July 4th, 2008
  • 2

    Terima kasih Bb Wilmi. Sebenarnya terdapat banyak cara untuk memberi momentum kepada impian atau matlamat kita. Cara paling mudah adalah dengan membuat teknik visualisasi.

    Teknik ini mudah dan memberi “daya” atau “energi” kepada impian yang kita inginkan. Ini kerana, apa bila kita mula bervisualisasi, energi atau tenaga fikiran (mindpower) atau kuasa fokus yang kita buat akan mula bergerak menolak impian atau cita-cita kita. Pepatah mengatakan “energy flow where your mind goes”.

    Atau cara paling kerap orang buat tetapi tak sedar dia sedang me “energize”kan impian adalah dengan BERDOA. Berdoa adalah satu cara kita menolak impian kita untuk menjadi realiti. tetapi ramai orang selalu berubah-ubah doanya.

    Bagi seorang pengamal energi, terdapat lebih banyak cara dan kaedah terapi energi yang abaik untuk digunakan.

    Satu lagi…terima kasih pada semua yang telah menghantar email untuk program “energy healing” special. InshaAllah, saya akan membalas email tersebut sehari dua ini.
    Salam sukses dan makmur buat semua :)

    Amar Mahmood on July 4th, 2008

 

RSS feed for comments on this post | TrackBack URI