Sukses.Kekayaan.Kemakmuran

Blog Amar Mahmood

July 6th, 2008 at 2:10 pm

ENERGIZE-kan IMPIAN anda!

Manusia yang tidak BERENERGI atau tidak bertenaga, akan lemah, tidak BERMAYA, jadi MALAS, LEMBAB dan  KURANG PEGERAKANNYA. Mukanya akan nampak pucat, letih, malahan ada yang lebih teruk nampak kusut masai.

Rumah yang “tidak bertenaga” selalunya nampak SURAM, MERIMASKAN (rasa macam kurang oksigen-sesak nafas), SEPI, malahan ada rumah yang akan kelihatan  MENAKUTKAN. Rumah yang tidak bertenaga atau tidak energinya selalu kurang pergerakan dan tiada suasana ceria di dalam rumah tersebut. Bagai orang lama atau orang-orang tua, RUMAH tersebut selalunya dipanggil rumah yang  TAK ADA ROH atau JIWA. 

Begitu juga bagi premis atau kedai perniagaan yang tidak bertenaga atau berenergi yang juga selalunya kurang pelanggan, kosong dan tidak ada “ROH” kejayaan di dalamnya. Kekosongan kedai tersebut akan memuramkan dan menyedihkan tuan punya kedai tersebut. Pelanggan yang lalu atau yang singgah di kedai tersebut juga akan RASA kosong dan tidak gembira untuk membeli atau membuat urusan di kedai tersebut.

Tiga contoh di atas adalah penjelasan mudah yang dapat menunjukkan bagaimana energi atau tenaga sangat penting untuk berada di dalam sesuatu objek mahupun disekeliling objek tersebut. Baik objek tersebut satu objek fizikal mahupun objek yang metafizik (yang tidak nampak).

Begitu juga dengan IMPIAN atau sesuatu MATLAMAT yang berada di dalam minda atau diri seseorang individu. Ia perlu ada ENERGI dan BERTENAGA untuk bergerak , berkembang dan menjadi realiti.

IMPIAN atau MATLAMAT yang tidak berenergi atau bertenaga selalunya IMPIAN yang “kering”, “pudar”, “mati” dan tidak berkembang secara positif kearah manifestasi. IMPIAN ini biasanya KOSONG dan tidak ada ROH mahupun JIWA. Orang yang mempunyai IMPiAN atau CITA-CITA yang suram memang tidak PUNYA SEMANGAT, KEINGINAN YANG MEMBARA, FOKUS dan KEYAKINAN yang impian atau matlamat mereka akan tercapai. Kerana itu IMPIAN mereka terus pudar dan lemah tanpa TENAGA yang akan mengerakkannya.

Teori Einstain dalam sains fizik mengatakan, sesuatu pergerakan akan berlaku bila ada TENAGA atau DAYA KUASA yang menolak atau mengerakkanya.

Jadi, adakah anda selalu melihat dan meneliti IMPAIN anda atau MATLAMAT anda setiap hari? Lemahkah? SURAMkah? Ada ROHkah? Atau….KAKU dan SEPI?

Jadi…inilah penjelasan saya untuk soalan-soalan yang saya terima melalui email saya tentang “energize”kan MATLAMAT atau IMPIAN yang saya tulis dalam artikel di bawah.

Energi cinta dan energi kemakmuran dari…
AMAR MAHMOOD

8
  • 1

    bagi peserta KAMK, jgn lupa tap 3 impian yang anda tulis pada hari kursus dulu..

    energizekan impian anda !

    ( peringatan utk den tu.. hahaha… :P )

    eilanur on July 8th, 2008
  • 2

    Syukran jazila..

    An-Nur on July 8th, 2008
  • 3

    bagaimana kalau energi yang berlebihan ? mungkin saya terlebih energi cinta sekarang ni….:) Tgh pening kepala nak kasi balance love energy saya…sebelum perang dunia dalam rumah meletup…he he he

    dagangputra on July 14th, 2008
  • 4

    Kalau energy cinta berlebihan maka..kena kahwin dong..:)

    Oppps…kalau dah kahwin, mintak tolong isteri groundingkan..haha. macam mana nak groundingkan..?

    Itu kena tanya Master Kasyfullah . Tolong Pak Lah jawapkan …

    Amar Mahmood on July 14th, 2008
  • 5

    hahahaah….

    :)

    aku redha..aku ikhlas..aku pasrah..

    hohoooo..

    ali on July 14th, 2008
  • 6

    aku redha…aku ikhlas…aku pasrah….AKU MAHU :)

    dagangputra on July 14th, 2008
  • 7

    dagangputra,

    tap for good !

    eilanur on July 14th, 2008
  • 8

    TQ cik ima….

    dagangputra on July 14th, 2008

 

RSS feed for comments on this post | TrackBack URI