Sukses.Kekayaan.Kemakmuran

Blog Amar Mahmood

July 9th, 2008 at 8:23 pm

Impian, Energi dan Propanganda

Salam Kemakmuran …

Moga semua berada dalam KELIMPAHAN dan KEMAKMURAN hendaknya. Apa khabar..? Dalam diam tak diam kita sudah melepasi setengah tahun pertama 2008. Kalau dalam suasana korporat dahulu (masa saya bekerja dengan syarikat lama saya), inilah masa syarikat memasuki frasa “2nd half Year’. Di mana pelbagai perancangan syarikat untuk hujung tahun di “review” dan dipastikan masih “relevant” dengan suasana perniagaan syarikat. Di samping itu, kerja-kerja menilai semula prestasi (performance) yang telah dicapai sepanjang 1st Half Year tersebut juga akan dilakukan. Selalunya, penilaian akan difokuskan pada matlamat yang telah ditetapkan dan adakah syarikat sedang menuju atau mengikut landasan atau plan yang telah digariskan.

Jadi ..bagaimana dengan anda? Adakah anda sedang meniti perjalanan yang menuju pada matlamat atau impian yang telah anda tetapkan pada awal tahun ? Atau anda memang masih terkapai-kapai mencari misi yang anda ingin tuju pada hujung tahun nanti. Kerana itu, dua artikel yang lepas saya menulis tentang “energizing” impian atau matlamat dan memberi tawaran “terapi energi” untuk mereka yang telah tersenarai.

Alhamdulillah, terima kasih pada yang telah menghantar email untuk “Energy Healing Special” yang telah saya tawarkan pada minggu lepas sempana ulantahun blog ini. Memang saya telah melakukan “healing” tersebut pada lewat malam hari Ahad lepas. Insha Allah, saya akan cuba memberi beberapa “healing” lagi pada impian anda itu nanti :) .

Sehari dua ini memang saya kurang aktif melayari internet mahupun mengemaskinikan blog. Suasana hujan setiap hari di Melaka dan sibuk dengan beberapa kondisi penting dalam urusan perniagaan menyebabkan saya dihinggapi deman selsema. Ini menyebabkan saya hanya banyak membaca buku dan membaca BERITA-BERITA PANAS yang bertebaran dalam suasana sosio dan politik Malaysia. Jadi sebagai seorang rakyat yang merdeka, kita perlu menilai dan membaca mainan “mind game” oleh “pemain-pemain” besar dalam politk Malaysia. Sudah pasti orang yang memegang tampuk kuasa punya KEKUATAN dan KEKUASAAN untuk menguasai dan mempertahankan diri dalam suasana begini berbanding orang yang tidak punya KUASA tersebut.

Peranan media seperti yang saya pernah tulis dalam artikel di blog ini (KLIK DI SINI), akan menjadi semakin penting dan menjadi kekuatan dalam memenangi perlawanan. Orang yang kurang maklumat akan mudah dimanipulasikan. Orang yang mempunyai maklumat akan dapat membuat pertimbangan. Dan bagi orang yang TERLEBIH maklumat..haha, boleh pening kepala :) .

Setengah media memang menyampaikan maklumat dan membuat lapuran. Ada media pula memanipulasikan maklumat dan “membuat” maklumat. Dan ada media pula menjadi tempat “mempertahankan” diri orang-orang yang memegang tampuk kuasa dalam media itu sendiri. Orang yang tidak mempunyai kekuatan tersebut akan lebih mudah teraniaya dan ditekan. Kerana itu, pembangunan dan kemajuan teknologi internet di zaman moden ini telah “menyusahkan” orang yang menguasai media tradisional sebelum ini. Malahan ada pemimpin yang menyatakan blog hanya menyusahkan dan menjadi tempat menyalurkan “sampah” maklumat. Saya tak tahu samada itu pendapat “jujur” pemimpin tersebut atau satu pendapat “dangkal” dari pemikiran yang mundur. Apabila kepenting sudah terjejas, pedapat sudah menjadi emosi dan bercelaru.

Bersama ini saya sertakan beberapa kenyataan yang saya sempat baca melalui internet yang berguna untuk kita renungi. Inilah KERAKUSAN PROPANGANDA yang telah melahirkan orang yang telah dikenang sehingga hari ini .


“The names Adolf Hitler and Joseph Stalin are synonymous with the word propaganda. In order to understand how Hitler and Stalin used propaganda, an understanding of what the word means, is required. According to Merriam-Webster, “propaganda is the spreading of ideas to further or damage a cause; also the ideas or allegations spread for a purpose”. Hitler and Stalin each used propaganda as their tool to further their ideas and help them gain the backing of the people in
their countries. The form of propaganda that Hitler used, and was successful in using, was his words.

Both men were skilled users of propaganda, each was amoral, and they both had the ambition to make their countries powerful in the world. Since each was a skilled user of propaganda, they could use their words to twist and manipulate the minds of people into believing that what they were saying was the absolute truth. Using this power, they would get people to do anything for them, which proves their amorality. Since their countries were still trying to recover from World War I, they desired to restore the power back in to their countries. These three reasons will prove that Hitler and Stalin were similar in many ways. “
Sumber : WikiAnswers

Salam Sukses banget!
Amar Mahmood

2
  • 1

    Salam

    Manafaatkan teknologi masa kini. Pelajari keperluan masa hadapan. Itulah minda kejayaan.

    ali on July 11th, 2008
  • 2

    Terima kasih buat saudara Ali..

    Amar Mahmood on July 11th, 2008

 

RSS feed for comments on this post | TrackBack URI