Sukses.Kekayaan.Kemakmuran

Blog Amar Mahmood

July 13th, 2008 at 2:22 am

HiPnOSis Di DaLaM UCaPaN

Bila bercakap tentang SAINS dan SENI ‘HIPNOSIS” ini, tentu ramai sudah terbayangkan seorang Penghipnosis yang sedang “menidurkan” atau ‘memukau” seorang yang lain untuk pelbagai tujuan. Mungkin, ada yang sudah terbayangkan mereka TELAH terpaksa menerima segala arahan atau “perintah” dari Si Penghipnosis tersebut.

Kerana itu, ramai yang selalu berfikir dan membayangkan betapa merbahayanya untuk berdepan dengan seorang yang tahu tentang ilmu menghipnosis ini. Malahan yang lebih parah, ramai yang takut untuk belajar tentang ilmu yang sebenarnya sangat hebat ini keran takut dikatakan belajar ilmu sihir.

Di Malaysia, hipnosis masih difikirkan sebagai satu kaedah kuno yang sesuai untuk tujuan yang tidak baik ataupun untuk perubatan alternatif yang terhad sahaja. Tetapi sebenarnya di Barat, kaedah ini telah dibangunkan untuk tujuan yang sangat pelbagai.

Pada awal perkembangan sains hipnosis ini, ia hanya banyak dititikberatkan di dalam bidang perubatan alternatif. Terutamanya melibatkan masalah-masah tabiat atau sikap buruk yang sukar diubah atau dihilangkan. Tetapi hari ini, kaedah sains hipnosis ini telah berkembang meluas sehingga digunakan dalam pelbagai bidang seperti perniagaan, pembangunan diri, penulisan, pendidikan dan sebagainya.

Bagaimanapun hari ini, saya hanya ingin memberitahu anda secara RINGKAS bagaimana sains ini telah digunakan secara positif terutamanya dalam kemahiran memberi UCAPAN (Public Speaking). Malahan di dalam bidang ini, seni hipnosis boleh digabungkan untuk memberi IMPAK yang sangat BESAR kepada si pengguna jika ia tahu baaimana untuk mengabungkannya.

Sila baca buku “Teori & Teknik UCAPAN berpengaruh” oleh Prof Abdullah Hassan dan Puan Ainon Mohd. Walapun buku ini menggunakan perkataan “berpengaruh” atau “persuasif” sebagai maksud menmujuk secara halus seseorang individu, tetapi ia sebenarnya sengat dekat dengan pengaruh elemen hipnosis yang diterangkan di sini.

Seorang yang BERPENGARUH boleh mempengaruhi seseorang yang lain dengan HANYA mendengar ucapan dari orang yang berpengaruh tersebut. Di dalam kaedah sains hipnosis, pengaruh adalah satu elemen penting yang perlu wujud pada diri orang yang akan menghipnosis seseorang individu nanti. Tak kira dari sudut mana datang nya pengaruh tersebut, baik dari pandangan mata, tonasi suara, gerak tubuh (bahasa tubuh), perkataan-perkataan yang digunakan atau sebagainya. Yang penting, elemen-elemen ini akan mempengaruhi dan memukau orang yang mendengar, melihat, menghayati dan “merasai” ucapan individu tersebut.

Kerana itu, terdapat satu keperluan yang sangat besar dan PENTING bagi sains ini diberikan terutamanya kepada pemimpin negara ataupun pemimpin organisasi, pelatih (trainer), guru-guru, penjual, ibubapa, sehinggakan kepada rakan-rakan kita sendiri.

Kenapa semua orang perlu belajar kaedah kuno ini..?

Ya…kerana setiap hari kita semua memang mahu mempengaruhi dan meminta seseorang individu yang lain mengikut ikehendak dan kemahuan kita.

AMAR MAHMOOD

 

RSS feed for comments on this post | TrackBack URI