Sukses.Kekayaan.Kemakmuran

Blog Amar Mahmood

July 19th, 2008 at 12:10 pm

“Ucapan Memukau” untuk Jurujual

Bolehkah “ucapan memukau” digunakan dalam membuat jualan atau digunakan oleh seseorang jurujual?

Jawapannya sudah tentu BOLEH.

Hari ini saya ingin mendedahkan kepada anda bahawa ramai orang tidak sedar yang membuat jualan atau kejayaan seseorang jurujual menjual produk atau perkhidmatan mereka BUKAN SAHAJA kerana PENGETAHUAN produk atau KEHEBATAN produk atau perkhidmatan yang mereka tawarkan atau mereka miliki itu. Tetapi sebenarnya terdapat beberapa faktor PENTING lain yang selalunya dilupakan atau diabaikan dalam meneliti dan melihat kejayaan seseorang jurujual itu sebagai satu “model”.

Bagi seorang pemimpin, pemidato dan pendebat, “ucapan memukau” akan dapat mempengaruhi atau menarik perhatian orang yang mendengar ucapan pemimpin atau pemidato tersebut. Apa yang mereka ‘arahkan” atau sebut selalunya mudah diterima atau dipercayai oleh seorang pemimpin yang mempunyai “ucapan yang memukau”itu. Inilah yang dikatakan  sebagai “persuasive power” atau dalam bidang hipnosis dipanggil “hypnotic talking”.

Begitu juga di dalam bidang jualan. Kemampuan seseorang jurujual menarik perhatian dan mempengaruhi pelanggan atau prospek mereka akan memberi kebarangkalian yang besar untuk mereka berjaya dalam membuat jualan tersebut. Penjual yang mempunyai ‘skill’ atau kemahiran menggunakan “ucapan memukau” atau dalam bahasa di bidang ini selalu dinamakan “closing power” secara tidak disedari telah menggunakan kaedah atau model “ucapan memukau” yang banyak digunakan oleh para pemidato atau pemimpin politik yang berkarisma dan berpengaruh.

Jurujual yang menguasai “skil” ini tidak bergantung pada kehebatan produk yang mereka tawarkan sahaja. Kerana itu terdapat pepatah yang selalu disebut seperti “seorang jurujual yang HEBAT, mampu menjual pasir walaupun kepada saudagar-saudagar arab”.

Di dalam kaedah “ucapan memukau” yang digunakan dalam membuat jualan, dua faktor penting yang perlu diterapkan adalah kemampuan “membina hubungan “ atau “create rapport” yang banyak dikupas dalam kelas NLP (Neuro Lingkustik Programming) dan kemampuan “to hold attention” atau menarik perhatian seseorang pelanggan yang banyak diajar di dalam kelas hipnosis.

Dua kemahiran ini; iaitu dari kelas NLP dan hipnosis jika digabungkan dan diterapkan dalam kemahiran seseorang jurujual PASTI akan meningkatkan kebarangkalian untuk jurujual tersebut berjaya dalam transaksi mereka kerana mereka boleh menggunakan dengan efektif lima (5) minit pertama untuk membina hubungan (dalam psikologi manusia, keyakinan dan kepercayaan seseorang adalah bagaimana seseorang individu menilai hubungan mereka) dan menarik perhatian pelanggan pada produk yang mereka tawarkan..

AMAR MAHMOOD

 

RSS feed for comments on this post | TrackBack URI