Sukses.Kekayaan.Kemakmuran

Blog Amar Mahmood

July 20th, 2008 at 5:29 pm

“Minda Gajah Sarkas’

Tersenyum saya membaca satu rencana wawancara dalam satu berita online hari ini. Tan Sri Muhammad Ali Hasyim  (CEO JCorp) membuat perumpamaan masalah orang melayu dalam perniagaan seperti “gajah sarkas”.

” Saya membawa contoh gajah dalam perumpamaan tersebut kerana kita semua tahu gajah adalah binatang yang hebat dari segi kekuatan dan saiz badannya.

Namun, sesuatu yang agak pelik kerana gajah sarkas yang diikat dengan rantai kecil tidak mahu merentap rantai itu untuk lari dan bebas seperti binatang lain.

Saya percaya ia berlaku kerana ketika ditangkap mula-mula dahulu, kaki gajah diikat dengan rantai besar dan cuba direntap berkali-kali, gajah tetap gagal melarikan diri dan akhirnya berputus asa. Apabila putus asa dan kemudiannya diberikan makanan dan minuman secukupnya, gajah berkenaan mudah rasa selesa dan tidak lagi ingin bebas.”

-Tan Sri Muhammad Ali Hasyim-

Inilah yang dipanggil HALANGAN MINDA (limiting belief) dalam bidang kajian sains minda yang banyak disentuh dalam blog ini. Ia menjawab persoalan kenapa ramai orang melayu ingin selesa bekerja dalam sektor kerajaan dan hanya mahu kerja “makan gaji” sahaja.Cuba anda bayangkan, dalam setahun berapa peratus kenaikan pendapatan yang didapati oleh pekerja di sektor awam dan pekerja “makan gaji”?. Dan berapa pula peratus keuntungan yang diperolehi oleh orang yang berniaga?.

Dalam masa “purchasing power” kaum lain semakin kukuh, “kuasa membeli” orang melayu tetap rendah dan lemah walau kita berbangga dengan kuasa politik yang dimiliki. Ia menjawap juga persoalan kenapa banyak perniagaan orang melayu kerap gagal. Kerana kuasa membeli yang ada pada tangan orang melayu sangat lemah.

AMAR MAHMOOD

Sila klik di sini untuk membaca rencana wawancara tersebut. 

 

RSS feed for comments on this post | TrackBack URI