“Ayah, tadi kawan di sekolah tanya, kalau Allah itu Maha Pemurah, apakah tanda-tandanya?” tanya Luqman.
“Ya, Allah memang maha pengasih. Ada banyak tanda-tandanya.”
Ada banyak?”….
“Tetapi ayah hanya akan menceritakan salah satu daripada tanda-tanda tersebut”. Ujur Si Ayah kerana dia tidak mahu memeningkan kepala si anak kecil ini.
“Tanda-tanda kebesaran Allah s.w.t sebagai yang Maha Pengasih ada disekeliling kita, asalkan seseorang itu MAHU BERFIKIR. Allah s.w.t berfirman bermaksud;
“….Sesungguhna yang demikian mengandungi satu tanda (yang membuktikan kekuasaan Allah) bagi kaum yang mahu berfikir.
(Al-Nahl-Ayat ke 11)
“Antara seketul emas dan seketul makanan, yang manakah lebih diperlukan oleh manusia?” tanya Si Ayah.
“Tentulah seketul makanan sebab makanan diperlukan untuk hidup dan untuk memberikan manusia tenaga. Sedangkan emas merupakan objek dagangan dan perhiasan kepada manusia”. Jawab Luqman pantas.
“Antara air dan makanan yang manakah lebih diperlukan oleh manusia?” . Si Ayah terus menguji Luqman.
“Tentulah air sebab manusia hanya boleh hidup dengan kira-kira tiga hari tanpa air. Tetapi manusia boleh hidup tanpa makan selama berminggu-minggu bahkan berbulan-bulan”. Terang Luqman berdasarkan pelajaran sains yang dipelajari di sekolahnya.
“Betul tu. Antara air dan makanan yang mana satu lebih mudah didapati dan murah harganya?” tanya ayahnya lagi. “Tentulah air sebab ada banyak sumber seperti perigi , mata air, sungai dan air hujan. Kalau makanan…emm, kita boleh dapatkan daripada pokok-pokok tetapi terpaksa mengambil masa untuk menunggu buah tersebut masak. Ujur Luqman lagi.
“Memang betul air lebih mudah didapati. Malahan di dalam keadaaan tertentu air diperoleh secara percuma. Berbanding makanan yang lebih mahal harganya dan perlu melalui proses yang lebih panjang untuk diperolehi.”
“Antara air dan udara yang manakah lebih penting kepada mansuia? Si Ayah terus menguji Luqman.
“Tentulah udara! Sebab tanpa udara mansia akan mati. Malahan udara boleh didapati secara PERCUMA”. Kata Luqman.
“Jika difikirkan tanda-tanda tersebut menunjukkan kepada kita bahawa Allah s.w.t itu Maha Pengasih. Semakin diperlukan semakin mudah dan murah. Manusia lebih memerlukan makanan berbanding emas. Maka makanan lebih mudah di dapati dan lebih murah berbanding emas.”
“Beritulah seterusnya Allah menjadikan sesuatu yang semakin diperlukan semakin mudah diperolehi dan semakin murah harganya, hatta sehingga ke tahap percuma! Demikianlah tanda-tanda petunjuk kepada MANUSIA YANG MAHU BERFIKIR.
Bahan ini diambil dari : Akhbar-SIASAH.


saya dah memiliki ke dua2 buku tulisan amar mahmood, saya lebih berminat nak pelajari tekni NLP & EFT , harap dapat bagi maklumat lagi ye… saya banyak jugak buat research tentang kuasa minda ini.. dan dalam satu hadis nabi jugak ada bersabda kepada seorang badwi yang ingin jadi kaya lalu nabi saw besabda” ..HENDAKLAH KAMU YAKIN!!..” SALAM..
Tentang EFT, sekarang saya hanya memberi tumpuan pada terapi energi RESQ56 iaitu satu terapi yang dikembangkan dari EFT juga. Dan RESQ56 ada dikupas dan ajar dalam kursus KAMK oleh foundernya iaitu Master Hazil di bantu oleh saya sendiri.
manakala, utk NLP…secara teknikalnya, saya tidak mempunyai kursus NLP lengkap sekarang ini. Dan jika saudara ingin mendalami sains NLP terdapat beberapa kursus yang ada ditawarkan di sekitar KL tetapi kadar kursusnya agak mahal iaitu sekitar RM5k ke atas.
Bagaimanapun, di dalam KAMK terdapat kupasan NLP yang telah di customize kan untuk aspek yang disentuh di dalam kursus tersebut.
zakwan..join lah KAMK..belajar teknik RESQ56.. best tau !!