Bercakap tentang sains minda dan kekuatan minda, ia TIDAK SEPATUTNYA kita hanya bercakap tentang “KUASA” yang dimiliki oleh minda tersebut. Ia ibarat kita mengecilkan skop kemampuan atau “kebolehan” yang dimiliki oleh otak setiap manusia.
Di dalam skop “PEMBANGUNAN MINDA” yang kerap saya sentuh dalam kebanyakan kursus atau ceramah tentang kekuatan minda yang dikendalikan oleh saya…..penekanan tentang MINDA SEPARA SEDAR; iaitu salah satu dari “komponen” atau “inti” penting yang ada pada otak -mempunyai “tugas” sebagai penyimpan segala memori dan kepercayaan yang diterima sepanjang kehidupan seseorang individu. Dan apa yang ingin saya sentuh secara ringkas hari ini adalah “mentaliti” atau “kepercayaan” yang berbeza dimiliki oleh bangsa yang pernah dijajah dengan bangsa yang menjajah.
(ini adalah persepsi dan pandangan saya sahaja..)
Jika kita lihat, kegagalan bangsa Malaysia dalam banyak aspek kehidupan untuk bersaing dengan bangsa luar adalah banyak dipengaruhi juga oleh sikap “mentaliti rendah diri” yang dimiliki oleh bangsa Malaysia itu sendiri. Baik dalam bidang ekonomi atau perniagaan, sukan, politik dan sebagainya, “mentaliti rendah diri” atau “rendah estim diri” banyak menolak bangsa Malaysia ke belakang berbanding dengan bangsa-bangsa yang lain.
Cuba anda rasakan sendiri perasaaan anda setiap kali anda berjumpa dengan bangsa-bangsa asing terutamanya dari sebelah Eropah atau kumpulan-kumpulan bangsa “mat saleh” yang banyak datang ke Malaysia sekarang ini. Saya percaya, ramai dari kita yang mempunyai perasaan “rendah diri” atau “malu untuk berkomunikasi” atau membuat hubungan sosial seperti mana kita bergaul dengan bangsa-bangsa yang lain (contohnya-Indonesia, Bangladesh, Myanmar dan lain-lainnya).
Dari pemerhatian dan kajian saya secara rambang, faktor seperti kesan sejarah negara kita yang pernah dijajah oleh bangsa asing yang menyebabkan secara TANPA SEDAR kita mempunyai rasa hormat (hormat yang negatif atau yang melampau) terhadap bangsa luar tersebut. Apatah lagi, mentaliti bangsa tersebut yang amat memandang rendah pada masyarakat luar terutamanya sebelah Asia sendiri.
Saya pernah bekerja dan bergaul rapat dengan bangsa Jepun. Mereka mempunyai mentaliti dan rasa keyakinan diri yang sangat tinggi walaupun negara mereka pernah diserang dengan bom atom. Tetapi kita harus faham bagaimana mereka juga adalah antara bangsa yang pernah menjajah negara yang lain. Faktor inilah memyebabkan mereka mempunyai mentaliti “tinggi diri” bila berdepan dengan bangsa-bangsa yang lain terutamanya bangsa dari negara yang pernah mereka jajah dahulu. Malahan, sangat sukar untuk saya mendengar mereka menuturkan bahasa selain bahasa ibunda mereka semasa saya melawat Jepun beberapa tahun yang lalu. Walaupun ketara “warna kulit dan bentuk muka” kita yang berbeza, mereka MASIH TETAP menuturkan bahasa mereka untuk menyapa kita di sana.
Selain itu,pernahkah anda berkomunikasi dengan pelancong-pelancong berbangsa Arab yang berduyun-duyun di Bukit Bintang atau pusat-pusat peranginan di seluruh malaysia? Tahukah anda bagaimana “ego” dan “tinggi diri”nya mereka apabila bercakap dengan kita? Dan tahukah anda kenapa mereka mempunyai sikap dan “gaya” sebegitu?
Sebenarnya begitu juga jika anda melihat pula bangsa seperti dari Jerman, Itali, Sepanyol, Belanda dan beberapa bangsa yang lain. Bagaimana bangganya mereka dengan JATI DIRI mereka (kesan dari sejarah yang dimiliki oleh bangsa mereka) dapat menunjukkan apakah MENTALITI ada pada mereka dan yang mereka miliki.
Kerana itu tidak hairanlah kita dalam bidang yang menunjukkan persaingan terutamanya dalam sukan dan ekonomi, bangsa-bangsa ini agak ke depan dan lebih cepat maju keran tahap “mentaliti” yang mereka ada pada diri mereka adalah sangat tinggi. Mereka mempunyai JATI DIRI dan IMEJ DIRI yang baik berdasarkan pada “KEPERCAYAAN” dan “MENTALITI DIRI” yang dimilki oleh mereka.
Jadi, apakah yang perlu kita lakukan untuk bersaing dengan mereka?
AMAR MAHMOOD


Kita jajah ameno.. hahaha