Pernikahan atau perkahwinan menyingkap tabir rahsia?
Isteri yang kamu nikahi tidaklah semulia Khadijah, tidaklah setaqwa Aisyah, pun tidaklah setabah Fatimah.
Justeru isterimu hanyalah wanita akhir zaman yang punya cita- cita menjadi solehah….Pernikahan atau perkahwinan mengajar kita kewajiban bersama.
Isteri menjadi tanah kamu langit penaungnya.
Isteri ladang tanaman kamu pemagarnya.
Isteri kiasan ternakan kamu gembalanya.
Isteri adalah murid kamu mursyidnya.
Isteri bagaikan anak kecil kamu tempat bermanjanya.Saat isteri menjadi madu kamu teguklah sepuasnya.
Seketika isteri menjadi racun kamulah penawar bisanya.
Seandainya isteri tulang yang bengkok berhatilah meluruskannya.Pernikahan atau perkahwinan menginsafkan kita perlunya iman dan taqwa.
Untuk belajar meniti sabar dan redha Allah s.w.t. kerana memiliki isteri yang tak sehebat mana.Justeru kamu akan tersentak dari alpa.
Kamu bukanlah Rasulullah s.a.w.
Pun bukanlah Sayyidina Ali Karamallahhuwajhah.
Cuma suami akhir zaman yang berusaha menjadi soleh… amin..!Untuk isteri…. renungkanlah. ….
Pernikahan atau perkahwinan membuka tabir rahsia?
Suami yang menikahi kamu tidaklah semulia Muhammad saw.
Tidaklah setaqwa Ibrahim. Pun tidak setabah Ayyub
Atau pun segagah Musa … apalagi setampan Yusuf.
Justeru suamimu hanyalah lelaki akhir zaman yang punya cita-cita membangunkan keturunan yang soleh..Pernikahan atau perkahwinan mengajar kita kewajiban bersama
Suami menjadi pelindung kamu penghuninya.
Suami adalah nahkoda kapal kamu pengemudinya.
Suami bagaikan pelakon yang nakal kamu adalah penonton kenakalannya.Saat suami menjadi raja kamu nikmati anggur singgahsananya.
Seketika suami menjadi bisa kamulah penawar ubatnya.
Seandainya suami bengis lagi lancang sabarlah memperingatkannya.Pernikahan ataupun perkahwinan mengajarkan kita perlunya iman dan taqwa. Untuk belajar meniti sabar dan redha Allah s.w.t. kerana memiliki suami yang tak segagah mana.
Justeru kamu akan tersentak dari alpa.
Kamu bukanlah Khadijah yang begitu sempurna dalam menjaga.
Pun bukanlah Hajar yang begitu setia dalam sengsara .
Cuma wanita akhir zaman yang berusaha menjadi solehah… amin!Justeru itu wahai para suami dan isteri,
Jangan menuntut terlalu tinggi seandainya diri sendiri jelas tidak berupaya.Mengapa mendambakan isteri sehebat Khadijah andai diri tidak semulia Rasulullah?
Mengapa mengharapkan suami setampan Yusof seandainya kasih tak setulus Zulaikha?Tidak perlu mencari isteri secantik Balqis andai diri tidak sehebat Sulaiman DAN Tidak perlu mencari suami seteguh Ibrahim andai diri tidak sekuat Hajar dan Sarah.
Sukses.Kekayaan.Kemakmuran
Blog Amar Mahmood
August 1st, 2008 at 8:04 pm
Nukilan Si DagangPutra.. biar senyum dirimu
1
- Kekuatan Minda hadir dari ketenangan diri
- Falsafah hidup: Mulakan walau dengan sedikit kegembiraan…
- Terapi Minda di dalam Solat
- Hati yang tersenyum…
- Tahniah buat IQBC & Gold Maple
- Mencari PenCERAHan…
- Pengumuman: Reiki i-Medic
- Raya dan Blog…
- Salam Aidilfitri Buat Semua
- Dari Fizik ke Metafizik: Mencari “Malam Rahsia”
- Makanan untuk Otak & Minda: Lagi tambahan ilmu dari Rass
- Tahniah buat Fakhroll a.k.a AuraKaya
- Makanan untuk Otak & Minda: Tambahan Info dari Rass
- Apakah makanan yang baik untuk otak dan minda?
- Soalan dari Pembaca
- Islam: Tersirat dan tersurat
- Ramadhan ESQ
- Salam Kemerdekaan dan Selamat Menyambut Ramadhan..
- Psikologi Kemakmuran: Bagaimana dengan ikon ini pula?
- Psikologi Sukses: Apakah yang kita boleh belajar dari Insan ini?
-
- MiePekan: Salam, Just discovered your blog. Very interesting. Subconcious Mind is one of my favourite topics .
- SOHAINA: MEMANG BETUL TU,,sESIAPA YANG MENGAMALKAN SELEPAS SOLAT SUBUH AKAN MERASAINYA SEPANJANG HARI...
- Amar Mahmood: Terima kasih Saudara Pak cik. Satu infomasi yang sangat berguna dan dijadikan renungan. Islam itu ilmu....
- pakcik: Salam, Mencelah sedikit. Menurut Jose Silva (pengasas Silva Mind Method), pada masa minda kita dlm keadaan yg...
- syam: username dan password tak matching.Boleh update balik tak
- Amar Mahmood: Terima kasih buat Ima dan Rass atas komen anda. Juga Ahlan wasahlan buat Saudara Pakcik. Saya dah baca...
- Economist: I liked the design and the ammount of content on your blog. And since the content is similar, i would like...
- eilanur: economist, a bit blurr here. how can u love this blog if u cant speak malay ? ( i guess )
- Economist: What? sory, but i do not understand that lanugage :$ can you please speak english?
- pakcik: Salam, First time komen kat blog ni.:) Sangat setuju dgn idea Sdr Amar. Bukankah perjalanan seribu batu itu...
- Economist: Hey sory to write to you like this, but i could not find the contact form. I really like your blog and i...
- Rass: ya lah, setuju, macam kempen cuti2 mesia aje, tahu aje hendak cuti2 Malaysia memang dlm rancangan, moga2han dpt...
- eilanur: hehe.. coach, ni macam kempen cuti-cuti mesia je.. hehe.. :) - peace -
- eilanur: coach amar, kalau tak silap ima, one of our Reiki Master pernah jadi ‘bhn eksperimen’utk kajian...
- hafiz: tahniah buat master nurul!
BUKU-BUKU


Terima kasih Tuan Amar…