Sukses.Kekayaan.Kemakmuran

Blog Amar Mahmood

August 5th, 2008 at 6:19 pm

Sesi Bersama Amar Mahmood di PWTC

Seperti yang dijanjikan, saya dan Tuan Shamsuddin Kadir - seorang Perunding Kewangan dan Motivator- telah muncul di PWTC untuk sesi memperkenalkan buku-buku kami semalam. Seperti biasa, sesi dijalankan dalam suasana yang agak terbuka dan santai.

Pertama kali saya berjumpa Tuan Shamsuddin. Selalunya saya kerap mengadakan sesi bicara buku dengan Tuan Zamri Mohamad.

Alhamdulillah, rancangan awal PTS Publication adalah mengadakan sesi bersama pembaca dan sesi memperkenalkan buku sahaja. Tetapi, apabila diajukan idea oleh Cik Rozita dan En Zaharin untuk mengadakan sesi diskusi dan bicara buku di atas pentas usai program Fly FM, saya dan Tuan Shamsuddin terus bersetuju untuk membuat sedikit sesi penerangan kepada pengunjung PWTC yang bertuah pada petang itu.

Semuanya lancar. Sebagai seorang Trainer atau Jurulatih mana boleh menolak peluang untuk sesi-sesi memperkenalkan diri dan memberi kesedaran” tentang topik-topik yang kami sentuh kepada masyarakat.

Terima kasih buat PTS dan pihak penganjur yang telah memberi ruang dan peluang kepada penulis-penulis seperti kami ini.

Bersama ini saya sertakan beberapa foto buat titipan anda semua. :)

Terima kasih kepada Cik Rozita yang telah sudi menghantar gambar-gambar seperti di bawah ini.

Lagi artikel tentang sesi ini di Blog Syaf:- Klik di sini!

Amar Mahmood

1
  • 1

    bravo coach !

    eilanur on August 6th, 2008

 

RSS feed for comments on this post | TrackBack URI