Sukses.Kekayaan.Kemakmuran

Blog Amar Mahmood

August 8th, 2008 at 11:26 pm

Hanya menggunakan MINDA sahaja???

Inilah salah satu dari pelbagai soalan yang kerap saya terima pada sesi-sesi “bicara buku” yang saya hadiri. Malahan, pada sesi lepas di PWTC, saya ditanya lagi soalan yang SEAKAN-AKAN mempunyai maksud yang sedemikian.

Saya tidak salahkan mereka yang bertanya. Mungkin bila mereka membaca tajuk buku saya iaitu “Tarik kekayaan dengan KUASA MINDA”, mereka membuat persepsi yang berdasarkan apa yang mereka fahami.

Jadi…apakah pandangan anda semua?

Untuk pengetahuan anda, dahulu ..saya kerap terbaca artikel-artikel (samada di blog atau media tabloid) yang mengatakan bahawa menggunakan kekuatan minda untuk mendapatkan sesuatu objek atau pekara yang kita inginkan HANYALAH satu pekara yang “tidak benar”. Malahan ada pula yang mengatakan bahawa mempelajari ilmu atau kemahiran ini hanyalah membuang masa sahaja.

Realitinya, apa yang mereka fahami adalah tidak merangkumi apa yang sepatutnya ilmu ini difahami. Maksudnya, mereka tidak melihat isu atau pekara ini secara BESAR atau dalam kerangka pemikiran yang besar. Mereka hanya melihat dalam skop pemikiran mereka yang sangat kecil dan sempit.

Sebenarnya…. apabila kita mempelajari dan menggunakan kaedah kuasa minda atau mempelajari teknik-teknik pembangunan minda, tidaklah bermaksud kita HANYA menggunakan kaedah ini sahaja untuk kita mendapatkan apa yang kita inginkan. Maksudnya, jika kita ingin mendapatkan kekayaan atau mendapatkan sesuatu impian.. tidaklah anda hanya menggunakan kekuatan minda anda sahaja untuk menarik atau mendapatkan kekayaan atau impian anda itu.

Sebaliknya, anda juga perlu untuk menggunakan kemahiran fizikal (maksudnya mempelajari kemahiran mendapatkan kekayaan secara fizikal seperti belajar berniaga, belajar ilmu kewangan, ilmu pelaburan, ilmu pengurusan dan sebagainya lagi) untuk digandingkan dengan kekuatan mental yang juga anda pelajari.

Sekarang ini, zaman manusia sudah mengenali kecerdasan-kecerdasan yang dimiliki oleh seseorang insan yang bernama manusia. Selain kecerdasan fizikal, manusia juga mempunyai kecerdasan yang lain seperti intelek, mental, emosi dan juga kerohanian. Atau ia selalunya dikategorikan seperti berikut:-

  • Kecerdasan Fizikal
  • Kecerdasan Intelak (IQ)
  • Kecerdasan Emosi (EQ)
  • Kecerdasan Spiritual/Kerohanian (SQ)

Malahan, dalam mana-mana agama mahupun budaya bangsa sekalipun…keseimbangan atau keperluan untuk kesemua ELEMEN PENTING yang dimiliki manusia itu HARMONI antara satu sama lain adalah sangat dituntut dan diperlukan.

Contohnya dalam bidang sukan. Katakan seorang pemain badminton hanya mempunyai kecerdasan fizikal seperti tubuh yang sihat dan benar-benar “fit”untuk bertarung dalam sukan tersebut. Kemahiran sukannya (fizikal) juga hebat. Tetapi pemain tersebut kurang kecerdasan IQ dan lemah mentalnya. maka ia akan merendahkan tahap kehebatan pemain badminton tersebut berbanding pemain-pemain yang mempunyai kecerdasan dan kemahiran dalam elemen-elemen yang telah saya sebutkan tadi.

Begitu juga dalam aspek-aspek kehidupan yang lain seperti aspek kejayaan, kekayaan, kegembiran dan kemakmuran. Walaupun kita mempelajari dan menghayati kemahiran mental dan potensinya. Kita juga perlu memantapkan lagi kemahiran fizikal diri kita supaya ia HARMONI dan membantu antara satu sama yang lain.

Maka ..jika kurang atau tidak adanya elemen-elemen ini di dalam kehidupan manusia, selalunya mereka akan mengalami pelbagai halangan dalam kehidupan mereka berbanding dengan individu yang memilki keseimbangan atau tahu meningkatkan kecerdasan yang dimiliki oleh seseorang manusia.

Maka, barulah lebih mudah dan lancar perjalanan kehidupan diri masing-masing.

AMAR MAHMOOD

1
  • 1

    Inilah antara cabaran bagi jurulatih minda, bagaimana untuk memberi kefahaman dan ilmu kuasa minda untuk kegunaan harian…bukan hanya bagi kekayaan malah kejayaan dalam bidang akademik, kerjaya, sukan, politik dan boleh kata apa sahaja bidang, dengan menggunakan Kuasa Minda.

    Contoh bagaimana istilah “Malaysia Boleh” yang diasaskan oleh Tun Dr. Mahathir (Jurulatih Minda yang saya kagumi) sebenarnya adalah satu cara menerapkan Kuasa Minda secara subliminal message kepada rakyat Malaysia untuk berjaya dalam bidang yang diceburi terutama diperingkat antarabangsa.

    dagangputra on August 11th, 2008

 

RSS feed for comments on this post | TrackBack URI