Melalui pelbagai artikel dan kajian yang telah saya dalami, terdapat tiga pekara besar yang membezakan antara lelaki dan perempuan. Pertamanya adalah struktur fizikal atau biologinya, kedua; organ pembiakannya. Dan ketiga adalah cara berfikir atau cara ia menggunakan otak untuk berfikir dan bertindak balas.
Dan melalui kajian terbaru, ahli saintis neuro membuktikan perbezaan dalam cara berfikir ini rupanya mempunyai alasan biologi. Iaiatu berdasarkan cara otak digunakan dan struktur otak bagi seorang lelaki atau perempuan.
Sepertimana struktur biologi lelaki- perempuan yang berbeza seperti perbezaan dada, pinggul, bentuk leher, organ pembiakan, kulit dan sebagainya, sebenarnya kajian terbaru dari sains otak menunjukkan otak antara lelaki dan perempuan juga berbeza antara beberapa struktur di dalam otak itu sendiri.
Maka, walaupun ia tidak memberikan perbezaaan dari segi KECERDASAN, tetapi ia tetap memberi perbezaaan kepada cara berfikir kedua-dua jantina ini.
Memang banyak pekara yang perlu disentuh tentang perbezaaan antara lelaki dan perempuan berdasarkan struktur otak kedua jantina ini. Jika para lelaki lebih kepada system analisisnya (lebih pada otak kiri), tetapi yang nyata, perempuan berat bertindak balas berdasarkan emosinya (lebih pada otak kanan dan lebih seimbang penggunaan kedua-dua belah otak). Ini kerana kadar keluasan sistem limbik (satu struktur di dalam otak) yang lebih pada perempuan berbanding lelaki. Sistem limbik ini juga adalah tempat di mana pengaturan emosi manusia berlaku.
Kerana itu , perempuan perlu didepani dan lebih sensitif pada emosi mereka. Maka tidak hairan perempuan mudah menangis, gembira, takut, cemas, ceria dan sebagainya sebahagian dari refleksi dari dalam diri mereka kerana tindakbalas neurotransmit yang berlaku di dalam otak mereka. Malah kemurungan juga lebih banyak berlaku pada perempuan kesan dari kecenderungan dan cara otak mereka bekerja yang lebih kepada emosi. Kerana itu juga para wanita menjadi ibu iaitu menjaga dan membesarkan anak-anak berbanding lelaki. Kesan dari pengaruh emosi yang kuat bagi perempuan.
Bila berdepan dengan perempuan, gunakan kelebihan mereka supaya mudah lbagi elaki dapat berinteriksi dengan perempuan. Puji dan beri perhatian pada mereka kerana emosi mereka mudah berubah jika kena pada tempatnya.
AMAR MAHMOOD
PS: Tajuk ini boleh dimuatkan untuk satu buku jika dikupas dan diterangkan dengan mendalam.


hm..time kasih atas artikel..
Ima..rambut sama hitam, tapi cara fikir tetap lain-lain
uih..dalam maksud coach nih..
BERFIKIR DILUAR ‘KOTAK’
‘OTAK OTAK’PUN…SEDAP DIMAKAN
Otak lembu pun sedap gak dimakan… pernah makan?? hehehe