Sukses.Kekayaan.Kemakmuran

Blog Amar Mahmood

August 12th, 2008 at 8:03 pm

10 Fakta untuk Otak dan Minda

  1. Minda adalah hasil dari otak.
  2. Ada mengatakan terdapat dua minda iaitu minda sedar dan minda separa sedar. Tatapi sesetengah pendapat membawa tiga minda iaitu minda sedar, minda separa sedar dan minda super sedar. Pada saya kedua-duanya betul. Cuma bagi minda super sedar, ia membawa potensi minda pada tahap kejiwaaan atau kerohanian. Secara teknikalnya, ia adalah satu keadaaan di mana minda berada di atas tahap gelombang theta. Pada masa itu , minda akan terhubung dengan tahap “kuasa yang tertinggi”. Atau secara mudahnya, menghubungkan minda dengan “database” alam semesta. (kalau tak faham lagi, nanti saya huraikan dalam satu artikel)
  3. Menurut Stephen Hawking, dalm teori Quantum terdapat sebanyak 1026 atau 100 juta billion zarah otak. Sel sarafnya sahaja berjumlah trillion sel.
  4. Menyebut OTAK adalah maksudnya otak fizikal. Manakala Minda adalah hasil yang dijana dari OTAK. Otak mempunyai dua kerja besar. Satu kerja otak sebagai organ fizikal. Manakala satu lagi otak sabagai penjana kuasa Metafizik.
  5. Struktur otak sangat kompleks. Tetapi selalu nya otak dirujuk mempunyai otak kiri dan otak kanan. Kalau mengira kita menggunakan otak kiri. Tetapi melukis atau menyanyi kita menggunakan otak kanan. Kedua-duanya sama penting. Otak yang kiri lebih bersifat minda sedar. Manakala otak kanan lebih mudah menjadi minda separa sedar. Kerana itu jika kita menonton cerita sambil mendengar lagu-lagu, kita mudah “terpukau” kerana otak sedang digunakan di otak kanan dan minda separa sedar mula terbuka.
  6. Bagaimanapun, secara nuerologinya, tubuh sebelah kanan dikawal secara neoru oleh otak KIRI. Dan begitu pulah sebaliknya. (kerana itu orang yang mengalami strok pada otak kiri akan mengalami gangguan pada bahagian tubuh sebelah kanan)
  7. Seawal umur kita di dalam kandungan hingga sekitar dua tahun, manusia dikuasai oleh minda separa sedar. Kerana itu, kanak-kanak mempunyai daya IMAGINASI dan FANTASI yang sangat tinggi. Mereka juag kerap tersenyum dan ketawa sendirian. Kerana hubungan minda mereka terakses pada minda separa dan supersedar.
  8. Ramai yang tidak sedar yang kita hanya menyanjung kecerdasan Intelek (IQ) yang ada pada otak manusia. Tetapi sebenarnya, jika seorang itu hebat seperti M Nasir, ia juga mempunyai kecerdasan otak tetapi dipanggil kecerdasan musik (bunyian). Atau seperti seperti pelukis hebat Leonardo de vinci yang mempunyai kecerdasan bervisual.
  9. Ramai menyangka kuasa minda adalah bawaan dari barat. Tetapi ilmuwan Islam tersohor iaitu Ibnu Sina pernah mengatakan; setiap manusia dikurniakan kekuatan berfikir yang terpendem. Bagaimanapun ia masih berbentuk potensi sahaja atau akal potensi (al-‘aql bi al-quwwah)
  10. Ahli pengkaji Kekuatan Minda mengambarkan otak sebagai “mini alam semesta”. Bagaimana hebatnya dan luasnya alam semesta ini untuk dikaji, begitu juga besarnya potensi kehebatan otak yang masih diterokai oleh manusia. Jika alam mempunyai pokok-pokok, sungai, lembah, bukit dan sebagainya, otak pula mempunyai sel-sel saraf, pembuluh darah, sulkus, girus dan lain-lainnya. Malahan, jika alam semesta ini mempunyai hukum yang dipanggil Hukum Alam Semesta (Universal Law), otak juga mempunyai hukum yang dipanggil hukum kekuatan minda.

AMAR MAHMOOD

12
  • 1

    Salam Amar, agak lama tak singgah-tinggalkan komentar di dalam blog ini.

    Ana amat berminat perihal minda super sedar. Dan ana tak sabar nak baca artikel penuh tentang minda super sedar dari anta. :)

    luth on August 13th, 2008
  • 2

    ada x mana-mana universiti tempatan yang menawarkan kursus yg khusus kaji otak dan minda ni?

    aurakaya on August 13th, 2008
  • 3

    Takat nie memang takde universiti tempatan yang ada menawarkan kursus tentang potensi otak dan minda.

    Hanya NLP yang banyak bicara tentang kemampan otak

    Amar Mahmood on August 13th, 2008
  • 4

    tu la pasal..kalau di Universiti luar ilmu sains minda dah lama dikaji dan dikupas secara ilmiah di kuliah2, tapi kita di sini masih ketinggalan dalam bab ini..

    pemimpin sekadar gah melaungkan supaya rakyat mesti memiliki minda kelas pertama.. tapi pada masa yang sama mereka tidak menyediakan platform pembangunan modal insan supaya meramaikan orang memiliki minda kelas pertama dalam ertikata pemahaman dan aplikasi SAINS MINDA yang sebenarnya.

    aurakaya on August 13th, 2008
  • 5

    la ni pulak, orang2 selalu bincang2 dan perabih tenaga otak kat kedai kopi, sembang2 yg tak menjana minda. kutuk org sana, kutuk org sini, yang si bercakap hanya duduk2 sbg pemerhati..konon2 ada otak tinggi.

    eilanur on August 15th, 2008
  • 6

    hehehe.. mengikut satu buku yang saya baca.. Individu yang selalu bercakap mengenai hal orang memiliki MINDA YANG KECIL sedangkan minda yang BESAR dan HEBAT ialah minda yang memikirkan tentang idea-idea.

    aurakaya on August 15th, 2008
  • 7

    Hebat hebat. Subahanallah

    Luqman khairi on August 15th, 2008
  • 8

    setuju ngan aurakaya

    eilanur on August 15th, 2008
  • 9

    Salam kemakmuran,

    Agak lama tak menyertai perbincangan Tuan Amar. Maaf kerana saya sedang leka dibuai kebahagiaan, menikmati dan mensyukuri anugerah Allah apabila impian yang selama ini hanya mimpi kini menjadi kenyataan.

    Pada pendapat saya, kerana MINDA lah kenapa Allah melantik manusia menjadi khalifah di muka bumi ini.

    Tinggal lagi bagaimana untuk manusia menggunakan MINDA yang dianugerahkan itu untuk kebaikan atau keburukan. Seperti mana manusia mengetahui mengenai kehebatan tenaga atom untuk kebaikan, manusia juga menggunakannya untuk keburukan apabila ia diguna sebagai senjata untuk peperangan yang memusnahkan alam.

    dagangputra on August 19th, 2008
  • 10

    Salam Amar,
    Bagus sungguh artikel ini, tanya sikit boleh tntg minda super sedar, ini bagi mereka yg dah bersihkan hati. Saperti kanak2 yg miliki jiwa bersih. Tapi tak pe saperti Luth juga saya pun kepingin nak baca artikel ini.
    Ada kata 75 trillion sel belum kira glia sel yg sama pentingnya. Kalau diizinkan satu hari nanti Amar dpt kupaskan tntg corpus collosum, yg memainkan perana yg penting antara kiri dan kanan bagaimana mereka berkomunikasi yg jadi penyebab terjadi nya mereka yg di tulis di item no. 8 tu dgn menlalui superhighway ini.
    Saya setuju items no 9 dan 10.
    Memamg bagus artikel ini. Terima kasih sekali lagi. Salam.

    Rass on September 8th, 2008
  • 11

    Bagaimana pula dengan telaah tentang minda zikir. Yang sering dibudayakan oleh ahli tarekat sufi dan pentasawufan. Mohon ulasan sekadarnya.

    Awang on October 2nd, 2008
  • 12

    Salam,
    Satu soalan jujur dari saya.
    Dimanakah letaknya ‘minda separa sedar’ (subconcious mind) itu? pernahkah kita fikir?
    Hasil pengamatan saya dari buku-buku dan pendapat ahli sufi, ianya dari hati (qalb)
    Dari hati terbit dua nafsu yg berlawanan iaitu nafsu amarah dan nafsu muthmainnah atau juga disebut hati sanubari dan hati naluri.jika salah satu daya nafsu ini menang, ia akan mempengaruhi daya fikir (minda sedar).

    contoh lain adalah spt intuition (gerak hati), telepathy, ESP, kasyaf dll yang dikaitkan dgn ‘kuasa minda separa sedar’ oleh penulis barat tetapi semuanya adalah keupayaan hati (qalb) menurut ahli tasauf yg mencapai tahap tertentu.

    apa pendapat sdr yg lain?

    wassalam

    hapiz on October 28th, 2008

 

RSS feed for comments on this post | TrackBack URI