Sukses.Kekayaan.Kemakmuran

Blog Amar Mahmood

August 19th, 2008 at 10:29 pm

Khabar dari Alumni KA-MK (Real Story From DagangPutra)

Assalamualaikum,Salam Kemakmuran, Salam Kasih Sayang buat semua.Hari ini 14.08.2008 - IMPIAN MENJADI KENYATAAN !!

Impian ini adalah 1 daripada 3 impian yang saya tulis dalam sampul ” 3 IMPIAN 2008? semasa mengikuti KAMK-siri 4 yang lepas….

Sebelum bercerita panjang lebar, saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan jutaan terima kasih yang tidak terhingga kepada para guru iaitu Master Hazil dan Master Amar yang mengajar saya ilmu REIKI dan RESQ56. Berkat ilmu NYA (dengan izin Allah) yang disampaikan dengan penuh keilkhlasan oleh para guru telah menjadikan impian saya satu kenyataan.

Hari ini dalam sejarah, setelah 9 tahun menantikan cahaya mata @ zuriat …. hari ini saya menerima khabar gembira apabila isteri disahkan hamil 4 minggu. Alhamdulillah syukur kepada Allah yang telah memakbulkan doa dan impian saya menjadi kenyataan. Ini lah anugerah dan kekayaan yang tiada tolok bandingannya bagi saya semenjak mengikuti kursus KAMK dan REIKI.

Saya menggunakan ilmu KAMK dan REIKI untuk menyembuhkan diri saya dan isteri dalam usaha untuk mendapatkan zuriat. REIKI untuk membersihkan blockage, menguatkan base chakra, sacral dan solar plexus. Seterusnya dipancarkan dengan energy kasih sayang, manakala RESQ56 saya guna untuk tapping isu sihat, normal, yakin, redha dan pasrah dengan keadaan tersebut. Saya tanamkan dalam minda bahawa saya boleh mendapat zuriat sendiri juga dan akhirnya usaha tersebut telah membuahkan hasilnya pada hari ini.

Subhanallah, maha suci Allah yang maha berkuasa menetapkan segalanya dalam aturan NYA.

1 (HuWa Awal) - bermulanya sebuah kehidupan
9 (Huwa Akhir) - berakhirnya satu penantian setelah 9 tahun menunggu

KRONOLOGI PERJALANAN:

26 - 29 April 2008 : Megikuti kelas KAMK siri 4 di IQBC Shah Alam

10 - 11 Mei 2008 : Mengikuti kelas REIKI tahap 1 & 2 di IQBC Shah Alam

12 Mei - 13 Ogos 2008 : Mengamalkan RESQ56 dan REIKI secara tak berapa konsisten ( salah sendiri kerana alpa dan lalai Very Happy )

14 Ogos 2008 : Pemeriksaan di Klinik Kesihatan Putrajaya mengesahkan isteri telah hamil 4 minggu

Inilah kisah benar dari saya, satu testimoni kehebatan RESQ56 dan REIKI yang saya alami sendiri.

Terima kasih Master Hazil dan Master Amar atas ilmu ini…..

Sekian, wassalam.

Fadzli Nordin
a.k.a dagangputra

TAHNIAH buat Dagangputra. Moga Allah SWT melimpahkan rezeki dan kekayaan buat anda sekeluarga.

Untuk mengetahui apakah WORKSHOP KAMK…sila klik di sini SEKARANG!!!

4
  • 1

    Tahniah tuan dagangputra..

    Aurakaya on August 20th, 2008
  • 2

    Tahniah tuan dagangputra..

    Aurakaya on August 20th, 2008
  • 3

    Tahniah!!!!!! :)

    luth on August 20th, 2008
  • 4

    Salam Kasih Sayang….Salam Kemakmuran,

    Terima kasih Tuan-Tuan sekalian atas ucapan di atas.

    Terima kasih Tuan Amar atas ilmu yang telah tuan ajarkan ….. sesungguhnya ini juga adalah keberkatan dari ilmu yang telah saya pelajari daripada tuan.

    Terima kasih kerana sudi berkongsi di pentas ini. Saya sungguh terharu dan hanya Allah saja dapat membalas jasa baik tuan.

    Saya bersyukur atas anugerah dan nikmat yang Allah berikan ini.

    dagangputra on August 20th, 2008

 

RSS feed for comments on this post | TrackBack URI