Salam buat semua…
Lama juga tak dapat update blog ini. Walaupun masih mengadap laptop hari-hari, tetapi ada sahaja kerja lain yang perlu saya selesaikan. Sebab pertama blog ini senyap seminggu ini adalah kerana terdapat masalah teknikal pada theme dan isi teknikal blog ini. Setiap kali saya cuba mengemaskinikan artikel baru, blog ini akan “terhenti” dan artikelnya hilang. Beberapa kali berlaku pekara yang sama, maka saya terpaksa menyusun semula data-data yang tersimpan di dalam kandungan blog ini.
Keduanya, agak sibuk sedikit dengan pelbagai urusan. Minggu lepas ada urusan perniagaan. Ahad lepas, Bengkel Kuasa Aura Magnet Kekayaan dan minggu ini pula ada urusan yang perlu ke “outstation” pula.
Bagaimanapun menjelang Ramadhan yang mulia ini, kebanyakan aktiviti kursus dan ceramah akan saya perlahankan. Ini memberi saya ruang untuk menguruskan perniagaan konvensional saya yang akan meningkat saat bulan kerayaan ini. selain itu, ia memberi ruang untuk saya melihat semula perancangan dan aktiviti-aktiviti yang perlu saya susun selepas Raya nanti.
Insha Allah, saya akan kerapkan semula pengisian di blog ini. Memang banyak pekara mahu dikongsi…cuma perlu masa dan sedikit penumpuan pada kerja ini.
Salam Kemakmuran dan doa buat semua..
AMAR MAHMOOD


moga coach sentiasa sukses.. rindu akan ilmu dari coach.. moga sentiasa dilapangkan masa utk coach agar dpt memakmurkan sekalian alam..
Terima kasih Mie. Bila kita boleh minum teh tarik sama?
Nanti ajak luth dan hafiz sama
hah ? ima tak de ke? hehe
Ima..??
Ehh..mestilah ada. Bukan di mana ada Mie di situ ada Ima?
PS: Terima kasih atas buku yang dikirimkan. Nanti jika ke Jakarta..beritahu lah awal. Boleh dikirim barang sekotak buku.
camtu pulak yer..
sama-sama.. ima belikan buku..coach baca..nanti ajarkan pada saya.. ( tak payah saya baca..hehe.. )
insyaALlah..dalam bulan puasa ni akan ke sana lagi..bileh lah senaraikan buku yg nak dibeli ya..